Monday, May 2, 2011

LATIHAN PENDIDIKAN ISLAM PMR TERANCANG 2011

Assalamualaikum wrh.wbt. kepada anak-anak didik SMKPS calon-calon PMR 2011 sekalian... Pertama-tamanya, Ustazah mohon berbanyak kemaafan kerana Ustazah terpaksa 'bercuti' agak lama pada tahun ini...dan tidak dapat bersama-sama anak-anak untuk membantu kalian menempoh PMR...Namun di sini, Ustazah menitipkan sedikit latihan untuk dipatuhi anak-anak didik semua....Jika kalian ingin berjaya....berusahalah...dan berdoalah....Insyallah kita akan jumpa lagi pada 1 Ogos 2011...



SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUTRI SAADONG
BUKIT MARAK,
16030 BACHOK, KELANTAN


LATIHAN PENDIDIKAN ISLAM PMR TERANCANG

Bil
Tarikh
Bidang
Tajuk
Catatan
1
MEI
minggu 1
Tilawah Al-Quran
Surah al-Baqarah : 1-5 (T1)
15 soalan
2

Aqidah
Maksud Islam dan Ihsan
(T1)
15 soalan
3

Sirah
S. Khadijah (T1)

15 soalan
4
MEI
minggu 2
Tilawah Al-Quran
Surah al-baqarah : 83 (Berbudi dan berbakti cara Hidup mukmin) (T1)

15 soalan
5

Aqidah
Maksud Muslim dan Mukmin (T1)

15 soalan
6

Sirah
 S. Abu Hurairah (T2)

15 soalan
7
MEI
minggu 3
Tilawah Al-Quran
Surah al-baaqarah :285 (Berpegang Teguh dengan janji Allah) (T1)

15 soalan
8

Aqidah
Dalil kewujudan Allah (T1)

15 soalan
9

Sirah / Tokoh
Umar al-Khattab (T2)

15 soalan
10
MEI
minggu 4
Tilawah Al-Quran
Surah al-A’raf : Meyakini Hari Kebangkitan (T3)

15 soalan
11

Aqidah
Al-Rahman / al-rahim / al-hakim / al-Alim (T2)

15 soalan
12

Sirah / Tokoh
S.Abd Rahman b Auf (T2)


15 soalan
13
JUN
minggu 1
Tilawah al-Quran
Surah al-Jumuaat : 8-10 (T3)
15 soalan
14

Aqidah
 Beriman kepada kitab  (T2)

15 soalan
15

Sirah
 Perjanjian Hudaibiyyah (T3)

15 soalan
16
JUN
minggu 2
Hadis Nabawi
Al-Quran dan hadis panduan hidup Mukmin (T1) 

15 soalan
17

Aqidah
Beriman kepada al-Hisab / al-Mizan (T3)

15 soalan
18

Sirah
Piagam Madinah (T3)

15 soalan
19
JUN
minggu 3
Aqidah
Persediaan menghadapi hari akhirat


20

Sirah
Pembukaan Kota Mekah (T3)

15 soalan
21

Ibadat
Bersuci : Mandi / tayammum / samak / hikmat (T1)

15 soalan
22
JUN
minggu 4
Aqidah
 Qadha’ dan Qadar (T3)

15 soalan
23

Sirah
Strategi perjuangan Rasulullah (T1)

15 soalan
24

Ibadat
Khusyuk solat (T1)

15 soalan
25
JULAI
minggu 1
Ibadat
 Zakat Fitrah (T2)

15 soalan
26

Ibadat
Solat Aidilfitri/ AidilAdha (T3)

15 soalan
27

Ibadat
Zakat Harta (T3)


15 soalan
28
JULAI
minggu 2
Latihan Klon PMR 1

Sila dapatkan soalan klon PMR daripada Ustazah Norainawati
29

Latihan Klon PMR 1


30

Latihan Klon PMR 2

Sila dapatkan soalan klon PMR daripada Ustazah Norainawati
31
JULAI minggu 3
Latihan Klon PMR 2


32

Latihan Klon PMR 3

Sila dapatkan soalan klon PMR daripada Ustazah Norainawati
33

Latihan Klon PMR 3


34
JULAI
minggu 4
Latihan Klon PMR 4

Sila dapatkan soalan klon PMR daripada Ustazah Norainawati
35

Latihan Klon PMR 4


36

Latihan Klon PMR 5

Sila dapatkan soalan klon PMR daripada Ustazah Norainawati


PERHATIAN / PERINGATAN : 
1. MASA MATAPELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 3 TELAH DIPERUNTUKKAN SEBANYAK 3 KALI SEMINGGU. 
2. SETIAP MINGGU PARA PELAJAR DIKEHENDAKI MENYIAPKAN SEKURANG-KURANGNYA 3 TOPIK / TAJUK / BIDANG SEBAGAI  LATIHAN TERANCANG SEBAGAIMANA YANG TELAH DIJADUALKAN.
3. PARA PELAJAR HANYA PERLU MEMATUHI  JADUAL LATIHAN INI DENGAN SEBAIK MUNGKIN.
4. LATIHAN INI PERLU DISIAPKAN SEPERTIMANA MASA / TARIKH YANG DITETAPKAN.
5. BUAT LATIHAN DALAM KERTAS KAJANG SENDIRI DAN TULISAN ANDA HENDAKLAH KEMAS DAN MUDAH DIBACA.
6. LATIHAN YANG TELAH DISIAPKAN HENDAKLAH DIMASUKKAN KEDALAM FAIL FOLIO PENDIDIKAN ISLAM PMR 2011. 
7. LATIHAN  PENDIDIKAN ISLAM TERANCANG INI PERLU DIHANTAR PADA ATAU SEBELUM   1 HB OGOS 2011.


SELAMAT BELAJAR DAN SEMOGA KEJAYAAN MENANTI ANDA

Ramalan Pendidikan Islam PMR 2011...


 
BAHAGIAN A:

TQ;
1.        Surah al-baqarah : 1-5 (T1)
2.       Surah al-baqarah : 83 (Berbudi dan berbakti cara Hidup mukmin) (T1)
3.       Surah al-baaqarah :285 (Berpegang Teguh dengan janji Allah) (T1)
4.       Surah al-A’raf : Meyakini Hari Kebangkitan (T3)
5.       Surah al-Jumuaat : 8-10 (T3)

HN:
1.       Al-Quran dan hadis panduan hidup Mukmin (T1)    

 BAHAGIAN B

AQ:
1. Maksud Islamdan Ihsan
2. Maksud Muslim dan Mukmin
3. Dalil kewujudan Allah (T1)
4.  Al-Rahman / al-rahim / al-hakim / al-Alim (T2)
5. Beriman kepada kitab  (T2)
6. Beriman kepada al-Hisab / al-Mizan / Persediaan menghadapi hari akhirat / Qadh’ dan qadar (t3)

IB:
1.       Bersuci : Mandi / tayammum / samak / hikmat (T1)
2.       Khusyuk solat (T1)
4.       Zakat fitrah (T2)
6.       Solat Aidilfitri/ AidilAdha

SN:
1. Strategi perjuangan rasulullagh (T1)
2. S. Khadijah (T1)
3. S. Abu Hurairah (T2) 
4. Umr al-Khattab (T2)
5.  (S.Abd Rahman b Auf (T2)
6.   Perjanjian Hudaibiyyah (T3)
7.    Piagam Madinah (T3)
8.      Pembukaan Kota Mekah (T3)
9.  Susun ayat / isi tempat kosong: ali Imran 26 / 27
10. Susun ayat / isi tempat kosong : al-Jumuaat : 10

Sunday, May 1, 2011

Anak Yang Baik Mendengar Kata...

Barisan Pentadbir bersiap sedia menyambut tetamu jemputan ke Majlis perasmian Program Pembangunan Sahsisah dan Budaya Beradab Murid 2011.... 6 April 2011

Barisan pemimpin pelajar SMKPS bersedia menyambut tetamu penuh hormat dan beradab...

Penceramah Jemputan tiba dan disambut mesra oleh PKP, En Harun b Abd Rahman
Ketua Pelajar dilatih beradab dan memberi hormat kepada tetamu...

Tetamu kehormat...sebagai perasmi Program diiring ke pentas oleh Pengetua Cemerlang SMKPS

Nyanyian Lagu Patriotik....dimulakan...

Slot bingkisan Ilmu: Anak Yang Baik Mendengar Kata....oleh Ustaz Tuan Anuwa 

Mudah-mudahan...slot ini sedikit sebanyak menyentuh jiwa anak-anak pelajar SMKPS...ke arah menjadi anak-anak yang mendengar kata....

Barisan pelajar...tetap bersabar walaupun hari semakin panas...

Sedikit amanat dari Tuan Pengetua....

Ucapan Perasmian....oleh Tn Hj Mohd Yusoff...wakil PPD, Bachok.

Gimik Perasmian....semoga mencapai objektif walaupun tidak  100%..


KERTAS CADANGAN :
 PROGRAM PEMBANGUNAN SAHSIAH DAN BUDAYA BERADAB MURID 2011
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUTRI SAADONG 

1. Pendahuluan
Berlatarbelakangkan sekolah ini yang terdiri daripada satu agama dan budaya maka  program  pembangunan  sahsiah  dan  budaya  beradab  murid   perlu dilaksanakan di peringkat sekolah sebagai usaha yang berterusan ke arah memartabatkan ummah. Ini bertujuan untuk memanfaatkan murid-murid menanamkan sikap positif, nilai-nilai murni serta membangkitkan semangat jatidiri  dan  keyakinan  diri  yang  tinggi selaras dengan falsafah pendidikan kebangsaan demi kejayaan duniawi dan ukhrawi.

2. Matlamat
Melahirkan murid yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia dan bertanggungjawab.

3. Objektif 
3.1 Murid dapat mengamalkan cara hidup yang beradab  di sekolah dan di luar sekolah.
3.2 Murid dapat mengamalkan cara hidup bertoleransi
3.3 Melahirkan murid yang mempunyai sahsiah yang baik dan terpuji

4.Sasaran : Semua murid SMK Putri Saadong
5. Tarikh pelaksanaan  : Sepanjang Tahun
6. Tempat: Sekolah

7. Aktiviti Pelaksanaan
7.1 Adab Semasa Belajar di Bilik Darjah
7.2 Adab Semasa Perhimpunan
7.3 Adab Semasa Berhubung sesama Manusia
7.4 Adab Semasa Berhubung alam sekitar 
7.5  Adab kepada Guru
7.6 Adab kepada  ibu bapa
7.7 Adab Sesama Rakan
7.8 Adab Semasa Permainan / Aktiviti
7.9 Adab semasa bersama Masyarakat
7.10 Adab kepada Pemimpin.

8.  Cadangan Aktiviti Program
8.1 Ganjaran Terhadap Pelajar Yang Menunjukkan Sahsiah Yang Cemerlang
8.2 Nama Pelajar Sahsiah Cemerlang DiUmum Semasa Perhimpunan Sekolah.
8.3 Kelas Sahsiah Cemerlang Di Umum Semasa Perhimpunan Sekolah.
8.4 Ceramah Tentang Adab dan Kesopanan oleh Kaunselor Sekolah
8.5 Penulisan Esei ( BM & BI ) Tentang Sahsiah dalam  P&P

9. Sumber Kewangan
1.     Wang Suwa           
RM 300.00
2.     LPBT
3.     PANITIA P. ISLAM
JUMLAH
                       
RM 300.00
RM200.00
RM800.00

10. Anggaran Perbelanjaan
1.     Banner         
 RM 200.00
2.     Cenderahati / Roset                      
RM 220.00
3.     Persegaran Jemputan
RM 80.00
4.     Ganjaran Pelajar
5.     Belanja Pelbagai
JUMLAH
RM 200.00
RM 100.00
RM 800.00


11. Penutup

Semua aktiviti yang dirancang dan diatur ini memerlukan usaha bersama dengan komitmen semua guru agar pelaksanaanya berjalan mengikut apa yang dirancang.Moga-moga dengan usaha berkat kerja bersama-sama ini akan dapat mencapai matlamat yang dirancang.


Disediakan oleh :

(RAZANA BINTI OTHMAN)
Setiausaha Sekolah Beradab)



Disemak oleh :

(HJ ISAMUDDIN BIN ISMAIL)
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Diluluskan oleh :


(HJ PI REMLI B CHE ISHAK)
Pengetua Cemerlang SMKPS

Monday, February 21, 2011

Tangisan terakhir kekasih Allah....

Tiba-tiba ada ucapan salam. “Boleh saya masuk?” lelaki itu bertanya. Namun Fatimah tidak mengizinkannya masuk ruangan. “Maaf, ayah saya sedang sakit, “kata Fatimah. Ia  kembali  menutup pintu.
Nabi Muhammad saw. membuka matanya dan bertanya, “Siapa dia, puteriku?”
“Aku tidak tahu ayah. Ini pertama kali aku melihatnya,” kata Fatimah lembut.
“Ketahuilah puteriku, dia adalah orang yang menghapuskan kenikmatan sementara! Dialah yang menceraikan persahabatan di dunia. Dialah  Malaikat Maut,” kata Rasulullah saw.
Fatimah sambil menahan genangan air matanya.
Malaikat maut datang kepadanya, tetapi Rasulullah saw. bertanya mengapa Jibril tidak datang bersamanya.
Kemudian Rasulullah saw. menatap puterinya dengan pandangan nanar dan gelisah, seolah-olah ia tidak ingin kehilangan setiap bahagian dari wajah puterinya.
Kemudian, Jibril dipanggil. Jibril sebenarnya telah bersiap sedia dia langit untuk menyambut ruh Rasulullah  pemimpin Bumi.
“Wahai Jibril, jelaskan kepadaku tentang hak-hakku di hadapan Allah!”, Rasulullah saw. meminta penjelasan dengan suara yang sangat lemah.
“Pintu-pintu langit telah dibuka. Para malaikat sedang menunggu ruh mu. Semua pintu Syurga terbuka luas menunggu mu” jelas Jibril.
Namun, kenyataannya, jawapan itu tidak sedikitpun membuat Rasulullah saw. mersa lega.
Matanya masih penuh kekhuatiran.
“Wahai  kekasih Allah,adakah kamu tidak gembira mendengar khabar ini?” tanya Jibril.
“Ceritakan tentang nasib umatku di masa depan?” tanya Rasulullah saw.
“Jangan khuatir, wahai Rasulullah, saya mendengar Allah berkata:” Aku haramkan Syurga untuk semua orang, sebelum umat Muhammad memasukinya, ” kata Jibril.
Waktu bagi malaikat Izrail melakukan tugasnya semakin dekat dan dekat.
Perlahan-lahan, ruh Rasulullah saw. dicabut.
Tampak tubuh Rasulullah saw. bermandikan peluh, saraf lehernya menegang.
“Jibril, betapa sakitnya!” Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasalam sallalahu mengerang dengan perlahan.
Fatimah memejamkan mata, Ali yang duduk di sampingnya tertunduk dalam dan Jibril pun memalingkan mukanya.
“Apakah aku sedemikian menjijikkan sehingga engkau memalingkan mukamu wahai Jibril?” Rasulullah saw. bertanya.
“Siapa yang dapat tahan melihat Kekasih Allah di ambang sakaratul mautnya?” kata Jibril.
“Bukan untuk berlama-lama,” kemudian Rasulullah saw. mengerang kerana sakit yang tak tertahankan.
“Ya Allah betapa sakitnya Sakaratul maut ini. Berikan kepadaku semua rasa sakit, tapi jangan untuk Umatku.”
Tubuh Rasulullah saw. mendingin, kaki dan dadanya tidak bergerak lagi.
Dengan berlinang air mata, bibirnya bergetar seakan ingin mengatakan sesuatu.
Ali mendekatkan telinganya ke Rasulullah saw., “Jagalah solat dan jagalah orang-orang lemah di antara kamu.”
Di  ruangan luar, ada tangisan. Para sahabat saling berpelukan. Fatimah menutup wajahnya dengan kedua tangan.
Sekali lagi, Ali mendekatkan telinganya ke Rasulullah saw. dan dengan mulut yang telah membiru serta air mata berlinang, Rasulullah saw berucap lirih: “Ummatii , Ummatii, Ummatii…” “Umatku, umatku, umatku…“