Sunday, September 19, 2010

Demam PMR 2010...

Hari ini hari ke 10 Syawal 1431H, hari pertama persekolahan setelah hampir berbelas-belas hari bercuti 'raya'. Semangat berkobar-kobar nak jumpa pelajar...nak tanya mereka, masa cuti hari tu belajar atau tidak...walaupun jawapan sudah ada, tetapi jauh di sudut hati mengharapkan pelajar-pelajar calon PMR sentiasa mengulangkaji pelajaran.

Peperiksaan sebenar PMR 2010, berbaki 17 hari lagi...kalau ditolak Jumaat dan Sabtu, ada lah lebih kurang 10 hari...hai demam...demam...Cikgu yang demam, pelajar masih sibuk 'berchatting' di FB, sibuk buka 'kelab bual' masa pertukaran guru...'SIHAT' sangat-sangat! Guru-guru pula sibuk dengan pertukaran soalan percubaan antara negeri, kononnya nak dijadikan latihan gerak-gempur kepada calon-calon PMR...

Kalau nak dihitung dan dibahagi baki hari dengan jumlah subjek yang diambil dalam PMR bagi kebanyakan calonnya, hanya tinggal SEHARI BAGI SETIAP SUBJEK untuk diulangkaji...ini bermaksud, dalam masa satu hari pelajar perlu ulangkaji semua bab dan topik dari tingkatan 1 hingga tingkatan 3 bagi satu-satu subjek...Kalaulah sebelum ini dah sering diulang-ulang kaji, okeylah juga...kalau masih belum khatam satu kali pun lagi...hah jawablah sendiri.

Apapun, diharapkan calon-calon PMR 2010 semua dalam keadaan sihat dan teruskan 'menyambung' ulangkaji pelajaran sehinggalah ke hari peperiksaan. Jaga kesihatan dengan baik, walaupun 'DEMAM EXAM' semakin melanda (walaupun tak nampak pun macam ada suasana demam periksa, demam raya belum kebah..... ada lah...!!!) .

Setinggi-tinggi harapan yang menggunung diletakkan kepada anda semua agar mencapai kejayaan yang cemerlang dalam PMR nanti...

No comments:

Post a Comment