Tuesday, December 7, 2010

Kronologi Hijrah Rasul SAW

Pada peringkat pertama, Rasulullah SAW telah menggesa umatnya untuk berhijrah terlebih
dahulu secara senyap2 tanpa pengetahuan kaum Quraisy. 

Peringkat kedua, penghijrahan dilakukan secara terang-terangan oleh Saidin Umar al-Khattab. Sebelum berhijrah beliau tlh mencabar sesiapa yg berani menghalangnya dari berhijrah. Orang Quraisy telah berasa dengki dan cemburu melihat kepada perkembangan ajaran Islam yang semakin berkembang .Mereka telah menekan dan menindas orang Islam dengan lebih hebat lagi. Ini menyebabkan lebih ramai lagi umat Islam telah berhijrah secara senyap-senyap dan secara tersembunyi pada waktu malam dengan bilangan yang kecil untuk menyelamatkan diri ke Kota Yathrib. Orang Quraisy berusaha dan mencari jalan untuk menghapuskan Agama Islam . Mereka telah mengadakan satu perjumpaan dan mesyuarat di Darul Nadwah bersama ketua suku lain .Mereka mengambil keputusan untuk membunuh Rasulullah SAW dengan menghantar beberapa pemuda dari setiap puak agar pihak Bani Hasyim tidak dapat membalas dendam . 
Pada malam yang ditetapkan , mereka telah mengepung rumah Rasulullah SAW . Allah telah
memberitahu tentang peristiwa tersebut kepada Rasulullah SAW . Baginda berjaya menyusup keluar dari kepungan pemuda Musyrikin dan Saidina Ali telah menggantikan tempat tidur baginda itu . 
Peringkat ketiga, Baginda telah bersembunyi di  Gua Thur selama 3 haribers ama- s ama Abu
Bakar . Segala urusan makan minum diuruskan oleh Asma’ Binti Abu Bakar , puteri AbuBakar sendiri . Baginda keluar dari Gua Thur pada 4 Rabiul Awal dan menuju ke Tahamah .Segala urusan perjalanan baginda disusun dan diatur oleh penunjuk jalan yang bernama Abdullah Bin Uraiqiz . Dia telah menunjuk arah jalan yang jarang dilalui oleh orang lain . Baginda sampai diQuba’ pada 12 Rabiul Awwal . Baginda telah mendirikan sebuah masjid yang dikenali sebagai Masjid Quba’ . Baginda menunaikan solat Jumaat di masjid ini .Inilah masjid yang       pertama sekali dibina di atas muka bumi ini .Baginda sampai ke Kota Yathrib pada 16 Rabiul Awal Tahun ke-13 Kerasulan . Baginda disambut dengan penuh kegembiraan oleh penduduk Madinah . Semua ketua-ketua kaum dan puak menjemput nabi untuk tinggal bersama mereka, namun nabi membiarkan unta nabi berhenti di hadapan rumah Abu Ayyub Al Ansari dari suku Bani Najr. Baginda menetap di rumah itu untuk beberapa ketika . Baginda akhirnya dilantik menjadi ketua negara Islam Madinah. Baginda juga menyatukan penduduk Aus dan Khajraj yang dikenali sebagai golongan Ansar dan penduduk Mekah yang berhijrah ke Madinah itu dikenali sebagai Muhajirin. Agama Islam semakin kuat dan mantap selepas peristiwa hijrah ini


Salam Maal Hijrah 1432 H