Showing posts with label Fardu Ain. Show all posts
Showing posts with label Fardu Ain. Show all posts

Monday, October 11, 2010

Ke Arah Mendapat Haji Mabrur....


Hari ini tanggal 3 Zulkaedah 1431H, dari berita yang disiarkan melalui televisyen.... dari perbualan bersama rakan....saya sedari...musim haji datang lagi... Pada hari Khamis yang lalu, saya sempat menziarahi seorang sahabat yang bertuah terpilih menjadi tetamu Allah untuk penerbangan yang pertama (KT 1) yang berlepas pada keesokan harinnya. Hati saya rasa begitu sayu bercampur gembira. Sayu, bila mengingatkan memori manis ketika  'dijemput' bermusafir menjadi tetamu Allah tiga tahun yang lalu...gembira, kerana ramai juga di kalangan teman-teman rapat saya yang dipilih Allah menjadi tetamuNya pula kali ini...

Nasihat buat teman-teman tetamu Allah.....

1. Buat persediaan fizikal dan mental secukupnya.
Ingat, kita ke sana bukannya nak 'melancong' tapi dengan tujuan yang satu iaitu ibadat kepada Allah. Jadi, setkan diminda...setiap saat yang dilalui diisi dengan ibadat sama ada ketika tidur, bercakap, makan, rehat,membeli belah...semuanya jadikan sebagai satu ibadat. Sebagai persediaannya...tak boleh nak set kan minda je, tapi ia perlukan 'latihan'. Maka kena berlatih dari tanahair lagi...sebaik-baiknya apabila dah pasang niat nak ke Mekah tu...dah mulakan latihan ibadat untuk 'setiap detik, setiap aktiviti dan setiap langkah kaki'....

2. Senaraikan barangan yang perlu dibawa
Barang yang perlu dibawa berbeza antara individu...jadi ikutlah keperluan masing-masing...tapi nasihat saya pada bakal jemaah wanita...jangan lupa bawa tudung yang senang dan mudah dipakai...(tudung ini amat diperlukan ketika jemaah berada di Mina, bertujuan untuk ke tandas dan ketika berada di dalam khemah) Dari pengalaman saya ketika berada di Mina, terkilan hati saya melihat jemaah yang kurang perihatin tentang masalah aurat, ada di antara mereka yang membungkus kepala dengan tuala, ada juga yang bertelekong (pakaian solat) bila ke tandas, ada yang mengangkat kain ke paras lutut ketika beratur untuk menanti giliran menggunakan tandas, sedangkan tandas jemaah lelaki dan wanita tidaklah jauh sangat, sangat-sangat berdekatan, jadi aurat wanita teramatlah perlu dijaga. Patutnya pengurus jemaah haji perlu peka dan memberikan cadangan kepada kerajaan Arab Saudi agar memandang berat isu tandas ini. Begitu juga ketika berada di dalam khemah. Terkadang ada jemaah lelaki yang menjenguk ke khemah wanita untuk menemui isterinya, maka jika jemaah wanita tidak menjaga aurat, apa lah maknanya...?Jadi perihatinlah...

3. Pasang Niat beriktikaf di Masjidil Haram atau Masjid Nabawi.
Ketika di tanah suci, banyakkan iktikaf, baca al-Quran, solat hajat, solat taubat dan juga tahajjud. Jangan asyik nak cepat balik ke bilik penginapan je setiap kali lepas solat. Seharusnya, buat jadual sendiri  untuk memenuhi tuntutan amalan-amalan tersebut. Sibukkan diri dengan amalan beriktikaf dan amalan-amalan sunat yang lain seperti tawaf sunat, membaca al-Quran dan juga ibadat umrah. Pada kebanyakan amalan sunat seperti iktikaf dan membaca al-Quran, sebaiknya latihlah dari tanahair...

4. Bawa al-Quran ketika dalam penerbangan
Penerbangan dari Malaysia ke Tanah Suci biasanya mengambil masa 8 - 9 jam. Jadi ambil kesempatan membaca al-Quran, bukannya duduk termenung saja...atau sekurang-kurangnya berzikir...nak bagi lidah kita sentiasa dibasahi dengan zikir..kita hendaklah kita ada azam dan doa yang bersungguh-sungguh...kira-kiranya 'latihan'lah juga dari sekarang...

5. Persiapan ilmu
Sepatutnya persiapan ilmu ini dok nombor satu tadi...tapi tak apalah...Ilmu nak tunai ibadat haji ni sangat penting...tapi ilmu solat juga penting, terutamanya ilmu mengenai solat qasar dan jamak...dan satu lagi ...ialah ilmu tayammum...Kesian sungguh tengok jemaah yang tak solat waktu dalam penerbangan balik dari Mekah, hanya kerana semata-mata tak dapat berwuduk...pada hal masa tu kita diharuskan bertayammum...nasib baik, teman sebelah saya dalam penerbangan balik dari tanah suci dulu sempat  saya tunjukkan cara tayammum...maka kami sama-sama solat dalam kapal terbang.....

Akhir sekali....nasihat saya, gunakan kesempatan yang diberikan untuk menjadi 'tetamu' Allah dengan sebaik mungkin. Hayati segala kelebihan yang ada di sana...Ingatlah kesempatan untuk ke sana bukannya kita dapat selalu...jadikan ia sebagai sesuatu yang sangat berharga.......Rebutlah semua peluang dan ruang yang ada...manfaatkanlah masa 40 hari di sana dengan sebijak-bijaknya...Mudah-mudahan mendapat HAJI MABRUR...



Thursday, August 26, 2010

Mandi Junub..


Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat Islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.

Rukun mandi wajib ada 3 perkara iaitu;
1. niat. 
2. menghilangkan najis di badan.
3. meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. 

Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala.” Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”

Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan.

Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.


Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan , menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.


Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir , meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu-bulu yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu-bulu dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu-bulu di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.


Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.


Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?..
Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.

Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.


Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.


Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.


Mengenai sebab-sebab seseorang itu wajib mandi wajib pula, sebab-sebabnya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak(wiladah) .


Mandi wajib boleh dilakukan di mana-mana dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik.

Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.

Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.
Wallahu'alam.