Wednesday, October 6, 2010

Mari Belajar Taranum al-Quran


Syukur Alhamdulillah, kerana hari ini Ustazah berkesempatan untuk berkursus dan berbengkel tarannum al-Quran di SK Sri Aman, Pasir Putih Kelantan anjuran Jabatan Pelajaran Kelantan.Seronok sungguh belajar tarannum ini. Ia boleh menanam minat kita untuk membaca al-Quran dan sekaligus mendekatkan diri kita untuk lebih memahami al-Quran. Itu adalah yang Ustazah rasakan.

Sesiapa saja boleh bertaranum sebenarnya. Taranum boleh dilatih dan diasah. Bukan hanya bergantung kepada bakat semulajadi. Kata penceramah, untuk belajar taranum dan pintar taranum yang penting sekali minat. Ada suara lunak atau buruk itu soal kedua, kerana suara yang tidak sedap pun lama-lama akan jadi sedap...

Lalu, Ustazah yang rasakan punya suara yang tidak sedap ini pun ingin sekali mencari kebenaran. Eh...ternyata ada benarnya kata-kata beliau itu...tak percaya cubalah....

Dalam YouTube, taip saja Taranum al-Quran,maka akan terpaparlah semua yang kita mahukan...rupanya dunia internet ni banyak juga manfaatnya...banyak ilmu yang kita boleh pelajari....Sebagai contoh, saksikan video di atas...Jom mari kita belajar taranum!!!

No comments:

Post a Comment