Sunday, March 10, 2013

Contoh Kertas Cadangan : Kursus Tahsin Solat Tingkatan 1


KERTAS CADANGAN:
KURSUS TAHSIN SOLAT
ANJURAN:
PANITIA PENDIDIKAN ISLAM
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUTRI SAADONG

1.    TAJUK
:         KURSUS TAHSIN SOLAT

2.    OBJEKTIF
1.    Memberi pendedahan secara teori dan amali tentang solat  secara langsung kepada pelajar
2.    Melaksanakan pengajaran dan pembelajaran salah satu daripada sukatan pelajaran Pendidikan Islam tingkatan 1
3.    Memastikan pelajar tingkatan 1 boleh solat dengan sempurna
4.    Memantapkan tahap kefahaman pelajar terhadap konsep solat sebagai satu tuntutan fardu ain

3.    RASIONAL
1.    Pelajar perlu diberi pendedahan secara praktikal tentang  tuntutan fardu ain.
2.    Pelajar perlu diberi pengalaman belajar sebagai langkah awal untuk melaksanakan tuntutan ini demi kepentingan diri, keluarga dan masyarakat.

4.    SASARAN
Semua pelajar pelajar tingkatan 1 (    220    orang)

5.    TARIKH PELAKSANAAN

 3hb April  2013 (Rabu)

6.    JANGKAMASA
07:50 – 10:20 pagi

7.    TEMPAT
MASJID AR RAHMAN SMKPS

8.    TENTATIF PROGRAM
07:50 pagi -   Pelajar berkumpul di masjid
08:00 pagi -  Ceramah ringkas tuntutan Solat
09:30 pagi -  Latihan Dalam Kumpulan (LDK)
10:30 pagi  - Minum Pagi /Bersurai






9.    JAWATANKUASA




Penasihat :
En Che Hashim bin Sulaiman (Pengetua  SMKPS)
Pengerusi:
En Harun bin Abd Rahman (PK Pentadbiran)
Timbalan Pengerusi  Bersama:
En Ismail bin Jusoh (PK Ko Kurikulum)
Tn Hj Isamuddin bin Ismail (PK HEM)           

Naib Pengerusi:  
En Muzairi Souza bin Mohamad(GKSS)
Perancang  -  Ustazah Razana bt Hj Othman
Setiausaha  - Ustazah Siti Dahalia bt Mohd Yusoff
Bendahari  - Ustazah Roslina bt Ali

Ahli Jawatan Kuasa:

Penceramah:
Ustazah Mohd Sayuti b Rajab

Persiapan tempat / Siaraya / Banner:  
Ustazah Siti Dahalia bt Mohd Yusoff
En Rokman bin Yusoff

Persegaran :
Ustazah Roslina bt Ali
Ustazah Hartini bt Mohd Noor
Ustazah Hjh Mek bt Abd Rashid
Ustazah Azumah bt Mohd Salleh
Ustazah Norainawati bt Ishak

Kawalan Disiplin: 
En Zilkaram bin Awang    

Juru acara majlis :
Ustazah Siti Dahalia Mohd Yusoff

Buku program  - Ustazah Razana bt Hj Othman
                     
10. ANGGARAN PERBELANJAAN
1.    Minuman pelajar 220 orang x RM1.50
                                =                RM 330.00
2.    Banner                       =               RM 100.00
3.    Hadiah peserta kursus terbaik        RM   50.00                                                                    

JUMLAH                                    RM 480.00
                                                                   
4.    SUMBER KEWANGAN
1.    Peruntukan Wang Kegiatan Agama                                                                

         JUMLAH                   =               RM 480.00
(Ringgit Malaysia : Empat Ratus Lapan Puluh Sahaja)                                                     

2.    PENUTUP








Disediakan oleh;



(SITI DAHALIA BT MOHD YUSOFF)
Setiausaha Kursus Tahsin Solat
 
Diharapkan program ini dapat menyuntik roh islamiyah  para pelajar untuk menghayati tuntutan solat dan merasai nilai kewajipan sebenar ibadat solat dan seterusnya dapat mendidik jiwa mereka menjadi muslim yang sejati.




Disahkan oleh;

(CHE HASHIM BIN SULAIMAN)
Pengetua
Sekolah Menengah Kebangsaan Putri Saadong
16030 Bachok, Kelantan

No comments:

Post a Comment