Barisan Pentadbir bersiap sedia menyambut tetamu jemputan ke Majlis perasmian Program Pembangunan Sahsisah dan Budaya Beradab Murid 2011.... 6 April 2011
Barisan pemimpin pelajar SMKPS bersedia menyambut tetamu penuh hormat dan beradab...
Penceramah Jemputan tiba dan disambut mesra oleh PKP, En Harun b Abd Rahman
Ketua Pelajar dilatih beradab dan memberi hormat kepada tetamu...
Tetamu kehormat...sebagai perasmi Program diiring ke pentas oleh Pengetua Cemerlang SMKPS
Nyanyian Lagu Patriotik....dimulakan...
Slot bingkisan Ilmu: Anak Yang Baik Mendengar Kata....oleh Ustaz Tuan Anuwa
Mudah-mudahan...slot ini sedikit sebanyak menyentuh jiwa anak-anak pelajar SMKPS...ke arah menjadi anak-anak yang mendengar kata....
Barisan pelajar...tetap bersabar walaupun hari semakin panas...
Sedikit amanat dari Tuan Pengetua....
Ucapan Perasmian....oleh Tn Hj Mohd Yusoff...wakil PPD, Bachok.
Gimik Perasmian....semoga mencapai objektif walaupun tidak 100%..
KERTAS CADANGAN :
PROGRAM PEMBANGUNAN SAHSIAH DAN BUDAYA BERADAB MURID 2011
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUTRI SAADONG
1. Pendahuluan
Berlatarbelakangkan sekolah ini yang terdiri daripada satu agama dan budaya maka program pembangunan sahsiah dan budaya beradab murid perlu dilaksanakan di peringkat sekolah sebagai usaha yang berterusan ke arah memartabatkan ummah. Ini bertujuan untuk memanfaatkan murid-murid menanamkan sikap positif, nilai-nilai murni serta membangkitkan semangat jatidiri dan keyakinan diri yang tinggi selaras dengan falsafah pendidikan kebangsaan demi kejayaan duniawi dan ukhrawi.
2. Matlamat
Melahirkan murid yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia dan bertanggungjawab.
3. Objektif
3.1 Murid dapat mengamalkan cara hidup yang beradab di sekolah dan di luar sekolah.
3.2 Murid dapat mengamalkan cara hidup bertoleransi
3.3 Melahirkan murid yang mempunyai sahsiah yang baik dan terpuji
4.Sasaran : Semua murid SMK Putri Saadong
5. Tarikh pelaksanaan : Sepanjang Tahun
6. Tempat: Sekolah
7. Aktiviti Pelaksanaan
7.1 Adab Semasa Belajar di Bilik Darjah
7.2 Adab Semasa Perhimpunan
7.3 Adab Semasa Berhubung sesama Manusia
7.4 Adab Semasa Berhubung alam sekitar
7.5 Adab kepada Guru
7.6 Adab kepada ibu bapa
7.7 Adab Sesama Rakan
7.8 Adab Semasa Permainan / Aktiviti
7.9 Adab semasa bersama Masyarakat
7.10 Adab kepada Pemimpin.
8. Cadangan Aktiviti Program
8.1 Ganjaran Terhadap Pelajar Yang Menunjukkan Sahsiah Yang Cemerlang
8.2 Nama Pelajar Sahsiah Cemerlang DiUmum Semasa Perhimpunan Sekolah.
8.3 Kelas Sahsiah Cemerlang Di Umum Semasa Perhimpunan Sekolah.
8.4 Ceramah Tentang Adab dan Kesopanan oleh Kaunselor Sekolah
8.5 Penulisan Esei ( BM & BI ) Tentang Sahsiah dalam P&P
9. Sumber Kewangan
1. Wang Suwa | RM 300.00 |
2. LPBT 3. PANITIA P. ISLAM JUMLAH | RM 300.00 RM200.00 RM800.00 |
10. Anggaran Perbelanjaan
1. Banner | RM 200.00 |
2. Cenderahati / Roset | RM 220.00 |
3. Persegaran Jemputan | RM 80.00 |
4. Ganjaran Pelajar 5. Belanja Pelbagai JUMLAH | RM 200.00 RM 100.00 RM 800.00 |
| |
11. Penutup
Semua aktiviti yang dirancang dan diatur ini memerlukan usaha bersama dengan komitmen semua guru agar pelaksanaanya berjalan mengikut apa yang dirancang.Moga-moga dengan usaha berkat kerja bersama-sama ini akan dapat mencapai matlamat yang dirancang.
Disediakan oleh :
(RAZANA BINTI OTHMAN)
Setiausaha Sekolah Beradab)
Disemak oleh :
(HJ ISAMUDDIN BIN ISMAIL)
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Diluluskan oleh :
(HJ PI REMLI B CHE ISHAK)
Pengetua Cemerlang SMKPS
No comments:
Post a Comment