Tuesday, July 17, 2012

Koleksi Tazkirah Ramadhan 2012m / 1433H : Sempena Bulan Penghayatan Ramadhan 1433H



TAZKIRAH RAMADHAN
SEMPENA BULAN PENGHAYATAN RAMADHAN AL MUBARAK

Disediakan Oleh:
PANITIA PENDIDIKAN ISLAM
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUTRI SAADONG

2012M / 1433H


(Makluman: Tazkirah ini dibacakan di perhimpunan Pagi Setiap Hari Ahad, Selasa dan Khamis sepanjang Ramadhan....semoga mendapat keberkatan)


TAZKIRAH IHYA’ RAMADHAN 1433H

TAZKIRAH 1: MOHONLAH KEAMPUNAN

Daripada Ka’ab Bin Ujrah r.a., beliau berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, “Hadirlah ke mimbar.” Maka kami semua pun hadir. Apabila baginda naik satu anak tangga mimbar, baginda berkata, “amin” dan apabila naik anak tangga yang kedua, baginda berkata “amin” dan apabila baginda naik anak tangga yang ketiga baginda berkata “amin.” Apabila baginda turun, kami telah bertanya, “Ya Rasulullah! Hari ini sesungguhnya kami telah mendengar dari Tuan sesuatu yang belum pernah kami dengar.”

Beliau bersabda, “Sesungguhnya Jibril telah muncul kepadaku dan berkata : Binasalah dia yang mendapati Ramadhan tetapi belum juga diampunkan. Maka aku berkata, amin.” “Apabila aku naik anak tangga yang kedua dia berkata : Binasalah dia yang apabila engkau disebutkan didepannya, tidak pula dia menselawatimu. Maka aku berkata, amin.” “Apabila aku naik anak tangga yang ketiga dia berkata : Binasalah dia yang mendapati kedua-dua ibu bapanya atau salah seorang darinya telah tua tetapi mereka tidak menjadi sebab untuk dia masuk ke dalam syurga. Aku berkata “amin.” [Riwayat Hakim dan Ibnu Hibban di dalam sahihnya]

1. Bersegeralah bertaubat meminta keampunan daripada Allah SWT dan berazam untuk tidak mengulangi dosa-dosa yang telah dilakukan itu lagi. Sesungguhnya Allah itu Maha Pemurah, lagi Maha Pengampun. Tiada dosa dan kesalahan yang tidak akan diampunkan-Nya, melainkan perbuatan syirik kepada-Nya. Oleh itu, janganlah sesekali kita berasa sedih dan berputus asa terhadap-Nya. Selagi nyawa dikandung badan, selagi itulah pintu taubat masih terbuka seluas-luasnya. Sabda Nabi SAW, ertinya:
“Demi nyawaku di tangan Allah, sekiranya kamu (manusia) tidak melakukan dosa, nescaya Allah akan melenyapkan kamu dan mendatangkan satu kaum lain yang berdosa lalu mereka menyesal dan meminta keampunan Allah, kemudian Allah akan mengampunkan mereka” [Riwayat Muslim, no 2749, 4/2106]

2. Perbanyakkanlah selawat ke atas junjungan mulia, Rasulullah SAW terutamanya  setiap kali nama baginda SAW disebut. Firman Allah SWT yang acapkali dilafazkan oleh para khatib di masjid-masjid ketika khutbah Jumaat;

“Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya berselawat untuk Nabi. Hai orang-orang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya. [al-Ahzab: 56]

Diriwayatkan bahawa makna selawat Allah kepada Nabi adalah pujian atas beliau di hadapan para malaikat-Nya, sedang selawat malaikat bererti mendoakan manakala selawat umatnya bererti permohonan ampun untuknya. (Demikian seperti disebutkan al-Bukhari dari Abul Aisyah). [2]

3. Berbaktilah kepada kedua-dua ibu bapa kita sebelum terlewat. Hendaklah kita sentiasa mengambil berat dan menjaga hati mereka lebih-lebih lagi tatkala usia mereka semakin lanjut. Jangan sesekali kita berkasar terhadap mereka, kerana sesungguhnya tiada suatupun yang dapat kita lakukan untuk membalas jasa-jasa yang telah mereka taburkan ke atas kita. Hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya. Wa iyazubillah, jangan sesekali kita menderhaka kepada kedua-dua orang tua kita.
selamat menyambut Ramadhan pada tahun ini… Mudah-mudahan kita beroleh keberkatan dan istiqamah dalam beramal demi mencapai keredhaan-Nya. Ameen…
 
TAZKIRAH 2: BONUS DAN TAWARAN ISTIMEWA DI BULAN RAMADHAN

Bulan ini bolehlah dianggap sebagai bulan ‘bonus' dari Allah SWT sebagai rahmat bagi hamba-hambaNya. Gandaan pahala di bulan dan ketika puasa adalah amat hebat. Ia berdasarkan hadith Qudsi yang menyebut : "Setiap amalan anak Adam adalah digandakan pahalanya kepada sepuluh hingga 700 kali ganda, maka berkata Allah SWT : Kecuali puasa, sesungguhnya ia adalah khas untukKu dan Akulah yang akan membalas kebaikannya, mereka meninggalkan makanan, minuman dan syahwat mereka (di siang hari) hanya keranaKu" (Riwayat Al-Bukhari & Muslim) . 

Cuba kita renungkan kembali, kerap kali kita akan merasa gembira apabila tiba hujung tahun bagi mendapat bonus dari majikan kita Mengapa kita gembira bila mendapat bonus, gaji dan insentif? Sudah tentu jawabnya kerana ; "dapat duit " .Mengapa kita seronok mendapat duit ? Jawabnya ; kerana boleh membeli itu dan ini, bergaya dan lain-lain. Lalu berapa lamakah keseronokan barang dan perkara yang dibeli tadi ?Sudah tentu jawabnya, bergantung kepada apa yang dibeli, ada yang rosak cepat dan ada yang lambat. Jika demikian, jika barang itu lambat rosak, berapa lamakah keseronokan itu akan berterusan? Jawabnya, paling panjang adalah sekadar kita masih hidup sahaja. 

Baiklah, selepas kematian adakah masih ada seronok? Jika tidak, maka apakah yang boleh menyeronokkan kita selepas mati ? Jawabnya ; tidak lain tidak bukan adalah pahala dan amalan yang dikumpul. Jika banyak dan berkualiti, semua matawang pahala itu akan memberi seribu satu macam keseronokan berpanjangan sehingga satu tarikh yang hanya diketahui Allah s.w.t dan ia pastinya amat panjang. 

Jika demikian, mengapa tidak tercetus perasaan seronok menerima kehadiran Ramadhan sebagaimana seronoknya kita menerima bonus atau insentif duit? Sedangkan Ramadhan adalah bulan bonus untuk meraih pahala sebanyaknya, bulan dipermudahkan peluang untuk ke syurga Allah s.w.t.

Justeru, niat yang ikhlas dan benar ketika melaksanakan kewajiban Ramadhan adalah kunci kepada ‘bonus' yang ditawarkan oleh Allah. Bermakna, barangsiapa yang berpuasa Ramadhan bukan kerana Allah tetapi disebabkan oleh rasa malu kepada rakan-rakan, atau ter'paksa' menuruti suasana atau hanya ingin menunjuk-menunjuk dan lain-lain sebab keduniaan, tiadalah orang seperti ini layak mendapatkan ‘bonus' dan tawaran istimewa ‘pahala luar biasa' yang ditawarkan oleh Allah. 

Selain itu, pahala ‘bonus' ini juga boleh tergugat dengan amalan-amalan keji bercakap buruk seperti maki, mencarut, mengeji orang, mengumpat, memfitnah dan apa-apa yang berkaitan dengan dosa lidah dan anggota juga akan menipiskan lagi ganjaran pahala seseorang walaupun ia berniat benar ketika berpuasa. Ini ditegaskan oleh Nabi SAW dalam sebuah hadith ertinya :
"Barangsiapa yang tidak meninggalkan perkataan buruk dan perbuatannya tatkala puasa, maka tiada hajat Allah baginya (kerana pahala akan terhapus) walaupun meninggalkan makanan dan minumannya" (Riwayat Al-Bukhari, 4/1903 - Fath al-Bari).
Sekian, terima kasih.

TAZKIRAH 3 : BULAN IBADAH, BULAN MUJAHADAH, BULAN RAHMAH DAN BULAN MAGHFIRAH

Alhamdulillah, segala puji-pujian bagi Allah SWT- Tuhan semesta alam. Kita sangat-sangat bersyukur kepada Allah SWT kerana dengan kehendak-Nya, Dia telah memilih kita untuk sekali lagi berada dalam bulan Ramadhan yang mulia, yakni masuk ke dalam universiti Ramadhan.

Kenapa dinamakan universiti Ramadhan? Kerana bulan ini merupakan bulan tarbiah, bulan pendidikan, di mana jiwa-jiwa kita ditarbiah dengan undang-undang Ramadhan dan hati-hati kita dimotivasikan dengan kelebihan-kelebihan atau fadhilat-fadhilat Ramadhan
Bukan senang nak masuk univerisiti, tapi kita pada hari ini Alhamdulillah syukur, dipilih oleh Tuhan untuk sama-sama masuk university Ramadhan. Pendaftarannya cukup mudah, tak payah bayar duit cuma niat saja sama ada niat setiap hari ataupun niat sebulan terus.
 
Bulan bertuah ini juga bolehlah disebut sebagai bulan ibadah. Boleh juga disebut sebagai bulan mujahadah. Disebut juga bulan rahmah dan bulan maghfirah. Dan macam-macam lagi sebutan yang baik-baik. Jangan kita sebut dengan yang tak baik sudahlah. “Wuih nak mai dah bulan bala, nak makan minum pun susah.
 
Jadi namanya bulan ibadah, bulan mujahadah, bulan rahmah, bulan maghfirah. Kenapa dinamakan bulan ibadah? Kerana pada bulan ini manusia berlumba-lumba untuk menambah amal-amalan mereka. Kalau sebelum bulan Ramadhan dia malas nak beramal ibadah, tapi apabila sampai saja bulan Ramadhan, biasanya amalan seseorang akan bertambah walaupun sedikit. Betul tak? Jadi pada bulan ini manusia berlumba-lumba untuk menambah amal-amalan mereka. Ataupun dari segi hakikatnya untuk menambah ‘pengabdian’ kepada Allah SWT. Perkataan ibadah berkait rapat dengan perkataan abdi, berkait juga dengan perkataan abdullah. Beribadah ni maksudnya berabdi kepada Allah. Macam mana cara berabdi kepada Allah? Sebenarnya senang saja. Buat apa yang Dia suruh dan jangan buat apa yang Dia larang. Selain itu, kita tambah dengan buat apa yang Dia suka, iaitu amalan-amalan sunat. Begitulah cara-cara berabdi kepada Allah.
 
Kenapa dinamakan bulan mujahadah? Sebab pada bulan ini kita berperang melawan nafsu. Sesiapa yang berlawan sungguh-sungguh dengan nafsunya, dia dikira mujahid. Kalau setakat lawan sikit-sikit ni, taklah dinamakan mujahid, tidaklah dinamakan mujahadah. Kena bersungguh-sungguh, baru dia dikira sebagai mujahid, barulah usahanya itu dinamakan mujahadah.
 
Perkataan mujahadah ini adik-beradik dengan jihad, iaitu satu usaha yang bersungguh-sungguh. Secara khususnya dinisbahkan kepada berperang melawan musuh-musuh Islam tetapi secara umumnya dinisbahkan kepada satu usaha yang bersungguh-sungguh. Mujahadah juga berkait-rapat dengan mujahidin.
 
Kenapa dinamakan bulan rahmah? Sebab pada bulan ini rahmat Allah melimpah-ruah.
Kenapa dinamakan bulan maghfirah? Perkataan maghfirah ini berkait-rapat dengan perkataan istighfar. Yang kita sebut lepas solat “Astaghfirullahal ‘azim” tu istighfarlah. Istighfar maksudnya minta ampun. Maghfirah maksudnya ‘keampunan’. Jadi bulan Ramadhan ini adalah bulan keampunan. Pintu taubat, pintu keampunan terbuka seluas-luasnya. Terpulanglah kepada kita sama ada hendak menggunakan kelebihan-kelebihan yang ada sepanjang bulan ini ataupun tidak. Siapa tak mahu, rugilah.... pada bulan-bulan lain tak ada macam ni.

Sekian, terima kasih.
 
TAZKIRAH 4 : KESILAPAN MUSLIM DI BULAN RAMADHAN siri 1

Sebenarnya terdapat objektif atau sasaran yang perlu dicapai oleh Muslim di bulan Ramadhan ini terbahagi kepada dua  iaitu taqwa dan keampunan. Perihal objektif taqwa telah disebut dengan jelas di dalam ayat 183 dari surah al-Baqarah. Manakala objektif 'mendapatkan keampunan' ternyata dari hadith sohih tentang Sayyidatina Aisyah r.a yang bertanya kepada nabi doa yang perlu dibaca tatkala sedar sedang mendapat lailatul qadar. Maka doa ringkas yang diajar oleh Nabi SAW adalah doa meminta keampunan Allah SWT.
Bagaimanapun, kemampuan untuk mendapatkan kesempurnaan pahala ramadhan kerap kali tergugat akibat kekurangan ilmu dan kekurang keperihatinan umat Islam kini. Antara yang dimaksudkan adalah :- 

1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam). Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudiannya. Keadaan ini disebut di dalam sebuah hadith, Ertinya : "sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu" (Riwayat al-Bukhari) 

2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam . Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari
mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma'bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138) 

3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain . Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam. Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : " dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar" (Az-Zariyyat : 18) 

4) Menganggap waktu imsak sebagai 'lampu merah' bagi sahur . Ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah 'lampu amaran oren' yang di cadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, janganlah ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu. Waktu yang disepakti ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh). (As-Siyam, Dr Md 'Uqlah, hlm 278)

Bersambung di pertemuan akan datang....sekian, terima kasih.


TAZKIRAH 5 : KESILAPAN MUSLIM DI BULAN RAMADHAN siri 2

5) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa. Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang. Justeru, 'ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi 'kurus kering' pastinya.

6) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih . Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, terutamanya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam. 

7) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa. Sedangkan, kerja yang kita lakukan dengan niat ibadat pastinya menambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkan produktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan ini. 

8) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat . Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami' as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)

9) Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat . Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid, malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah da didedahkan berjalan dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid. 

10) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka . Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam. Nabi SAW telah menyebut :-
Ertinya : "Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi" ( Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih ) Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka berdasarkan hadith. 

Ertinya : "Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak" ( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi : Sanadnya sohih)

 Sekian , terima kasih.

TAZKIRAH 6 : BULAN RAMADHAN BULAN MELATIH SIFAT SABAR

Rasulullah sollallahualaihiwasallam bersabda, Allah berfirman, "Setiap amalan anak Adam ialah untuk dirinya kecuali puasa, sesungguhnya ia adalah untukKu dan Akulah yg akan membalasnya, dan sesungguhnya bau mulut orang yg berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada bau al-misk (kasturi)." Hadith Riwayat Bukhari.

Apabila seseorang berpuasa dengan ikhlas maka dia akan bersabar untuk menahan dirinya daripada segala perkara yg membatalkan puasa. Dia perlu bersabar dengan semua kategori kesabaran. 3 kategori sabar:

Kategori pertama: Sabar untuk melakukan ketaatan
Kategori kedua: Sabar untuk meninggalkan maksiat
Kategori ketiga: Sabar di atas ujian Allah yg menyakitkan

Ketiga-tiga kategori sabar terdapat di dalam ibadah puasa iaitu bersabar melakukan taat, bersabar meninggalkan maksiat dan bersabar di atas ujian lapar, dahaga dan lemahnya tubuh badan kesan daripada berpuasa. Bahkan Baginda bersabda dalam sebuah hadith yg dinilai sebagai hasan oleh Imam Tirmizi, "Puasa itu sebahagian daripada kesabaran."

Allah berfirman dalam Surah az-Zumar ayat 10, "Sesungguhnya (Dia) memberi ganjaran kepada orang-orang yg sabar dengan ganjaran yg tidak terhitung." Baginda juga bersabda, "Dan ia (Ramadhan) bulan kesabaran dan kesabaran itu ganjarannya syurga." Riwayat Ibnu Khuzaimah di dalam Kitab Sahihnya.

Ayuh berpuasa, ayuh bersabar, ayuh ke syurga!

p/s: Juga Jangan lupakan saudara seIslam kita yg berlapar bukan sahaja di siang hari malah juga di malam hari.
Sekian.

SELAMAT BERPUASA DAN SEMOGA MENDAPAT KEAMPUNAN ALLAH SWT.DI RAMADHAN INI
 


Tuesday, June 26, 2012

BIDANG TUGAS AHLI JAWATANKUASA PANITIA PENDIDIKAN ISLAM



JAWATANKUASA PANITIA
BIDANG TUGAS
1.    Pengetua
PK Pentadbiran
PK Hem
PK KoKurikulum
GK Sains Sosial

·        Memberi nasihat dan panduan
·        Menyemak dan mengesahkan kertas cadangan
·        Memantau program yang dirancangkan dapat dilaksanakan pada tarikh yang sesuai
·        Memastikan perjalanan program berjalan dengan lancar
·         
2.   Ketua Panitia
·        Mendapatkan sukatan pelajaran terkini untuk kegunaan ahli
·        Menyelaras penyediaan rancangan mengajar untuk dua penggal persekolahan
·        Memilih dan mencadangkan buku-buku rujukan untuk kegunaan guru-guru atau Pusat Sumber Sekolah
·        Menyelaras penggunaan bahan bantu mengajar (BBM), buku latihan, lembaran kerja, soalan ujian dan peperiksaan berasaskan sekolah (PKBS)
·        Mengkaji dan menganalisis keputusan peperiksaan dan ujian
·        Mengadakan mesyuarat panitia sekurangnya 3 kali setahun
·        Mempengerusikan mesyuarat panitia
·        Menghadiri mesyuarat PPD / JPN jika perlu

3.   Setiausaha Panitia
·        Mencatat minit dalam semua mesyuarat panitia
·        Menyiapkan minit mesyuarat 3 hari selepas mesyuarat dijalankan dan diedarkan kepada semua ahli
·        Menyediankan agenda-agenda untuk semua mesyuarat panitia
·        Membantu  ketua panitia mengemaskini fail-fail panitia
·        Menyediakan surat-surat pekeliling panitia atas arahan ketua panitia
·        Mengurus semua surat keluar masuk panitia
·        Menyediakan laporan bagi setiap kali program panitia
·        Menjalankan arahan yang diberikan dari semasa ke semasa

4.   Penyelaras Tingkatan
·        Menguruskan dan menyelaras tugas-tugas atau arahan yang diberikan mengikut bidang tingkatan
·        Menyediakan soalan ujian atau PKBS serta skema pemarkahan mengikut senarai agihan penggubalan soalan
·        Menguruskan soalan ujian untuk diedarkan pada tarikh ujian dijalankan
·        Merancang program akademik dan ko-akademik yang dirasakan perlu mengikut tingkatan

5.   Penyelaras PAFA dan UTH
·        Menyediakan borang PAFA dan Hafazan Menengah Rendah dan Menengah Atas
·        Mengemaskini fail induk PAFA
·        Mengedarkan Fail PAFA kepada guru-guru terlibat pada awal sesi persekolahan
·        Mengumpulkan Fail PAFA pada akhir sesi persekolahan dan menyimpan dalam bilik Pendidikan Islam

6.   Penyelaras PBS PMR
·        Menghadiri mesyuarat Penyelarasan PBS PMR peringkat Negeri / PPD
·        Menyediakan fail induk PBS PMR
·        Menyediakan boring-borang yang diperlukan
·        Mengedarkan boring-borang
·        Mengumpulkan boring markah kelompok mengikut tingkatan

7.   Setiausaha Hari Kebesaran Islam
·        Merancang aktiviti sambutan Hari Kebesaran Islam
·        Menyediakan buku pengurusan kerja
·        Menyediakan buku pengurusan kerja
·        Menubuhkan ahli jawatankuasa kerja
·        Menyediakan kertas cadangan
·        Mendapatkan nasihat dan pengesahan daripada Pentadbir
·        Menjalankan program sambutan

8.   Setiausaha Dakwah
·        Merancang aktiviti dakwah
·        Menyediakan buku pengurusan dakwah
·        Menubuhkan ahli jawatankuasa kerja bagi aktiviti yang ingin dijalankan
·        Menyediakan kertas cadangan
·        Mendapatkan nasihat dan pengesahan daripada Pentadbir
·        Menjalankan aktiviti dakwah

9.   Setiausaha Masjid
·        Menyediakan buku pengurusan masjid
·        Menubuhkan jawatankuasa masjid dari kalangan guru dan pelajar
·        Memastikan keceriaan dan kebersihan masjid
·        Mengurus hal-hal kebajikan di masjid

10.Setiausaha Zakat
·        Menyediakan buku pengurusan zakat
·        Mengenalpasti asnaf zakat di kalangan pelajar
·        Mengumpul dana zakat
·        Merancang pembahagian zakat

10.Guru Penasihat Persatuan Pendidikan Islam
·        Menguruskan  perjumpaan persatuan
·        Mengadakan aktiviti persatuan
·        Memastikan aktiviti persatuan dipelbagaikan

11. Guru Matapelajaran
·        Merancang pengajaran dan pembelajaran tahunan dan harian
·        Melaksanakan aktiviti Pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar di bilik darjah
·        Melaksankan ujian PAFA dan HAFAZAN
·        Memastikan KPI Pendidikan Islam tercapai
·        Mengenalpasti kemahiran al-quran di kalangan pelajar
·        Merancang program pengukuhan
·        Melaksankan ujian / peperiksaan
·        Menyemak kertas jawapan pelajar
·        Menerangkan teknik menjawab soalan dengan betul
·        Menyemak latihan / nota pelajar
·        Mendidik akhlak pelajar kearah bersahsiah mulia

KERTAS CADANGAN PROGRAM MINGGU JABATAN SAINS SOSIAL


KERTAS CADANGAN :
BINGKISAN ILMU : REMAJA  DAN CABARAN MASA KINI
SEMPENA PROGRAM MINGGU JABATAN SAINS SOSIAL
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUTRI SAADONG

1.   Pendahuluan
Cadangan menganjurkan program minggu Jabatan Sains Sosial ini telah dicetuskan ideanya oleh Yang Berusaha Tuan Pengetua SMK Putri Saadong sendiri iaitu Tuan Hj Pi Remli b Che Ishak sebagai satu galakan untuk membudayakan pelbagai aktiviti pembudayaan ilmu di sekolah khasnya.

Oleh yang demikian, Panitia Pendidikan Islam sebagai salah satu daripada panitia yang berada di bawah Jabatan Sains Sosial, mengambil kesempatan untuk mengadakan slot bingkisan ilmu sebagai salah satu daripada pengisian aktiviti sempena minggu ini.

2.  Matlamat
Melahirkan murid yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, dan berdaya saing melalui pelbagai pertandingan, ceramah dan juga pameran.

3.  Objektif 
3.1.   Murid dapat mengamalkan cara hidup orang yang berilmu  di sekolah dan di luar sekolah.
3.2.   Murid dapat mengamalkan cara hidup sebagai remaja atau pelajar yang bermaruah dan memahami batas-batas pergaulan dalam Islam
3.3.   Murid yang mempunyai sahsiah yang baik dan terpuji

4.  Sasaran : Semua murid SMK Putri Saadong

5.  Tarikh pelaksanaan   2 hb Mei 2011 (Isnin)

6.   Tempat:  Dataran Perhimpunan SMK Putri Saadong

7.  Aktiviti Pelaksanaan : Ceramah Umum

8.  Ajk Pelaksana:

BINGKISAN ILMU : REMAJA DAN CABARAN MASA KINI
Tarikh                          :           2 hb Mei 2011 (Isnin)
Tempat                        :           Dataran Perhimpunan SMKPS
Penceramah               :           al-Fadhil Ustaz Muhammad bin Ayub
( Pensyarah Maktab Perguruan Kota Bharu)
Tajuk Bingkisan Ilmu:                         “Remaja dan Cabaran Masa Kini”

Jawatankuasa
Guru Bertugas
Tugasan
Penasihat :





Pengerusi :


Timbalan Pengerusi :




Perancang :




Ketua Program


Setiausaha :







Bendahari :



Sambutan :





Jemputan Penceramah :



Persiapan Tempat :




Bacaan Doa :



Fotografi :


Persegaran Jemputan :


Siaraya :


Kawalan Pelajar :





Buku Pelawat :



Cenderahati / Roset :




Juruacara Majlis :



Tn Hj Pi Remli bin Che Ishak
(Pengetua Cemerlang SMKPS)



Tn Hj Isamudin bin Hj Ismail
(PK HEM)

En Harun bin Abd Rahman
(PK Pentadbiran)
Tn Hj Nik Zainal Abidin bin Nik Sulaiman
(PK Ko Kurikulum)

En Muzairi Souza b Mohamed
(KB Sains Sosial)



Pn Mek bt Abd Rasyid


Pn Razana bt Hj Othman







Pn Fatiah bt Muhammad



Barisan Pentadbir
Ketua Bidang Sains Sosial
Ust Mohd Radzuan b Mat Jusoh
Badan Pengawas


Pn Zaliza bt Hamzah



Pn Azumah bt Mohd Salleh
Pn Naimah bt Abdullah
Pn Zainon bt Mohd Yassin
Pengawas Bertugas


Ust. Mohd Radzuan b Mat Jusoh
Pengawas Bertugas

En Md Nor Azmi b Daud


Pn Siti Dahlia bt Yusoff
Pn Norainawati bt Ishak


En Zilkaram b Awang
En Rokman b Yusoff

Tn Hj Zuhaidi bin Hussin
En Nik Zulkifli b




Pn Rohani bt S. Ahmad



Pn Fatiah bt Muhammad





Pn Roslina bt Ali
·         Memberi nasihat dan teguran kea rah penganjuran majlis berjalan dengan lancer dan baik


·         Mempengerusikan majlis taklimat program







·         Merancang dan memberi cetusan idea untuk menjayakan aktiviti Minggu jabatan Sains Sosial

·         Memastikan program berjalan lancar

·         Menyediakan kertas cadangan program
·         Menghubungi penceramah jemputan
·         Memastikan program berjalan lancer sebagaimana yang dirancangkan

·         Menguruskan kewangan program / cenderahati penceramah

·         Menyambut penceramah jemputan
·         Menguruskan barisan pengawas untuk acara menyambut Penceramah Jemputan

·         Menyediakan surat jemputan
·         menghantar atau fax surat kepada penceramah Jemputan

·         menguruskan tempat perhimpunan guru dan tetamu
·         menguruskan minuman penceramah (semasa ceramah)

·         melantik dan melatih pengawas yang bertugas untuk mengetua pembacaan doa

·         mengambil gambar / foto sepanjang program

·         menyediakan  jamuan persegaran untuk 5 orang


·         memastikan siaraya berjalan lancer

·         memastikan pelajar berkumpul di dataran perhimpunan seawal 7:30 pagi
·         memastikan pelajar duduk dalam keadaan berdisiplin

·         menyediakan buku pelawat untuk ditandatangani oleh penceramah jemputan

·         menyediakan cenderahati kepada pencermah
·         mengiringi Pengetua untuk acara penyampaian cenderahati.

·         Menjadi juruacara majlis sepanjang program







9.    Tentatif Program:

7 :30 pg           :           Pelajar dan guru berkumpul di medan perhimpunan            
7:50 pg            :           Ketibaan Tetamu Jemputan
8 :00 pg           :           Nasyid Asma ul Husna
                        :           Ucapan Alu-aluan Pengerusi Majlis
                        :           Bacaan Doa
                                    Oleh :

                        :           Bingkisan Ilmu : “Remaja dan Cabaran Masa Kini”
                                    Oleh : al-Fadhil Ustaz Muhammad bin Ayub
( Pensyarah Institut Perguruan Kota Bharu)

                        :           Ucapan Alu-aluan Tuan Pengetua
                                    Tn Hj Pi Remli bin Che Ishak
                                    (Pengetua Cemerlang SMKPS)
                       
                        :           Penyampaian Cenderahati

                                    Jamuan Ringan / Bersurai


10.         Sumber Kewangan
1.    PANITIA  P. ISLAM
(Kegiatan Agama)
JUMLAH

RM 200.00

 RM200.00
11. Anggaran Perbelanjaan
1.    Cenderahati
2.    Persegaran AJK Pelajar
JUMLAH
RM150.00
RM  50.00
RM 200.00


12.   Penutup
Adalah diharapkan  slot bingkisan ilmu yang mengetengahkan persoalan “Remaja dan Cabaran Masa Kini” dapat membuka minda para pelajar SMKPS khususnya dan dapat mencetuskan satu sentuhan perubahan dalam diri mereka kea rah menjadi pelajar yang bermaruah dan berguna kepada diri, keluarga, agama, bangsa dan Negara.



Disediakan oleh :

(RAZANA BINTI OTHMAN)
Setiausaha Bingkisan Ilmu




Disemak oleh :


(MUZAIRI SOUZA  B MOHAMMED)
Ketua Bidang Sains Sosial SMKPS



Diluluskan oleh :


(HJ PI REMLI B CHE ISHAK)
Pengetua Cemerlang SMKPS