Tuesday, September 28, 2010

Sumaiyyah Binti Khaiyat : Hidup dan Mati kerana Allah

DUNIA dilimpahi hujan tangisan menyaksikan peristiwa penyiksaan yang amat kejam terhadap sepasang suami dan isteri serta seorang anak kecil yang tidak mengerti apa-apa. Mereka di heret ke padang pasir dan dijemur dibawah pancaran matahari yang amat panas, mereka dipukul dan tidak diberi makan dan minum. Kaki dan tangan pula diikat dengan rantai. Seksaan semakin kejam apabila mereka tidak menurut kehendak orang yang menyeksa.
Si isteri diikat di antara dua ekor unta. Paksaan demi paksaan dilakukan agar mereka meninggalkan pegangan mereka. Namun, keutuhan dan kekuatan yang didatangkan oleh pegangan itu membuatkan mereka tidak gentar dan sanggup menahan seksaan yang amat dahsyat. Akhirnya, padang pasir yang gersang dan matahari yang terik memancar menjadi saksi pembunuhan kejam sepasang suami isteri itu. Sebilah lembing dihunus dan ditusuk tanpa belas ke dada si isteri dan suami.
Dia hanyalah seorang wanita dan anak yatim piatu. Kebaikan hati dan ketaatan kepada tuannya menjadikan dia cukup disegani walaupun dia hanya seorang hamba yang berkulit hitam. Perkahwinannya dengan seorang lelaki yang setaraf dengannya menjadikan hidupnya lebih bermakna. Lebih membahagiakan apabila mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang comel.
Namun kebahagiaan itu tidak bererti dan mengundang bencana apabila mereka memeluk Islam. Mereka adalah antara individu yang terawal memeluk Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w di Mekah.
Dia adalah wanita yang tabah dan menjadi contoh kepada wanita Islam lain bukan sahaja pada zaman nabi, malahan, sehingga kini, namanya disebut sebagai wanita pertama yang mati syahid di bumi Mekah. Dia mati demi menegakkan iman dan akidahnya terhadap Islam. Dia adalah Sumaiyyah binti Khaiyat yang merupakan isteri kepada Yasir bin Amin Al-Ansi dan juga ibu kepada Ammar bin Yasir.
Sumaiyyah bin Khaiyat adalah hamba perempuan kepada Abu Huzaifah bin al-Mughirah Abdullah bin Umar al-Ansi yang merupakan seorang pembesar Quraisy. Manakala suaminya pula bernama Yasir bin Amin Al-Ansi, seorang pendatang dari Yaman. Yasir juga dikenali sebagai Abu Ammar.
Sumaiyah dimerdekakan pada hari perkahwinannya dan tinggal bersama Huzaifah di bawah naungan Bani Makhzum.
Keluarga Yasir adalah di antara keluarga yang terawal memeluk Islam di Mekah ketika seruan dakwah baru sahaja di bawa oleh Rasulullah s.a.w. Mereka terpaksa menempuh penderitaan dan penyeksaan daripada golongan musyrikin Mekah.
Bani Makhzum yang masih belum memeluk Islam ketika itu sangat marah apabila mengetahui keluarga Yasir memeluk Islam. Keluarga Yasir diseksa dengan pelbagai jenis seksaaan supaya mereka kembali kepada agama asal nenek moyang mereka yang menyembah berhala.
Sumaiyyah, Yasir dan Ammar telah diheret ke padang pasir dan dijemur di bawah pancaran matahari yang amat panas, mereka dipukul dan tidak diberi makan dan minum. Kaki dan tangan mereka diikat dengan rantai.
Pada suatu hari Rasulullah s.a.w lalu di tempat keluarga Yasir diseksa. Rasulullah s.a.w berkata, “Bersabarlah, wahai keluarga Yasir. Balasan untuk kamu adalah syurga.”
Kata-kata Rasulullah s.a.w itu telah menenangkan hati dan jiwa raga mereka, iman mereka jadi bertambah teguh walaupun mereka diseksa dengan kejam dan zalim oleh musyrikin daripada Bani Makhzum.
Pada suatu hari datanglah Abu Jahal ke tempat penyeksaan tersebut sambil menghina dan mencerca Sumaiyyah dan turut sama menyeksa Sumaiyyah. Abu Jahal memaksa Sumaiyah supaya meninggalkan Islam. Tetapi mereka menolaknya dan tetap beriman dengan Allah s.w.t dan tidak sekali-kali akan meninggalkan Islam. Sumaiyah diikat di antara dua ekor unta.
Abu Jahal sangat marah dengan sikap Sumaiyyah yang tidak mahu tunduk dengan kemahuannya dan musyrikin Mekah. Abu Jahal pun mengambil lembing lalu menusukkan lembing tersebut di dada Sumaiyyah. Sumaiyyah pun gugur sebagai syahid pertama di bumi Mekah. Suaminya Yasir juga turut syahid kemudiannya.
Nama Sumaiyyah binti Khaiyat tercatat dalam sejarah Islam sebagai syahid pertama umat Islam yang mati kerana mempertahankan akidah dan keimanannya kepada Allah s.w.t.
Setelah Sumaiyyah dan Yasir gugur sebagai syuhada, anaknya, Ammar pula dipaksa menyebut nama-nama berhala kaum musyrikin. Dalam keadaan terpaksa, Ammar terpaksa menuruti kehendak kaum musyrikin dengan menyebut nama-nama berhala. Ammar hanya menyebut di lidah semata-mata tetapi di hatinya terus memuji Allah s.w.t.
Dalam keadaan darurat ini Ammar terpaksa memilih antara ‘rukshah’ dan ‘azimah’. Musyrikin Mekah pun melepaskan Ammar kerana disangkanya sudah mengikut kehendak mereka.
Selepas dilepaskan daripada seksaan Ammar pun menemui Rasulullah s.a.w dan menceritakan perbuatannya itu. Rasulullah s.a.w bertanya, “Bagaimana dengan hatimu?” Jawab Ammar, “Saya tetap beriman dengan Allah.” Rasulullah s.a.w membenarkan tindakan Ammar tersebut yang memilih ‘rukshah’.
Jaminan Rasulullah kepada mereka sekeluarga sebagai penghuni syurga Jannatun Naim menjadi perangsang kepada wanita Islam yang lainnya. Keteguhan dan ketabahannya meneguhkan iman di dada tanpa mengjiraukan nyawa harus dijadikan contoh wanita masa kini.
Sumbangan Sumaiyyah amat bermakna dalam mempertahankan kesucian Islam. Antaranya, berani menyatakan yang hak, sanggup mempertaruhkan nyawa kerana mempertahankan kesucian akidah serta memberi imej yang baik kepada umat Islam dalam soal mempertahankan agama Islam.
Selain itu, Sumaiyyah merupakan lambang ketaatan
yang tiada belah bagi kerana berjaya memperteguh keyakinan dan keazaman penganut Islam yang lain untuk meneruskan perjuangan.
Nama Sumaiyyah terus disebut sehingga kini sebagai seorang wanita yang terbaik sebaik manusia yang dijanjikan syurga oleh Nabi Muhammad s.a.w. Penyeksaan yang turut diceritakan semula menjadi kekuatan bagi wanita solehah untuk turut berazam memiliki jiwa dan hati setabah Sumaiyyah.
Darahnya menjadi sumbu pelita keimanan. Tangan yang lembut menghayun buaian akhirnya membuktikan bahawa wanita sepertinya mampu menggoncang dunia dengan hanya memperteguh keimanan kepada Allah s.w.t.
Kisah ini memberi gambaran kepada wanita Islam
diseluruh dunia masa kini bahawa kebahagiaan dan kejayaan yang sebenar bagi seorang wanita adalah dapat mempertahankan Islam sepenuh hati. Betapa Sumaiyyah sanggup mengorbankan nyawa demi meneguhkan iman dan ketakwaannya kepada Allah s.w.t. Bagaimana pula dengan wanita masa kini yang tidak berhadapan langsung dengan ancaman bunuh atau seksaaan seperti Sumaiyyah?
Jika digabung kesemua wanita yang memiliki sikap dan sifat cerdik pandai, berharta dan berkuasa di seluruh dunia ini untuk kemuliaan dan pengiktirafan buat mereka, pasti tidak akan mencapai taraf kemuliaan seorang wanita yang beriman seperti Sumaiyyah dan wanita-wanita lain pada zaman Nabi yang mempertaruh nyawa dan diri demi Islam.

Sunday, September 26, 2010

Siapakah yang Mulia...?

Ingin sekali berkongsi sebuah ceritatera yang diriwayatkan dari sebuah hadis Rasulullah SAW pada pertemuan kita kali ini.  Pada suatu ketika, Rasululllah SAW dan para Sahabat berkumpul bersama sambil berbincang sesuatu yang sememangnya menjadi agenda selalu. Musyawwarah! Setiap saat Rasulullah SAW sentiasa mementingkan perbincangan...bersama para Sahabat baginda.

Dalam pertemuan itu baginda bertanya kepada para Sahabatnya; "Siapakah hamba Allah yang mulia di sisi Allah?" Para Sahabat terdiam. Lalu salah seorang daripada mereka berkata: "Para Malaikat, ya Rasulullah." Baginda Rasulullah SAW berkata: "Ya para Malaikat mulia, mereka sentiasa dekat dengan Allah, mereka sentiasa bertasbih kepada Allah, tentulah mereka mulia. Tetapi bukan itu yang aku maksudkan".
Para Sahabat kembali terdiam. Kemudian salah seorang Sahabat baginda yang lain pula menjawab: "Tentulah para Nabi yang mulia." Baginda Rasulullah SAW tersenyum sambil memandang wajah Sahabatnya itu. Baginda berkata: "Ya para Nabi mulia, kerana mereka adalah utusan Allah, mereka diberi segaka keistimewaan olehNya, bagaimana mereka tidak mulia....mereka mulia. Tetapi ada lagi yang lainnya".
Para Sahabat terdiam lagi dan dalam hati masing-masing tertanya-tanya: Siapa lagi orang yang mulia? Kemudian salah seorang Sahabat bertanya: "Apakah kami Sahabatmu yang mulia? Rasulullah SAW tersenyum dan baginda melihat wajah para Sahabatnya satu persatu....lalu baginda bersabda: "Tentulah kalian mulia, kalian dekat denganku...kalian banyak membantu perjuanganku....tentulah kalian mulia...tetapi....masih ada yang lain".
Baginda Rasulullah SAW kemudiannya tundukkan wajahnya....Bayangkanlah, tiba-tiba baginda menangis di hadapan para Sahabatnya. "Mengapa kau menangis wahai Rasulullah?", tanya para Sahabat. Rasulullah SAW kemudiannya mengangkatkan wajahnya...para Sahabat melihat airmata baginda jatuh berlinangan membasahi pipi dan janggutnya. Baginda berkata: " Mereka adalah manusia yang akan lahir jauh selepas kewafatanku nanti, mereka sangat mencintai Allah, merekalah yang mulia itu...merekalah UMATKU...". Semua Sahabat menangis.
Tanyalah pada diri sendiri. Siapakah yang dirindukan oleh Rasulullah SAW dalam riwayat itu? Siapakah yang didoakan oleh baginda setiap waktu?
Sebenarnya jauh di sudut hati baginda, sentiasa mengingati dan merindui umatnya...sentiasa mendoakan kemuliaan untuk umatnya...Meskipun pada saat hayat baginda...kita belum ada, namun baginda telahpun merindui dan mendoakan kita....
Sudahkah kita mencintai baginda? Sudahkah kita menjadi umatnya yang layak untuk dirindui oleh baginda? Tanyalah diri! Siapakah ikon kita selama ini? Siapakah idola kita saat ini? Sudahkah kita mengajarkan anak-anak kita, anak-anak didik kita untuk mencintai Rasulullah SAW? Berapa banyakkah kita berselawat kepadanya?
Lihat di sekeliling kita, betapa ramai yang sudah melupakan baginda, betapa ramai yang lalai dari mencintai baginda, bahkan betapa ramai yang terlalu bangga dengan artis-artis pujaan mereka, bintang-bintang bola sepak kegemaran mereka...
Kalaulah kita tidak malu untuk mengaku bahawa kita umat Nabi Muhammad SAW, cuba kita tanya : Sudah berapa lamakah kita melupakan baginda? Sudahkah ada airmata yang berlinang kerana rindu kita kepadanya?
Ayuh, hadirkan cinta kita kepada Rasulullah SAW, buktikan bahawa kita juga amat merinduinya, junjunglah segala Sunnahnya, amalkan segala yang sangat disukainya...perbanyakkanlah selawat kepada baginda...mudah-mudahan kita akan menjadi insan yang dirindukan dan didoakan oleh baginda...Amin.


Ya Rasulullah....ya habiballah...aku rindu kepadamu...

Sunday, September 19, 2010

Demam PMR 2010...

Hari ini hari ke 10 Syawal 1431H, hari pertama persekolahan setelah hampir berbelas-belas hari bercuti 'raya'. Semangat berkobar-kobar nak jumpa pelajar...nak tanya mereka, masa cuti hari tu belajar atau tidak...walaupun jawapan sudah ada, tetapi jauh di sudut hati mengharapkan pelajar-pelajar calon PMR sentiasa mengulangkaji pelajaran.

Peperiksaan sebenar PMR 2010, berbaki 17 hari lagi...kalau ditolak Jumaat dan Sabtu, ada lah lebih kurang 10 hari...hai demam...demam...Cikgu yang demam, pelajar masih sibuk 'berchatting' di FB, sibuk buka 'kelab bual' masa pertukaran guru...'SIHAT' sangat-sangat! Guru-guru pula sibuk dengan pertukaran soalan percubaan antara negeri, kononnya nak dijadikan latihan gerak-gempur kepada calon-calon PMR...

Kalau nak dihitung dan dibahagi baki hari dengan jumlah subjek yang diambil dalam PMR bagi kebanyakan calonnya, hanya tinggal SEHARI BAGI SETIAP SUBJEK untuk diulangkaji...ini bermaksud, dalam masa satu hari pelajar perlu ulangkaji semua bab dan topik dari tingkatan 1 hingga tingkatan 3 bagi satu-satu subjek...Kalaulah sebelum ini dah sering diulang-ulang kaji, okeylah juga...kalau masih belum khatam satu kali pun lagi...hah jawablah sendiri.

Apapun, diharapkan calon-calon PMR 2010 semua dalam keadaan sihat dan teruskan 'menyambung' ulangkaji pelajaran sehinggalah ke hari peperiksaan. Jaga kesihatan dengan baik, walaupun 'DEMAM EXAM' semakin melanda (walaupun tak nampak pun macam ada suasana demam periksa, demam raya belum kebah..... ada lah...!!!) .

Setinggi-tinggi harapan yang menggunung diletakkan kepada anda semua agar mencapai kejayaan yang cemerlang dalam PMR nanti...

Saturday, September 18, 2010

Sepinya daerah ini...

Perkuburan Islam

Perkuburan al-Baqi' di Madinah

Sesekali berpeluang menziarahi pusara...terasa degup jantung yang agak berbeza getarannya...terasa sayu menyelubungi diri...terbayang raut wajah insan-insan yang sempat bersama semasa hidupnya...terbayang sekujur jasad sedang tenang bersemadi di pusara...Mudah-mudahan semuanya damai di 'alam sana'...al-Fatihah buat mereka.

Apabila meninggalnya seseorang anak Adam itu, sebenarnya ia masih lagi ada hubungan dengan orang yang masih hidup, terutamanya dengan anak-anak yang soleh yang sentiasa mendoakan keampunan dan kesejahteraan baginya. Demikian juga kita dianjurkan agar memberi salam kepada ahli kubur apabila kita melewati sesebuah perkuburan, sudah pasti ia membayangkan ada hubungannya antara orang yang masih hidup dengan orang yang sudah meninggal dunia. Di dalam sebuah hadis ada diriwayatkan bahwa Rasulullah SAW telah bersabda: “Tidaklah seseorang yang menyampaikan salam kepadaku (setelah aku wafat) melainkan Allah akan mengembalikan roh-ku sehingga aku pun bisa membalas salam orang tersebut.” (H.R. Imam Abu Dawud)
Ini bermaksud amalan menziarahi pusara adalah satu amalan yang baik selagi kita mematuhi adab-adab sewaktu mengunjunginya. Jadikan amalan menziarahi pusara sebagai satu amalan yang bermanfaat untuk hidup berwaspada dan lebih meyakini akan kehidupan di 'alam sana'.

Antara adab-adab yang perlu dipatuhi sewaktu menziarahi kubur / pusara ialah;

1.Membetulkan Tujuan Ziarah Kubur.

Tujuan ziarah kubur ialah supaya ia memberi manfaat kepada penziarah dan bukan yang diziarah. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Dahulu aku telah melarang kalian dari menziarahi kubur, sekarang berziarahlah kerana sesungguhnya ia dapat melembutkan hati, menitiskan air mata dan mengingatkan kepada Hari Akhirat. Akan tetapi janganlah kalian berkata-kata dengan perkataan yang keji dan batil."

dan maksud sabda baginda lagi, "Maka ziarahlah kubur kerana sesungguhnya ia mengingatkan kalian kepada kematian."

2. Tidak Melakukan Perayaan Di Perkuburan.

Perayaan adalah satu sambutan di mana orang-orang berhimpun pada tarikh tertentu dan kadangkala ia diulang-ulang pada kekerapan tertentu, umpama setiap tahun. Islam melarang kita dari menjadikan perkuburan atau amalan ziarah kubur sebagai satu perayaan.

Maksud Sabda rasulullah SAW:"Jangan jadikan rumah-rumah kalian seperti perkuburan dan jangan jadikan kuburku sebagai tempat perayaan. Berselawatlah ke atasku kerana sesungguhnya selawat kalian akan sampai kepadaku di mana jua kalian berada."

Hadis ini merujuk kepada larangan Rasulullah SAW menjadikan kunjungan ke kuburnya sebagai tempat perayaan. Pun begitu ia juga boleh difahami bahawa baginda juga tentunya melarang menziarahi mana-mana kubur / pusara dan dikaitkan dengan sesuatu 'perayaan'.

Merujuk kepada hadis di atas, sama-samalah kita merenung semula amalan ziarah kubur pada pagi Hari Raya Aidil Fitri. Sedar atau tidak, ia sebenarnya adalah satu perayaan di mana kaum keluarga berhimpun pada pagi 1 Syawal setiap tahun di perkuburan kaum keluarga yang tersayang. Apakah amalan ini adalah amalan yang yang dilarang sebagaimana maksud hadis bagind atersebut?

3. Mengucapkan Salam.

Apabila memasuki kawasan perkuburan Muslim, ucapkanlah salam kepada mereka.Amalan memberi salam ini sebaik-baiknya dilakukan dalam keadaan berdiri di tepi perkuburan dengan membelakangi kiblat dan menghadap ke arah muka ahli kubur yang diziarahi itu.

4. Tidak Mengucapkan Perkataan Yang Keji Dan Batil.

Perkataan keji dan batil terdiri dari tiga jenis:

1.Berbicara urusan dunia seperti naik turun harga saham, kenaikan harga barang runcit dan petrol, urusan pejabat, urusan keluarga dan lain-lain. Semua perbicaraan ini akan menjauhkan penziarah dari tujuan ziarah, iaitu “…melembutkan hati, menitiskan air mata dan mengingatkan kepada Hari Akhirat.” Perkataan seumpama ini menzalimi diri penziarah itu sendiri.
2.Mencela, mengkritik dan menyebut aib jenazah yang dikebumikan di perkuburan itu. Perkataan seumpama ini menzalimi jenazah dan dosa kesalahan akan kembali kepada penziarah itu sendiri.
3.Berdoa kepada jenazah, meminta sekian-sekian hajat dan perlindungan dengan harapan jenazah dapat memakbulkan doanya atau jenazah memberi pengaruh kepada Allah agar Allah memakbulkan doanya. Ini menzalimi Allah SWT kerana doa adalah hak Allah, kepada Allah jua kita memanjatkan doa dan kepada Allah jua kita mengharapkan ia dikabulkan.

5.Tidak Membaca al-Quran Di Kubur.

Perkuburan bukan tempat membaca al-Quran, kerana itulah Rasulullah SAW menjadikan perkuburan sebagai perumpamaan rumah yang tidak dibacakan al-Quran di dalamnya.Maksud hadis rasulullah SAW: "Jangan jadikan rumah-rumah kalian seperti perkuburan, sesungguhnya syaitan lari dari rumah yang dibaca di dalamnya surah al-Baqarah"

Selain itu telah diterangkan sebelum ini jika seseorang ingin menghadiahkan bacaan al-Qur’an kepada sesiapa yang sudah meninggal dunia, dia boleh melakukannya di mana jua. Dia tidak perlu duduk di sebelah jenazah di perkuburannya.

6.Tidak Bersandar Kepada Kubur / Duduk Atas Kubur.

Maksud Sabda Rasulullah SAW: “Jangan menyakiti ahli kubur ini" Dan Sabda baginda seterusnya yang bermaksud: "Sungguh, jika seseorang kalian duduk di atas bara api lalu ia membakar pakaiannya sehingga mengenai kulitnya lebih baik baginya dari dia duduk di atas kubur."

7.Di larang memijak di atas kubur.

Boleh berjalan di antara dan di sekitar kubur namun jangan di atas kubur.

8.Tidak Memakai Kasut Atau Selipar.

Rasulullah SAW pernah melihat seorang lelaki yang berjalan di antara kubur dengan memakai sepasang kasut, lalu baginda menegurnya: “Wahai pemilik kasut al-Sibtiyyah! Celakalah engkau! Lemparkanlah kasut al-Sibtiyyah engkau itu.”Maka lelaki itu menoleh lalu tatkala mengenali yang menegur itu ialah Rasulullah SAW, dia membuka kedua-dua kasutnya itu dan melemparnya.

Oleh itu apabila berjalan di antara kubur atau di celah-celah kubur, tanggalkanlah kasut atau selipar. Jika kawasan perkuburan itu tidak sesuai untuk berjalan tanpa alas kaki, maka memadai berdiri di tepi kawasan kubur. Ini kerana manfaat ziarah kubur dapat diperolehi oleh penziarah dengan berdiri di tepi perkuburan, tidak semestinya di tengah-tengah perkuburan.

9.Dilarang meratapi disebabkan oleh perasaan yang amat berduka cita di atas pemergian orang yang disayangi.

Rasulullah SAW menegah perbuatan meratapi di atas kematian kerana perbuatan itu akan menyebabkan mayat diseksa pada hari kiamat kelak. Diriwayatkan daripada Mughirah bin Syu'bah bahawa beliau mendengar Rasulullah bersabda yang bermaksud, "Sesiapa yang meratapi mayat, maka mayat itu akan diseksa pada hari kiamat." (Hadis riwayat Muslim).

Diriwayatkan daripada Umar bin al-Khattab bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Mayat berasa terseksa dalam kuburnya kerana diratapi" (Hadis riwayat Muslim).

10.Disunatkan berdoa

Disunatkan berdoa dengan cara berpaling ke arah kiblat serta mengangkat kedua-dua belah tangan dan mohon kepada Allah semoga roh ahli kubur dilimpahi dengan rahmat, keselamatan, kesejahteraan dan sebagainya.

Demikianlah beberapa adab yang harus dipatuhi sewaktu mengunjungi pusara / kubur . Cukuplah jika kunjungan kita menjadikan kita lebih mengingati kematian, dan berwaspada dalam setiap tindakan, cukuplah jika kunjungan kita bakal menebalkan lagi buku keimanan dihati...dan meyakini bahawa suatu ketika kita juga bakal menghuni daerah sepi ini.

Wednesday, September 15, 2010

Enam perkara yang disembunyikan oleh Allah dan Kebajikan yang paling ringan....

Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan  enam perkara iaitu:
1. Allah S.W.T menyembunyikan RedhaNya di dalam taat
2. Allah S.W.T menyembunyikan murkaNya di dalam maksiat.
3. Allah S.W.T menyembunyikan nama-namaNya di dalam al-Quran
4. Allah S.W.T menyembunyikan Lailatul Qadr di dalam bulan Ramadhan
5. Allah S.W.T menyembunyikan ibadat solat yang paling utama di dalam solat lima waktu
6. Allah S.W.T menyembunyikan tarikh berlakunya hari kiamat di dalam semua hari.

Kebajikan yang paling mudah dan ringan untuk dilakukan adalah menunjukkan muka yang manis berseri-seri serta menuturkan kata-kata yang lemah lembut. Barangsiapa menempatkan dirinya di tempat yg menimbulkan persangkaan maka janganlah menyesal kalau ada orang menyangka buruk padanya.

Wednesday, September 1, 2010

Kem Bestari Solat Feb 2010

THE SMART SOLAT PROGRAMME




On the 2nd of Feb. 2010 centred in the School's prayer hall(surau) The Islamic Religious Society SMK Pak Badol headed by Ustazah Rozana Othman assisted by some students ran the programme. The main target are the students of 3P3, 3P4 dan 3P5. It have been found that majority of the targeted students needed a thorough guidance.


dicopy dari Blog Tuan Pengetua : Tn Hj Mohd Hamdi b Awang...izinkan ya...

Berita Bergambar : Panitia Pendidikan Islam SMKPB anjur Kursus Haji dan Umrah Mac 2010

Buat julung kalinya Panitia Pendidikan Islam SMK Pak Badol, menganjurkan Kursus Pengenalan Ibadat haji dan Umrah sebagai merealisasikan P & P untuk sukatan pendidikan Islam tingkatan empat. Kursus ini adalah hasil kerjasama bersama Tabung Haji Kota Bharu.

Banner : Kursus Pengenalan Ibadat haji dan Umrah Kali 1

Ustaz Mohamad bin Yahya (Ketua Panitia P.Islam SMKPB) selaku pengerusi majlis memulakan ucapan alu-aluan.

Wakil Pegawai tabung haji memberi penerangan ringkas berkaitan dengan KELAB TAHA kepada semua pelajar

Penceramah Kursus Pengenalan Haji dan Umrah: Ustaz Haji Othman bin Ahmad dari Repek Pasir Mas, begitu bersemangat memberikan ceramah Haji dan Umrah kepada warga SMK Pak Badol, khususnya kepada para pelajar.....
Mohd Azwan Hanafi b Mohd Nawawi kelihatan membantu Ustaz Penceramah
Ustaz Othman menunjukkan cara memakai pakaian Ihram bagi lelaki
Kelihatan guru-guru dan para pelajar tidak sabar-sabar utk 'bertawaf' di replika Kaabah yang disediakan
Replika Kaabah
 Contoh kedudukan di dalam masjidil Haram

Menyemai hasrat menunaikan haji pada peringkat remaja

















Berlindung disebalik bayangan Kaabah
Ustaz Othman memberikan ceramah dengan bersungguh-sungguh dan penuh semangat...
harap-harap dapat diterima oleh pelajar...
















Pelajar lelaki SMKPB (F4/5) melaksanakan 'Tawaf'
















 Giliran pelajar perempuan SMKPB pula 'Tawaf'
Berminat...pelajar membuka akaun di Kelab Taha
Daftar....untuk menjadi Kelab TAHA
tahu ke isi borang tu...?

Pak Su Lid turut membantu
Slot pembukaan Akaun tabung haji dan Kelab Taha dilancarkan dan mendapat sambutan yang agak memberangsangkan. Terima kasih kepada semua pihak yang teribat menjayakan program pada hari ini. Jazakumullahu khairan kathira.





Lagi panorama Kursus Haji dan Umrah anjuran Panitia Pendidikan Islam SMKPB..klik di sini

Maaf kerana baru berkesempatan untuk dipostkan ke blog ini...

Hakikat Cinta




Cinta...
Betapa ramai yang terpedaya
Betapa ramai yang hanyut menjadi sampah dan hamba cinta
Bertemu, bermesra dianggapnya cinta
Tanpa segan dan malu
Tanpa takut dan silu
Dunia ini dia yang punya, bolehlah buat apa saja semahunya
Tidak ada siapa boleh melarang
Walhal semuanya kerja syaitan
yang menggoda..

Cinta yang hakiki.....
adalahcinta dari akal dan hati
tanpa melihat dan berjumpa
bertaut jiwa dan dapat dirasa
yang bersatu adalah hati akal
Bukannya fizikal

Penyatuan cinta oleh tali Allah
Bukannya oleh nafsu serakah
yang terpengaruh dengan kebendaan dan berkepentingan

Bermula dari detik perkenalan
Lahirlah rasa kehambaan
Menyedari kita ini milik Tuhan
Selayaknya kesyukuran dan kecintaan yang abadi
menjadi persembahan

Kejarilah cinta ini
Cinta kepada RABBUL 'IZZATI......

Berita Bergambar : Majlis Khatam al-Quran Sept. 2010

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan taufiq dan kurnianya, majlis Khatam al-Quran dapat dilangsungkan dengan jayanya sebagai mengakhiri program Ihya' Ramadhan 1431H peringkat sekolah. Majlis perasmian penutup ini telah dirasmikan oleh Tn Hj Supi b Hussein, Penolong Kanan Pentadbiran SMK Pak Badol.

Pada Ramadhan kali ini, Panitia Pendidikan Islam telah menganjurkan Program Ihya' Ramadhan. Pelbagai aktiviti seperti Tadaarus al-Quran, Pertandingan Menulis Puisi Ramadhan, Pertandingan RekaCipta Carta Pendidikan Islam bertemakan Ramadhan dan juga Cabaran Qiraatil Quran 30 Juzuk telah diadakan di sepanjang bulan Ramadhan. Dan pada hari ini, Majlis Khatam al-Quran disimbolkan sebagai acara kemuncak untuk Program Ihya Ramadhan peringkat sekolah.

Adalah diharapkan program seumpama ini dapat menyuntik semangat dan roh Ramadhan di jiwa para anak didik SMK Pak Badol


Perarakan Para Peserta Khatam al-Quran
Perarakan Para Peserta Khatam a-Quran 2010M
Para Peserta Khatam al-Quran bersedia untuk memulakan majlis
Kelihatan tenang dan bahagia di wajah mereka...itulah Nur al-Quran
barisan peserta lelaki yang cuma 7 orang...segak berbaju melayu putih
para pelajar yang menghadiri majlis....
Ucapan alu-aluan oleh Pengacara Majlis : Ustazah Rosmah bt Sidek
Ucapan Perasmian Penutup Program Ihya' Ramadhan 1431H oleh GPK Pentadbiran selaku Pemangku Pengetua
Tekun mendengar ucapan...semoga dapat diambil pengajaran dan menghayati serta beramal dengan nasihat yang disampaikan.
Fahamilah kata guru...ikutilah nasihat guru..jadilah insan yang berilmu dan beramal soleh
Barisan guru-guru yang hadir ke majlis ini...
Majlis Khatam diserahkan kepada al-Fadhil Ustaz Mohammad bin Yahya selaku guru pembimbing majlis. Majlis dimulakan dengan bacaan al-Fatihah, al Dhuha dan dibaca secara bergilir-gilir oleh para peserta...semoga majlis diberkati...
bertemakan warna merah jambu ...para peserta khatam al-Quran kelihatan manis dan berseri...semoga bakal menjadi generasi al-Quran yang berjaya di dunia dan diakhirat...amin.
Ya Allah....jadikanlah kumpulan pelajar ini pelajar yang beribadat kepadaMu....
Acara penyampaian Cenderahti kenang-kenangan ...
Hadiah disampaikan oleh Tn Hj Supi bin Hussein diiringi oleh En Noor Hadif bin Isa (GPK HEM)...terima kasih Cikgu.
Acara bersalam-salaman dengan para guru...diiringi bacaan selawat oleh Ustaz Mohammad bin Yahya...

 Bersalam-salaman....menghidupkan sunnah Rasulullah SAW
Mengabadikan kenangan....
Ustazah Razana bt Othman dan Ustazah Maizan Ismail juga tidak mahu melepaskan peluang untuk mengabadikan kenangan bersama para peserta Khatam al-Quran 2010M
Di 'belakang tabir', para peserta Khatam al-Quran menerima duit raya sumbangan salah seorang guru SMKPB...disampaikan oleh Ustaz Mohammad bin Yahya
Bukan main gembira dapat duit raya....
Terima kasih ustaz!!
Nur Athirah Rosdi dan Nurma Othman bergambar kenangan dengan 'bunga telor' yang hanya dapat di 'display' saja pada kali ini...Semoga kita bakal berjumpa lagi dengan Ramadhan yang akan datang....sayu rasanya hati bila mengingatkan Ramadhan yang bakal pergi....