Hari ini tanggal 3 Zulkaedah 1431H, dari berita yang disiarkan melalui televisyen.... dari perbualan bersama rakan....saya sedari...musim haji datang lagi... Pada hari Khamis yang lalu, saya sempat menziarahi seorang sahabat yang bertuah terpilih menjadi tetamu Allah untuk penerbangan yang pertama (KT 1) yang berlepas pada keesokan harinnya. Hati saya rasa begitu sayu bercampur gembira. Sayu, bila mengingatkan memori manis ketika 'dijemput' bermusafir menjadi tetamu Allah tiga tahun yang lalu...gembira, kerana ramai juga di kalangan teman-teman rapat saya yang dipilih Allah menjadi tetamuNya pula kali ini...
Nasihat buat teman-teman tetamu Allah.....
1. Buat persediaan fizikal dan mental secukupnya.
Ingat, kita ke sana bukannya nak 'melancong' tapi dengan tujuan yang satu iaitu ibadat kepada Allah. Jadi, setkan diminda...setiap saat yang dilalui diisi dengan ibadat sama ada ketika tidur, bercakap, makan, rehat,membeli belah...semuanya jadikan sebagai satu ibadat. Sebagai persediaannya...tak boleh nak set kan minda je, tapi ia perlukan 'latihan'. Maka kena berlatih dari tanahair lagi...sebaik-baiknya apabila dah pasang niat nak ke Mekah tu...dah mulakan latihan ibadat untuk 'setiap detik, setiap aktiviti dan setiap langkah kaki'....
2. Senaraikan barangan yang perlu dibawa
Barang yang perlu dibawa berbeza antara individu...jadi ikutlah keperluan masing-masing...tapi nasihat saya pada bakal jemaah wanita...jangan lupa bawa tudung yang senang dan mudah dipakai...(tudung ini amat diperlukan ketika jemaah berada di Mina, bertujuan untuk ke tandas dan ketika berada di dalam khemah) Dari pengalaman saya ketika berada di Mina, terkilan hati saya melihat jemaah yang kurang perihatin tentang masalah aurat, ada di antara mereka yang membungkus kepala dengan tuala, ada juga yang bertelekong (pakaian solat) bila ke tandas, ada yang mengangkat kain ke paras lutut ketika beratur untuk menanti giliran menggunakan tandas, sedangkan tandas jemaah lelaki dan wanita tidaklah jauh sangat, sangat-sangat berdekatan, jadi aurat wanita teramatlah perlu dijaga. Patutnya pengurus jemaah haji perlu peka dan memberikan cadangan kepada kerajaan Arab Saudi agar memandang berat isu tandas ini. Begitu juga ketika berada di dalam khemah. Terkadang ada jemaah lelaki yang menjenguk ke khemah wanita untuk menemui isterinya, maka jika jemaah wanita tidak menjaga aurat, apa lah maknanya...?Jadi perihatinlah...
3. Pasang Niat beriktikaf di Masjidil Haram atau Masjid Nabawi.
Ketika di tanah suci, banyakkan iktikaf, baca al-Quran, solat hajat, solat taubat dan juga tahajjud. Jangan asyik nak cepat balik ke bilik penginapan je setiap kali lepas solat. Seharusnya, buat jadual sendiri untuk memenuhi tuntutan amalan-amalan tersebut. Sibukkan diri dengan amalan beriktikaf dan amalan-amalan sunat yang lain seperti tawaf sunat, membaca al-Quran dan juga ibadat umrah. Pada kebanyakan amalan sunat seperti iktikaf dan membaca al-Quran, sebaiknya latihlah dari tanahair...
4. Bawa al-Quran ketika dalam penerbangan
Penerbangan dari Malaysia ke Tanah Suci biasanya mengambil masa 8 - 9 jam. Jadi ambil kesempatan membaca al-Quran, bukannya duduk termenung saja...atau sekurang-kurangnya berzikir...nak bagi lidah kita sentiasa dibasahi dengan zikir..kita hendaklah kita ada azam dan doa yang bersungguh-sungguh...kira-kiranya 'latihan'lah juga dari sekarang...
5. Persiapan ilmu
Sepatutnya persiapan ilmu ini dok nombor satu tadi...tapi tak apalah...Ilmu nak tunai ibadat haji ni sangat penting...tapi ilmu solat juga penting, terutamanya ilmu mengenai solat qasar dan jamak...dan satu lagi ...ialah ilmu tayammum...Kesian sungguh tengok jemaah yang tak solat waktu dalam penerbangan balik dari Mekah, hanya kerana semata-mata tak dapat berwuduk...pada hal masa tu kita diharuskan bertayammum...nasib baik, teman sebelah saya dalam penerbangan balik dari tanah suci dulu sempat saya tunjukkan cara tayammum...maka kami sama-sama solat dalam kapal terbang.....
Akhir sekali....nasihat saya, gunakan kesempatan yang diberikan untuk menjadi 'tetamu' Allah dengan sebaik mungkin. Hayati segala kelebihan yang ada di sana...Ingatlah kesempatan untuk ke sana bukannya kita dapat selalu...jadikan ia sebagai sesuatu yang sangat berharga.......Rebutlah semua peluang dan ruang yang ada...manfaatkanlah masa 40 hari di sana dengan sebijak-bijaknya...Mudah-mudahan mendapat HAJI MABRUR...
No comments:
Post a Comment