Thursday, September 8, 2011

Rindu Baitullah....

Labaikallahu malaibaik, 
labaikalahsyarikalabaik, 
innalhamda wanikmata 
walakmulk la syarikalak


  

Masih terngiang-ngiang lagi kalimah suci itu jauh di corong telinga sanubari ini. Kalimah itulah yang disebut-sebut untuk menyatakan perasaan CINTA nya kepada Allah.Dan sedarlah kita bahawa kalimah itu jugalah menunjukkan Allah juga mencintai kita, Allah mahu kita mengakseskan cintaNya di medan suci Mekah dan Madinah dan Allah ALLAH mahu kita menjadi insan cemerlang pasca Haji/Umrah. Itulah HADIAH ALLAH untuk kita. Akhirnya, HADIAH yang paling berharga ialah Haji Mabrur yang dijanjikan Syurga. Justeru mengapa kita tidak merindui Baitullah jika ALLAH mahu kita ke sana?




Perbanyakkanlah selawat ke atas Nabi ’Allahuma solialasaidina Muhammad’ dan ucapkanlah ’Alhamdulilah’- Terima kasih ALLAH kerana KAU tidak akan lupakan kami.

IBADAT AQIQAH TANDA SYUKUR DIKURNIAKAN CAHAYAMATA...

Aqiqah dalam istilah agama adalah sembelihan untuk anak yang baru lahir sebagai bentuk rasa syukur kepada Allah SWT dengan niat dan syarat-syarat tertentu. Oleh sebagian ulama ia disebut dengan nasikah atau dzabihah (sembelihan).

Hukum aqiqah itu sendiri menurut kalangan Syafii dan Hambali adalah sunnah muakkadah. Dasar yang dipakai oleh kalangan Syafii dan Hambali dengan mengatakannya sebagai sesuatu yang sunnah muakkadah adalah hadist Nabi SAW. Yang berbunyi, "Anak tergadai dengan aqiqahnya. Disembelihkan untuknya pada hari ketujuh (dari kelahirannya)". (HR al-Tirmidzi, Hasan Shahih)





Kata Aqiqah berasal dari kata Al-Aqqu yang berarti memotong (Al-Qoth'u). Al-Ashmu'i berpendapat: Aqiqah asalnya adalah rambut di kepala anak yang baru lahir. Kambing yang dipotong disebut aqiqah karena rambut anak tersebut dipotong ketika kambing aqiqah itu disembelih.

Dalam pelaksanaan aqiqah disunahkan untuk memotong dua ekor kambing yang seimbang untuk anak laki-laki dan satu ekor untuk anak perempuan.

Dari Ummi Kurz Al-Kabiyyah Ra, ia berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Bagi anak laki-laki dua ekor kambing yang sama, sedangkan bagi anak perempuan satu ekor kambing". (HR. Tirmidzy dan Ahmad)



Pada dasarnya aqiqah disyariatkan untuk dilaksanakan pada hari ketujuh dari kelahiran. Jika tidak bisa, maka pada hari keempat belas. Dan jika tidak bisa pula, maka pada hari kedua puluh satu. Selain itu, pelaksanaan aqiqah menjadi beban ayah.

Namun demikian, jika ternyata ketika kecil ia belum diaqiqahi, ia bisa melakukan aqiqah sendiri di saat dewasa. Satu ketika al-Maimuni bertanya kepada Imam Ahmad, "ada orang yang belum diaqiqahi apakah ketika besar ia boleh mengaqiqahi dirinya sendiri?" Imam Ahmad menjawab, "Menurutku, jika ia belum diaqiqahi ketika kecil, maka lebih baik melakukannya sendiri saat dewasa. Aku tidak menganggapnya makruh".

Para pengikut Imam Syafi'i juga berpendapat demikian. Menurut mereka, anak-anak yang sudah dewasa yang belum diaqiqahi oleh orang tuanya, dianjurkan baginya untuk melakukan aqiqah sendiri

PMR OH PMR...26 HARI LAGI...

Assalamualaikum wrh wbt. 
Sedar tak sedar, masa berjalan begitu pantas sekali. Kini tinggal 26 hari sahaja lagi untuk peperiksaan PMR yang sebenar....Anak-anak didik semua harus memastikan kesihatan terjaga dengan baik di samping sibuk mengulangkaji pelajaran. Dan yang paling penting, di saat akhir-akhir ini dengar cakap mak ayah dan juga cakap semua guru...mudah-mudahan Allah mencampakkan keberkatan dalam usaha untuk berjaya dalam PMR.

Ustazah doakan selamat maju jaya kepada seluruh calon PMR se Malaysia umumnya dan calon PMR SMK Putri Saadong khususnya. You can do it....Go 4 100%

Tuesday, May 3, 2011

Jadikan Al-Quran Teman Kita....

Saat kita membawa Al-Quran, syaitan biasa biasa saja...dia tengok aje..
Saat kita membukanya, syaitan mulai curiga.
Saat kita membacanya, ia resah dan gelisah.
Saat kita memahaminya, ia kekejangan
Saat kita mengamalkan Al-Qur'an dalam kehidupan sehari-hari.....ia kena serangan stroke...

Ayuh....Teruskan membaca & mengamalkannya agar syaitan terus kena stroke .
 
Saat Anda  ingin menyebarkan pesanan ini, syaitan pun mencegahnya. Syaitan kata "jangan SEBARKAN, kerana ia tidak penting langsung
....


Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 
'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati. 

Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. 

Tapi lelaki kacak itu berkata, Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.'
 
Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'
 
Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kasturi

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'