Monday, January 24, 2011

Aqidah Islamiyyah Tingkatan 2

Asma ul Husna

1 al-Rahman الرحمن Maha Pengasih

2 al-Rahim الرحيم Maha Penyayang

3 al-Malik الملك Maha Merajai/Memerintah

4 al-Quddus القدوس Maha Suci

5 al-Salam السلام Maha Memberi Kesejahteraan

6 al-Mukmin المؤمن Yang Memberi Keamanan

7 al-Muhaimin المهيمن Maha Pemelihara

8 al-Aziz العزيز Maha Gagah

9 al-Jabbar الجبار Maha Perkasa

10 al-Mutakabbir المتكبر Maha Megah, Yang Memiliki Kebesaran

11 al-Khaliq الخالق Maha Pencipta

12 al-Barik البارئ Yang Melepaskan (Membuat, Membentuk, Menyeimbangkan)

13 al-Musawwir المصور Yang Membentuk Rupa (makhluknya)

14 al-Ghaffar الغفار Maha Pengampun

15 al-Qahhar القهار Yang Memaksa

16 al-Wahhab الوهاب Maha Pemberi Kurnia

17 al-Razzaq الرزاق Maha Pemberi Rejeki

18 al-Fattah الفتاح Maha Pembuka Rahmat

19 al-Alim العليم Maha Mengetahui (Memiliki Ilmu)

20 al-Qabid القابض Yang Menyempitkan (makhluknya)

21 al-Basit الباسط Yang Melapangkan (makhluknya)

22 al-Khafid الخافض Yang Merendahkan (makhluknya)

23 al-Rafik الرافع Yang Meninggikan (makhluknya)

24 al-Muiz المعز Yang Memuliakan (makhluknya)

25 al-Muzil المذل Yang Menghinakan (makhluknya)

26 al-Samik السميع Maha Mendengar

27 al-Basir البصير Maha Melihat

28 al-Hakam الحكم Maha Menetapkan

29 al-Adl العدل Maha Adil

30 al-Latif اللطيف Maha Lembut

31 al-Khabir الخبير Maha Mengetahui Rahasia

32 al-Halim الحليم Maha Penyantun

33 al-Azim العظيم Maha Agung

34 al-Ghafur الغفور Maha Pengampun

35 al-Syakur الشكور Maha Pembalas Budi (Menghargai)

36 al-Ali العلى Maha Tinggi

37 al-Kabir الكبير Maha Besar

38 al-Hafiz الحفيظ Maha Menjaga

39 al-Muqit المقيت Maha Pemberi Kecukupan

40 al-Hasib الحسيب Maha Membuat Perhitungan

41 al-Jalil الجليل Maha Mulia

42 al-Karim الكريم Maha Pemurah

43 al-Raqib الرقيب Maha Mengawasi

44 al-Mujib المجيب Maha Mengabulkan

45 al-Wasik الواسع Maha Luas

46 al-Hakim الحكيم Maka Bijaksana

47 al-Wadud الودود Maha Pencinta

48 al-Majid المجيد Maha Mulia

49 al-Bais الباعث Maha Membangkitkan

50 al-Syahid الشهيد Maha Menyaksikan

51 al-Haq الحق Maha Benar

52 al-Wakil الوكيل Maha Memelihara

53 al-Qawi القوى Maha Kuat

54 al-Matin المتين Maha Teguh

55 al-Wali الولى Maha Melindungi

56 al-Hamid الحميد Maha Terpuji

57 al Muhsi المحصى Maha Menghitung

58 al-Mubdik المبدئ Maha Memulai

59 al-Muid المعيد Maha Mengembalikan Kehidupan

60 al-Muhyi المحيى Maha Menghidupkan

61 al-Mumit المميت Maha Mematikan

62 al-Hai الحي Maha Hidup

63 al-Qayyum القيوم Maha Mandiri

64 al-Wajid الواجد Maha Penemu

65 al-Majid الماجد Maha Mulia

66 al-Wahid الواحد Maha Esa

67 al-Ahad الاحد Maha Esa

68 al-Samad الصمد Tempat Meminta

69 al-Qadir القادر Maha Menentukan, Maha Menyeimbangkan

70 al-Muqtadir المقتدر Maha Berkuasa

71 al-Muqaddim المقدم Maha Mendahulukan

72 al-Muakhir المؤخر Maha Mengakhirkan

73 al-Awwal الأول Maha Awal (Alfa)


74 al-Akhir الأخر Maha Akhir (Omega)


75 al-Zahir الظاهر Maha Nyata

76 al-Batin الباطن Maha Ghaib

77 al-Wali الوالي Maha Memerintah

78 al-Mutaali المتعالي Maha Tinggi

79 al-Bar البر Maha Penderma

80 al-Tawwab التواب Maha Penerima Taubat

81 al-Muntaqim المنتقم Maha Penyiksa

82 al-Afu العفو Maha Pemaaf

83 al-Rauf الرؤوف Maha Pengasih

84 Malik al-Mulk مالك الملك Penguasa Kerajaan (Semesta)

85 Zu al-Jalal wa al-Ikram ذو الجلال و الإكرام Pemilik Kebesaran dan Kemuliaan

86 al-Muqsit المقسط Maha Adil

87 al-Jamik الجامع Maha Mengumpulkan

88 al-Ghani الغنى Maha Berkecukupan

89 al-Mughni المغنى Maha Memberi Kekayaan

90 al-Manik المانع Maha Mencegah

91 al-Dar الضار Maha Memberi Derita

92 al-Nafik النافع Maha Memberi Manfaat

93 al-Nur النور Maha Bercahaya (Menerangi, Memberi Cahaya)

94 al-Hadi الهادئ Maha Pemberi Petunjuk

95 al-Badik البديع Maha Pencipta

96 al-Baqi الباقي Maha Kekal

97 al-Waris الوارث Maha Pewaris

98 al-Rasyid الرشيد Maha Pandai

99 al-Sabur الصبور Maha Sabar

Tuesday, January 18, 2011

Indahnya Asma al-Husna..(91-99)

91. AD DHAAR
- Barang siapa yang tergolong dalam golongan bawahan, jika mereka membaca Nama ini berulang kali pada malam Jumaat, insyaAllah darjatnya akan ditinggikan oleh Allah.
- Barang siapa berzikir dengan Nama ini seperti dikatanya ‘Ya Dhaar’ tiap-tiap malam Jumaat 100 kali, insyaAllah dihampirkan ia kepada rahmat Allah.
- Apabila seseorang menderita sakit, walhal telah berikhtiar dan berubat dengan pelbagai cara namun tak jua sembuh, disyorkan berzikir fengan Nama ini 1001 kali setiap hari sebagai amalan harian, insyaAllah penyakit yang dihidapi itu akan sembuh dengan izin Allah s.w.t juga.

92. AN NAAFI
- Barang siapa yang membaca Nama ini selama 4 hari seberapa banyak yang boleh, insyaAllah mereka tidak akan ditimpa bencana.
- Barang siapa membanyakkan berzikir dengan Nama ini seperti dikatanya ‘Ya Naafi’ ketika mendapat mudarat, insyaAllah diafiatkan / diselamatkanNya.
- Barang siapa berzikir dengan Nama ini dalam hati ketika berjimak / bersetubuh dengan isterinya, insyaAllah kasih isterinya terhadapnya bertambah mendalam dan diberikan Allah anak yang soleh.
- Sesiapa yang berdukacita dan dijangkiti penyakit, cubalah dan amalkanlah membaca ‘Ya Naafi’, insyaAllah perasaan dukacita akan segera hilang dan jika sakit akan segera sembuh.

93. AN NUUR
- Barang siapa membaca Nama ini berulang kali, insyaAllah akan mendapat cahaya Ilahi dalam dirinya.
- Barang siapa berzikir dengan dia seperti dikatanya ‘Ya Nuur’ tiap-tiap hari, siang atau malam, insyaAllah diterangkan hatinya dan anggotanya.
- Barang siapa berzikir membaca ‘Ya Nuur’ sebanyak 256 kali setiap hari, insyaAllah kita akan memperoleh kurniaNya terang hati dan jiwa untuk makrifat kepada Allah, dan Dia berkenan membukakan mata hati kita hingga memperoleh bashirah hati nurani (ertinya pandangan yang jauh atau akal fikiran yang tajam) berkat khasiat berzikir dengan Nama Allah tersebut.

94. AL HAADI
- Barang siapa yang membaca Nama ini berulang kali, insyaAllah akan beroleh ilmu kerohanian.
- Barang siapa berzikir dengan dia seperti dikatanya ‘Ya Haadi’ tiap-taip hari, siang dan malam atau tiap-tiap lepas sembahyang fardhu 400 kali, insyaAllah dapat petunjuk petolongan, dan terhindar daripada kesukaran.
- Imam Ahmad Ali Albuuni mengatakan, Nama Allah ini adalah lafaz zikir malaikat Israfil. Apabila kita berada dalam kegelapan fikiran, kita baca ‘Ya Haadi ihdinii’, insyaAllah seketika itu juga kita akan memperoleh petunjuk, dan kita dapat kembali ke jalan yang kita lalui tadi. Baik kita tersesat jalan itu di dalam kota besar yang belum pernah kita kenal, mahupun kita berada di hutan yang banyak terdapat beraneka macam binatang yang membahayakan. Inilah senjatanya, iaitu kita membaca ‘Ya Haadi, Ya Haadi, Ya Haadi ... ihdinii’, insyaAllah kita selamat berkat pertolongan zikir dengan Nama Allah ini.

95. AL BADII
- Barang siapa yang membaca Nama ini 70 kali dengan cara berikut, insyaAllah semua kesulitannya akan terhapus. Bacaannya ialah ‘Ya Badii’ us-samawati wal ard (bermaksud Oh, Dialah yang pencipta yang tiada bandingnya di dunia ini dan di alam semesta).
- Barang siapa berzikir dengan dia seperti dikatakan ‘Ya Badii’ 70 000 kali, insyaAllah ditunaikan hajatnya dan ditolakkan daripadanya segala mudarat.
- Barang siapa berzikir dengan dia, insyaAllah memancar-mancar hikmat daripada hatinya atas lidahnya.

96. AL BAAQI
- Barang siapa yang membaca Nama ini 100 kali sebelum matahari terbit, insyaAllah akan terhindar daripada sebarang bencana sepanjang hayatnya, dan akan beroleh keampunan di akhirat kelak.
- Barang siapa berzikir dengan dia seperti dikatanya ‘Ya Baaqi’ 1000 kali, insyaAllah dilepaskan ia daripada dukacita dan kemudaratan.
- Barang siapa tercengang-cengang pada sesuatu pekerjaan betapa ia berbuat, maka berzikir dengan dia 1000 kali antara Madhrib dan Isyak, insyaAllah diberi petunjuk ia kepada yang betul.
- Apabila kita berzikir dengan lafaz ‘Ya Baaqi’ sebanyak yang termampu pada setiap pagi dan petang, siang atau malam, insyaAllah jika kita mempunyai kedudukan tidak mudah jatuh, dan jika kita sebagai pengusaha tidak mudah bankrap. Dan banyak lagi khasiat-khasiatnya yang tidak terkira oleh manusia.

97. AL WAARIS
- Barang siapa membaca Nama ini berulang kali, insyaAllah akan lanjut usianya.
- Barang siapa mengekali berzikir dengan dia seperti dikatanya ‘Ya Waaris’ dahulu daripada timbul matahari tiap-tiap hari 100 kali, insyaAllah tiada memberi mudarat akan dia oleh sesuatu pada jasadnya (anggotanya).
- Barang siapa memperbanyakkan zikir dengan membaca ‘Ya Waaris’ 707 kali tiap-tiap malam walau dimana sahaja berada, insyaAllah akan berhasil dan berjaya segala bidang kehidupan yang diceburinya itu.

98. AR RASYIID
- Barang siapa membaca Nama ini 1000 kali di antara waktu sembahyang Maghrib dan Isyak, insyaAllah kesusahan-kesusahannya akan lenyap.
- Barang siapa mengekali berzikir dengan dia seperti dikatanya ‘Ya Rasyiid’ tiap-tiap lepas sembahyang Isyak 100 kali, insyaAllah diterima segala amalnya.
- Jika kita ingin menjadi orang yang bijak pandai, di samping kuat belajar dan menuntut ilmu pengetahuan dan mengembangkan bakat masing-masing, eloklah bermohon kepada Allah dengan berulang kali berzikir dengan ‘Ya Rasyiid’ sebanyak mungkin, semoga akan berjaya.


99. AS SABUUR
- Barang siapa yang mendapat kesusahan, kesukaran atau berdukacita apabila membaca Nama ini sebanyak 3000 kali, insyaAllah akan diselamatkan daripada kesusahannya.
- Barang siapa berzikir dengan dia seperti dikatanya ‘Ya Sabuur’ sebanyak 100 kali pada tiap-tiap hari dahulu daripada timbul matahari, insyaAllah  tiada mengena akan dia oleh bala pada harinya itu.
- Barang siapa membanyakkan berzikir dengan dia, insyaAllah diberi akan dia tingkat kebesaranyang elok.


nota:
     Syukran Jazilan kepada pengarang buku dan jurutaip bahan ilmu yang sangat berguna ini.  Saya hanya menumpang ilmu dan menyebarkan kepada para sahabat serta anak didik  yang lain. Semoga usaha sama ini mendapat keberkatan daripada Allah SWT.

Indahnya Asma al-Husna..(81-90)

81. AL MUNTAQIM
- Barang siapa membaca Nama ini berulang kali, insyaAllah akan beroleh kemenangan bila menghadapi musuhnya.
- Barang siapa membanyakkan berzikir dengan dia seperti dikatanya ‘Ya Muntaqim’ ketika tidak kuasa melawan musuh sebanyak 630 kali atau lebih, insyaAllah ditolong akan diatasnya.

82. AL `AFUWW
- Barang siapa yang membaca Nama ini berulang kali, insyaAllah semua dosa-dosanya akan diampunkan oleh Allah.
- Barang siapa membanyakkan berzikir dengan dia seperti dikatakan ‘Ya Afuww’ tiap-tiap hari siang atau malam 156 kali atau lebih, insyaAllah dibukakan baginya pintu kemaafan dan keampunan.
- Barang siapa takut dihukum, maka berzikir dengan dia 156 kali, insyaAllah diamankan ia daripadanya.
- Barang siapa senantiasa membaca ‘Ya Afuww’ setiap hari maka ia akan disenangi orang, dan terhindar dari pemusuhan.

83. AR RAAUUF
- Barang siapa membaca Nama ini berulang kali, insyaAllah akan diberkati dan dirahmati oleh Allah.
- Barang siapa berzikir dengannya seperti disebut ‘Ya Raauuf’ ketika marah atau dimarahi orang atau disisi orang marah, hendaklah dibaca 10 kali dan membaca selawat ‘Allahuma-saliaala-Muhammad’ 10 kali, insyaAllah dihilangkan marahnya atau marah orang itu.
- Barang siapa yang banyak berzikir dengan membaca ‘Ya Raauuf’ setiap hari pada waktu siang dan malam, insyaAllah sesiapa saja yang melihat mukanya akan menaruh simpati dan bersedia bagi mereka memberikan pertolongan. Zikir ini berguna sekali bagi semua peringkat masyarakat dan golongan manusia yang mencari keredhaan Allah di muka bumi ini.

84. MAALIKUL MULK
- Barang siapa membaca ‘Ya Malaikul-Mulk’ berulang kali, insyaAllah akan mendapat penghormatan daripada orang ramai.
- Barang siapa membanyakkan berzikir dengan ‘Ya Maalikul Mulk’ pada setiap hari, siang dan malam 212 kali atau lebih, insyaAllah diberinya harta dan kekayaan dengan kurniaNya.
- Bagi yang memegang sesuatu teraju pemerintahan atau jabatan kerajaan, jika mengamalkan membaca ‘Ya Maalikul Mulk’ setiap selepas selesai sembahyang 5 waktu 212 kali atau 2120 kali tiap-tiap malam selama sebulan, insyaAllah tak seorang pun yang dapat menggugat kedudukannya itu dan tetap kedudukannya seperti biasa.

85. DZUL JALAAL WAL IKRAAM
- Barang siapa yang membaca ‘Ya Dzal-Jalaal-Wal-Ikraam’ berulang kali, insyaAllah akan menjadi kaya.
- Barang siapa membanyakkan berzikir dengan Nama ini 300 kali atau lebih, insyaAllah terhasil baginya kebesaran dan kemuliaan.
- Barang siapa berzikir dengan Nama yang dulunya seperti disebut ‘Maalikul Mulki-Dzul-Jalaal-Wal-Ikraam’ tiap-tiap hari, siang atau malam 333 kali, insyaAllah baginya memperoleh pangkat kebesaran dan kemuliaan.
- Barang siapa membanyakkan membaca ‘Ya Dzal-Jalaal-Wal-Ikraam’ 1065 kali setiap hari sebulan lamanya, insyaAllah Allah berkenan mengabulkan hajat dan doanya.

86. AL MUQSIT
- Barang siapa membanyakkan berzikir dengan Nama ini seperti dikatanya ‘Ya Muqsit’ 209 kali atau lebih, insyaAllah terpelihara ia daripada was-was syaitan di dalam ibadatnya.
- Barang siapa yang membaca Nama ini berulang kali, insyaAllah akan terlepas daripada cengkaman syaitan.
- Barang siapa yang membaca ‘Ya Muqsit’ setiap hari, insyaAllah, Allah berkenan mencurah kurnia kepada kita untuk menjadi orang paling adil, tidak akan berlaku berat sebelah atau kecurangan dalam memberikan pertimbangan dan hukuman, insyaAllah.

87. AL JAAMIK
- Barang siapa membanyakkan berzikir dengan menyebut ‘Ya Jaamik’ pada setiap hari siang atau malam 300 kali atau lebih, insyaAllah dihimpunkan antaranya dan antara segala maksudnya.
- Barang siapa kehilangan akan sesuatu, maka hendaklah ia berzikir dengan Nama ini banyak-banyak, insyaAllah dikembalikan atau digantikan yang hilang itu dengan segera.
- Barang siapa yang membaca ‘Ya Jaamik’ berulang kali, insyaAllah akan bertemu semula barang-barangnya yang telah hilang.
- Bagi sesiapa yang mempunyai anak yang pergi merantau tanpa memberitahu ibu bapanya,jika si ibu bapa itu membaca ‘Ya Jaamik’ sebanyak mungkin, insyaAllah ia akan pulang menemui semula orang tuanya berkat pertolongan Allah.

88. AL GHANI
- Barang siapa berzikir dengan dia seperti katanya ‘Ya Ghani’ atas penyakit atau bala pada badannya atau badan orang lain sebanyak 1000 kali, insyaAllah sembuh dengan segera.
- Barang siapa mengekali berzikir dengan dia tiap-tiap hari pada waktu siang atau malam sebanyak 1000 kali, insyaAllah dikayakan dia dengan kurnia Allah.
- Barang siapa yang membaca Nama ini berulang kali, insyaAllah akan mendapat kepuasan hati dan tidak akan tamak haloba.

89. AL MUGHNI
- Barang siapa yang membaca Nama ini 10 kali selama 10 kali Jumaat, insyaAllah akan beroleh rezeki yang cukup.
- Barang siapa berzikir dengan Nama ini seperti dikatanya ‘Ya Mughni’ tiap-tiap hari siang atau malam 1000 kali atau 1111 kali, insyaAllah kaya ia dan tiada kosong di tangannya selama-lamanya.
- Barang siapa berzikir dengan Nama ini 10 Jumaat tiap-tiap malam Jumaat 10 000 kali, insyaAllah zahir baginya kurnia kekayaan mengiringi hidupnya.
- Barang siapa berzikir dengan Nama ini dalam hatinya ketika hendak berjimak (bersetubuh) dengan isterinya, insyaAllah kasih isterinya kian mendalam.

90. AL MAANIK
- Barang siapa membanyakkan berzikir dengan Nama ini seperti dikatanya ‘Ya Maanik’ setiap hari siang atau malam, insyaAllah ditegahkan daripadanya tiap-tipa mudarat.
- Barang siapa berzikir dalam hatinya 161 kali, insyaAllah hilang punca yang antaranya dan antara isterinya daripada kemarahan.
- Barang siapa ditegahkan daripada menghasilkan kehendaknya, maka berzikirlah dengan Nama ini banyak-banyak pada setiap pagi dan petang, insyaAllah berhasil kehendaknya.
- Barang siapa membaca Nama ini berulang kali, insyaAllah keluarganya akan hidup bahagia.

Indahnya Asma al-Husna..(71-80)


71. AL MUQADDIM


- Barang siapa membanyakkan berzikir dengan menyebut ‘Ya Muqaddim’ ketika masuk ke medan perang, insyaAllah tiada mengenai akan dia oleh mudarat atau kecelakaan.
- Barang siapa membaca Nama ini dengan sebutan ‘Ya Muqaddim’ ketika berada di medan peperangan, atau sesiapa yang berasa ketakutan ketika keseorangan di tempat gerun dan mengkagumkan, ia tidak akan menghadapi bahaya bencana.
- Barang siapa membaca ‘Ya Muqaddim’ sebanyak 184 kali, setiap hari sebagai amalan zikir, insyaAllah segala macam usahanya mendapat kemajuan dan kejayaan.


72. AL MUAKKHHIR

- Barang siapa membiasakan membaca ‘Ya Muakkhhir’ 1000 kali setiap hari, nescaya Allah berkenan membukakan baginya pintu-pintu keampunan untuk diterima permohonannya. Allah berkenan menurunkan rahmat dan keredhaanNya, menerima taubatnya dan menjadikan ia orang kuat beribadat serta berbakti kepada Allah Taala.
- Barang siapa membaca ‘Ya Muakkhhir’ sebanyak 100 kali di dalam hatinya setiap hari, insyaAllah ia hanya akan cinta kepada Allah. Ia tidak akan diganggu oleh perasaan-perasaan lain.
- Barang siapa membanyakkan berzikir dengan Nama ini seperti dikatanya ‘Ya Muakkhhir’ pada setiap hari, sebanyak 300 kali atau lebih
 insyaAllah dibukakan atasnya pintu taubat dan taufik (petunjuk) daripada Allah.

73. AL AWWAL
- Barang siapa yang menginginkan anak, atau ingin bersama seseorang yang sedang mengembara, sebutlah Nama ini 1000 kali selama 40 kali Jumaat.
- Barang siapa berzikir dengan dia selama di dalam musafir seperti dikatanya ‘Ya Awwal’ tiap-tiap hari Jumaat 1000 kali, insyaAllah dihimpunkan ia atas yang ditontonnya.
- Barang siapa membanyakkan berzikir dengan dia ketika permulaan tiap-tiap pekerjaan, insyaAllah sempurna pekerjaan itu atas sebaik-baik hal.
- Barang siapa berzikir membaca ‘Ya Awwal’ 370 kali selama hidupnya tiap-tiap hari
, insyaAllah berkenan memudahkan baginya akan segala hajatnya.

74. AL AAKHIR
- Barang siapa membaca Nama ini berulang kali, insyaAllah akan memperoleh kehidupan yang baik pada akhir penghidupannya ia akan menemui maut dengan keadaan yang baik pula.
- Barang siapa berzikir dengan dia seperti dikatanya ‘Ya Aakhir’ tiap-tiap lepas sembahyang Isyak 100 kali, insyaAllah hatinya menjadi bersih dan bertambah-tambah kebaikan di ahkir umurnya.
- Barang siapa dapat membiasakan membaca ‘Ya Aakhir’ setiap selesai sembahyang lima waktu sebanyak 200 kali selama sebulan, insyaAllah berkenan membukakan baginya pintu rezeki yang halal.

75. AZ DZAAHIIR
- Barang siapa mengekali berzikir dengan Nama ini seperti dikatanya ‘Ya Dzaahiir’ ketika timbul matahari 500 kali, insyaAllah diterangkan mata dan hatinya.
- Barang siapa yang membaca Nama ini 15 kali selepas sembahyang Jumaat, insyaAllah cahaya (nur) Ilahi akan menyinari hatinya.
- Barang siapa membaca Nama ini dengan sebutan ‘Ya Dzaahiir’ 1106 kali setiap selesai sembahyang fardhu selama satu bulan dalam tempat beribadat, insyaAllah Allah berkenan membukakan hijab kepadanya dari segala rahsia yang pelik-pelik dan diberikan kefahaman ilmu yang sukar-sukar. Berguna sekali jika Nama ini dibaca dan dipraktikkan oleh penuntut-penuntut dan pelajar-pelajar yang sedang menuntut atau sesiapa yang berminat.

76. AL BAATIN
- Barang siapa yang membaca Nama ini 3 kali setiap hari, insyaAllah akan dapat melihat kebenaran di dalam sesuatu perkara.
- Barang siapa membanyakkan berzikir dengan dia seperti dikatanya ‘Ya Baatin’ pada pagi-pagi, tengahari dan petang, insyaAllah jinak hatinya dan tetap nafsunya serta aman ia daripada yang ditakutinya.
- Barang siapa berzikir dengan dia tiap-tiap hari 33 kali, insyaAllah dijadikan ia daripada golongan ahli yakin.
- Jika kita mahu mengamalkan membaca ‘Ya Baatin’ selama satu bulan sebanyak 300 kali setiap selesai sembahyang lima waktu, nescaya Allah berkenan membukakan kepada kita dari segala rahsia batin yang berada di alam ini, dan kita dapat melihatnya apa yang tak dapat dilihat oleh orang lain dengan hakikatNya meskipun berada di dasar laut yang dalam. Menurut sesetengah yang mengamalkan membaca Nama ini ada syarat yang perlu diperhatikan, iaitu kita tidak boleh makan daging dan telur selama satu bulan.

77. AL WAALI
- Barang siapa yang berulang kali membaca ‘Ya Waali’ dan menghembuskan nafas di dalam rumahnya, insyaAllah rumahnya akan terlepas daripada sebarang bahaya atau bencana.
- Barang siapa membanyakkan berzikir dengan Nama ini seperti disebutnya ‘Ya Waali’ tiap-tiap hari siang atau malam, insyaAllah ia menjadi hebat. Zikir ini patut sangat dibaca oleh pembesar-pembesar dan pemimpin-pemimpin negeri.
- Barang siapa membanyakkan berzikir dengan ‘Ya Waali’ ketika diancam bahaya atau petir, insyaAllah diamankan ia daripadanya.
- Barang siapa membaca ‘Ya Waali’ di waktu siang sebanyak 10 000 kali dan malamnya 10 000 kali, maka Allah berkenan membukakan baginya pintu gerbang makrifat dalam hatinya.

78. AL MUTA’AALI
- Barang siapa yang menyebut ‘Ya Muta’aali’ berulang kali, insyaAllah akan mencapai dan mendapat kelebihan kebajikan daripada Allah.
- Barang siapa berzikir dengan ‘Ya Muta’aali’ 541 kali, insyaAllah hasil baginya ketinggian dan baik halnya, sehingga perempuan haid atau nifas jika melazimi berzikir dengan Nama ini dalam masa haid atau nifasnya, insyaAllah menjadi baik halnya (urusan hidupnya).
- Barang siapa yang membanyakkan membaca ‘Ya Muta’aali’ sebanyak mungkin, jika ia menghadap raja atau pemerintah sesebuah negeri dengan sesuatu keperluan, insyaAllah akan berhasil.

79. AL BARR
- Barang siapa yang membaca ‘Ya Barr’ berulang kali kepada anaknya itu, insyaAllah akan terlepas dari sebarang kecelakaan.
- Barang siapa membanyakkan berzikir dengan menyebut ‘Ya Barr’insyaAllah hasil baginya kebaikan yang besar.
- Barang siapa membanyakkan membaca ‘Ya Barr’ sebanyak mungkin dalam amalannya, insyaAllah akan menjamin kehidupannya. Begitu juga segala maksud dan cita-cita akan terkabul. Apabila belayar menerusi laut ataupun darat, insyaAllah selamat dalam perjalanan pergi dan balik berkat mengamalkan Nama ini.

80. AT TAWWAAB
Barang siapa berzikir dengan dia seperti dikatanya ‘Ya Tawwaab’ tiap-tiap lepas sembahyang dhuha (sejenis sembahyang sunat waktu mulai naiknya matahari setinggi segalah hingga tergelincir matahari. Sependek-pendeknya dua rakaat dan sebanyak-banyaknya 12 rakaat enam salam) 360 kali atau mengekali tiap-tiap hari 500 kali, insyaAllah nyata diterima taubatnya.
- Barang siapa membaca Nama ini berulang kali, insyaAllah taubatnya diterima Allah.
- Sesiapa yang membanyakkan membaca ‘Ya Tawwaab’ sebanyak mungkin, insyaAllah berkenan memudahkan baginya jalan kembali yang benar dan diredhai oleh Allah.

Indahnya Asma al-Husna..(61-70)

61. AL MUHYI
- Barang siapa yang menanggung beban yang berat dan membaca nama ini sebanyak 7 kali setiap hari, insyaAllah bebannya itu akan diringankan atau terhapus sama sekali.
- Barang siapa seperti dikatanya ‘Ya Muhyi’ 68 kali, insyaAllah diamankan ia daripadanya.
- Barang siapa berzikir dengan dia sebanyak itu tiap-tiap lepas sembahyang lima waktu, insyaAllah dikeluarkan daripada badannya segala penyakit.

62. AL MUMIIT
- Nama ini dibaca berulang kali untuk menghancurkan musuh seseorang.
- Barang siapa membanyakkan berzikir dengan dia ketika hendak tidur seperti dikatanya ‘Ya Mumiit’ 490 kali atau lebih, insyaAllah nafsunya mahu tunduk bagi memperbuat taat.

63. AL HAYY
- Barang siapa yang berulang kali membaca nama ini akan dipanjangkan umurnya.
- Barang siapa berzikir dengan dia seperti dikatanya ‘Ya Hayy’ 300 000 kali, insyaAllah tiada sakit ia selama-lamanya atau sedikit sakitnya.
- Barang siapa memperbanyakkan zikir dengan nama ini sebanyak mungkin, Allah berkenan memberikan penerang hati dengan cahaya tauhid dan iman, sehingga akan selamat dari sifat munafik dan syirik, dengki dan bongkak, iri dan dendam dan sifat-sifat sebangsanya.

64. AL QAYYUUM
- Barang siapa yang membaca nama ini dengan sebutan ‘Ya Qayyuum’ berulang kali, insyaAllah tidak akan menjadi lalai.
- Barang siapa membanyakkan berzikir dengan ‘Ya Qayyuum’ banyak-banyak, insyaAllah dihilangkan daripadanya tidur atau lalai.
- Barang siapa berzikir dengan nama ini yang dahulunya disebut ‘Ya Hayyu-Ya-Qayyuum’ setiap hari siang atau malam 1000 kali, insyaAllah adalah ia menjadi kaya banyak hartanya, diturut orang perkataannya, menjadi berbahagia, hebat, dimuliakan orang, dipeliharakan daripada segala bala dan mudarat, dan daripada orang zalim, dan sampai ia akan martabat yang tinggi. Dengan menggunakan amalan yang demikian itu seperti kata Imam Al Ghazali.
- Barang siapa membanyakkan berzikir dengan nama ini di tengah laut, insyaAllah diamankan ia daripada karam atau tenggelam dalam air. Ini bertepatan dengan maksud sebuah cerita sejarah iaitu “ Dicerikatan bahawa Bani Israel telah menanyakan kepada Nabi Musa a.s tentang Nama Allah ‘Al Aziim’ sewaktu mereka hendak mengharungi Laut Merah. Musa menjawab : Ucapkanlah : Ahiya sarahhiya yakni ‘Hayyu-Ya-Qayyuum’, “Wahai (Tuhan) yang hidup, wahai yang berdiri sendiri”, maka terlepaslah mereka dari bahaya ketenggelaman dan kelemasan.

65. AL WAAJID
- Barang siapa yang membaca ‘Ya Waajid’ berulang kaliakan beroleh kekayaan jiwa.
- Barang siapa berzikir dengan nama ini seperti disebutnya ‘Ya Wajiid’ atas tiap-tiap sesuap dari makanannya, insyaAllah dikuatkan hatinya.

66. AL MAAJID
- Barang siapa yang menyebut nama ini dengan sebutan ‘Ya Maajid’ berulang kali, insyaAllah akan mendapat kemuliaan.
- Barang siapa yang membaca ‘Ya Maajid’ 400 kali pada setiap hari terutama para pelajar, insyaAllah berkat pertolongannya dia akan memperoleh kurnia terang hati, tajam ingatan, cerdas dan otaknya tidak mudah lupa. Disamping itu, si pelajar tersebut perlu belajar dengan tekun dan bersungguh-sungguh sambil berdoa untuk mendapatkan kejayaan.
- Barang siapa mengekali berzikir dengan Nama ini seperti disebutnya ‘Ya Maajid’ 400 kali pada setiap pagi dan petang sampai isyak dan seterusnya, insyaAllah terang hatinya.

67. AL WAAHID
- Barang siapa yang membaca Nama ini berulang kali ketika keseorangan dan pada tempat yang sunyi, insyaAllah akan terselamat dari rasa ketakutan dan khayalan.
- Barang siapa berzikir dennga ndia seperti dikatanya ‘Ya Waahid’ 1000 kali, insyaAllah keluar dari hatinya oleh pergantungan atau takut akan makhluk.
- Barang siapa berumah tangga tetapi belum dikurniakan anak, maka berwiridlah membaca ‘Ya Waahid’ 190 kali setiap selesai sembahyang lima waktu selama sebulan, lebih-lebih lagi kalau disetai dengan puasa sunat Isnin dan Khamis, insyaAllah dikurniakan anak.
Khasiat dan faedah yang boleh ditemui bagi sesiapa yang mengamalkan membaca ‘Ya Ahad’ dalam amal ibadatnya sehari-hari ialah “Barang siapa yang menyebut Nama ini sebanyak 1000 kali, insyaAllah akan dibukakan rahsia kepadanya oleh Allah”.

68. AS SAMAD
- Barang siapa berzikir dengan menyebut ‘Ya Samad’ ketika sahur 125 kali, insyaAllah zahir kebenaran pada hatinya.
- Barang siapa berzikir dengannya tiap-tiap hari 150 kali,insyaAllah kuat kehendaknya dan ditolong atas kebaikan dan tidak merasakan sakit kelaparan.
- Barang siapa berzikir dengan ‘Ya Samad’ berkekalan atau berterusan tiap-tiap hari atau malam pada tempat sunyi daripada manusia 350 kali atau lebih, insyaAllah diluaskan rezekinya dan dipanjangkan umurnya.
- Barang siapa yang berulang kali menyebut ‘Ya Samad’, Allah akan menyediakan keperluannya dan ia tidak perlukan bantuan orang lain, tetapi sebaliknya orang lain akan memerlukannya.
- Barang siapa yang kerapkali membiasakan berzikir dengan‘Ya Samad’ kebetulan orang yang kehilangan sesuatu barang, insyaAllah berkat pertolongan Allah barang yang hilang itu akan diperoleh / ditemui kembali.
- Barang siapa yang membanyakkan berzikir dengan ‘Ya Samad’ sebanyak mungkin, insyaAllah akan luputlah atau hilanglah perasaan marahnya terutama bagi orang yang banyak masalah atau kerumitan hidup.

69. AL QAADIR
- Barang siapa membaca Nama ini dengan sebutan ‘Ya Qaadir’ berulang kali, insyaAllah semua permintaannya akan diterima Allah.
- Barang siapa berzikir dengan Nama ini dengan bacaan ‘Ya Qaadir’ 100 kali atau 200 kali kemudian daripada sembahyang 2 rakaat ketika daif zahir atau batin, insyaAllah ia mendapat kekuatan.
- Bagi sesiapa yang mempunyai cita-cita tinggi dan ingin melihat cita-cita itu tercapai jaya, bacalah ‘Ya Qaadir’ 305 kali setiap hari, insyaAllah maksud dan cita-citanya berhasil. 

70. AL MUQTADIR
- Barang siapa yang membaca Nama ini berulang kali,insyaAllah akan sedar akan kebenaran.
- Barang siapa mengekali berzikir dengan sebutan ‘Ya Muqtadir’ tiap-tiap bangun daripada tidur 100 kali, insyaAllah adalah ia dalam inayah dan petunjuk daripada Allah Taala.
- Barang siapa membanyakkan berzikir membaca ‘Ya Muqtadir’ 554 kali setiap hari, insyaAllah segala hajat dan maksudnya dikabulkan Allah.

Indahnya Asma al-Husna..(51-60)

51. AS SYAHIID
- Barang siapa yang mempunyai anak yang nakal dan selalu melawan ibu bapa, apabila membaca Nama ini berulang kali, kepada anaknya, insyaAllah anak itu akan menurut perintah.

52. AL HAQQ
- Barang siapa yang hilang sesuatu dan menyebut Nama ini berulang kali, insyaAllah akan dijumpai barangnya yang hilang itu.
- Barang siapa membanyakkan berzikir dengan dia seperti dikatanya ‘Ya Haqq’ banyak-banyak pada tiap-tiap malam, insyaAllah ditetapkan ia atas taat.
- Barang siapa menulis akan dia atas kertas persegi empat, segala penjuru yang empat, kemudian ia taruh akan dia atas tapak tangannya dan berdoa kepada Allah waktu sujud, minta hilangkan akan segala yang mendukacitakan dia, insyaAllah kabul.

53. AL WAKIIL
- Barang siapa yang takut akan kelemasan, binasa di dalam kebakaran atau bahaya-bahaya yang seumpamanya, apabila membaca nama ini dengan sebutan ‘Ya Wakiil’berulang kali dari masa ke masa, insyaAllah akan dilindungi oleh Allah.
- Barang siapa takut akan angin kencang (ribut) atau petir dan sebagainya, amalkan membanyakkan membaca ‘Ya Wakiil’ sebanyak mungkin, insyaAllah dipalingkan atau dielakkan ia daripadanya.
- Barang siapa membanyakkan berzikir nama ini pada setiap hari atau malam 66 kali atau lebih, sampai 1000 kali, insyaAllah dibukakan baginya segala pintu kebaikan dan rezeki.

54. AL QAWI
- Barang siapa yang tidak berdaya menewaskan musuhnya, apabila membaca nama ini berulang kali, dengan niat ia tidak akan membinasakan, insyaAllah akan terlepas dari kebinasaan.
- Barang siapa berasa daif pada hemahnya atau pada badannya, maka hendaklah membanyakkan ia berzikir dengan nama ini yang kemudiannya ditambah dengan sebuatan ‘ Ya Qawi-u-Ya-Matiin’, 1000 kali, insyaAllah ia akan mendapat kekuatan yang diperlukan itu.
- Barang siapa dizalimi dan dianiyai orang, maka berzikirlah dengan ‘Ya Qawi-u-Ya-Matiin’, 1000 kali, insyaAllah dilepaskan ia daripadanya.

55. AL MATIIN
- Barang siapa berzikir dengannya atas anak-anak kecil lelaki atau perempuan seperti dikatanya ‘Ya Matiin’ 10 kali, insyaAllah dipeliharakan ia daripada kejahatan zina.
- Barang siapa menulis Nama ini 500 kali dan diminumkan airnya bagi perempuan yang sedikit air susunya, insyaAllah menjadi banyak air susunya.
- Sekiranya seseorang itu menghadapi kesusahan dan menyebut Nama ini berulang kali dengan sebutan ‘Ya Matiin’ , insyaAllah kesusahan yang dialaminya itu akan terhapus.

56. AL WALI                 
- Barang siapa yang berulang kali menyebut ‘Ya Wali’ ini, ada berkemungkinan menjadi seorang waliullah, iaitu orang yang menjadi kekasih Allah.
- Barang siapa berzikir dengan Nama ini seperti disebutnya ‘Ya Wali’ pada malam Jumaat, 1000 kali, insyaAllah dihisab akan dia dengan hisab yang mudah, di Hari Kiamat.
- Barang siapa setiap selepas sembahyang fardhumembaca ‘Ya Wali’ 111 kali selama sebulan, insyaAllah kalau ada orang yang mahu menjatuhkan kedudukan atau pekerjaannya tidak akan berhasil.

57. AL HAMIID
- Barang siapa berzikir dengan Nama ini seperti disebutnya ‘Ya Hamiid’ tiap-tiap lepas sembahyang Maghrib dan Subuh 62 kali, insyaAllah jadilah ia terpuji dalam perbuatannya dan perkataannya.
- Barang siapa berzikir dengan Nama ini 100 kali setiap kalilepas sembahyang lima waktu, insyaAllah jadi ia daripada orang yang soleh.
- Barang siapa berzikir dengannya kemudian daripada sembahyang Subuh 99 kalikemudian ditiupkannya pada dua tangannya dan disapukannya kedua-dua tangannya itu akan mukanya, insyaAllah dimuliakannya dan ditolonginya dan dijadikan mukanya terang dan bersih.
- Barang siapa yang menyebut nama ini berulang kali, insyaAllah akan dikasihi dan dihormati.

58. AL MUHSI
- Barang siapa yang takut disoal pada hari pembicaraan, sebutlah nama ini 1000 kali, insyaAllah nescaya akan mendapat ketenangan.
- Barang siapa berzikir dengan dia seperti katanya, ‘Ya Muhsi’ 20 kali atas 20 pecahan roti dan diberi makan akan dia bagi orang yang dikehendakinya, insyaAllah ditundukkan ia baginya.
- Barang siapa yang menginginkan bermuraqabah (mendekatkan diri kepada Allah – tidak setiap orang akan dapat melaksanakannya tanpa menperoleh hidayah daripada Allah), amalkan berzikir dengan lafaz ‘Ya Muhsi’setiap hari sehabis solat sebanyak 148 kali, paling sedikit. Dan boleh yang lebih banyak lagi dengan membaca 1480 kali setiap hari, insyaAllah berkat khasiat dan pertolonganNya anda akan berhasil.

59. AL MUBDIK
- Barang siapa yang membaca nama ini sambilmenghembuskan nafas ke arah perempuan yang sedang mengandung yang takut keguguran, insyaAllah ia akan terhindar daripada bahaya tersebut.
- Barang siapa membanyakkan berzikir dengan dia tiap-tiap hari dan malam dengan tiada terhitung banyaknya selama sebulan, insyaAllah dibanyakkan hartanya dengan tiada terbilang.
- Bagi seseorang peniaga yang sentiasa sibuk dengan urusniaganya baik di dalam atau di luar negeri berzikir membaca ‘Ya Mubdik’ 470 kali, insyaAllah segala pekerjaannya itu akan beroleh kejayaan berkat pertolongan Allah s.w.t.
- Bagi seseorang pengusaha dalam apa jurusan hidup sekalipun, mengamalkan membaca ‘Ya Mubdik’ 470 kali, insyaAllah akan melihat hasil usahanya berkat Nama Allah tersebut.

60. AL MU’IID
- Barang siapa yang membaca nama ini 70 kali untuk seorang yang tinggal jauh dengan keluarganya, insyaAllah orang itu akan pulang dengan selamatnya.
- Apabila berzikir dengan dia seperti dikatanya ‘Ya Mu’iid’ 1000 kali oleh orang yang bingung, insyaAllah dapat petunjuk ia kepada yang benar.
- Barang siapa membanyakkan berzikir dengan dia dan dengan Nama yang dahulunya seperti dikatanya ‘Ya Mubdi’ u Ya-Mu’iid’ ketika lupakan sesuatu, insyaAllah ingat ia akan dia.

Indahnya Asma al-Husna..(41-50)



41. AL HASIIB

- Jika barang siapa yang berasa takut harta bendanya kecurian, takutkan hasad dengki orang terhadapnya atau dipersalahkan atau disakiti, bacalah nama ini 70 kali mulai hari Khamis malam dan siang selama tujuh malam. Pada kali ke 71, sebutlah : Allah adalah penjaminku (Habiyallah-ul-Hasib) dan ia kelak insyaAllah akan terlepas dari ketakutan-ketakutan tersebut.
- Apabila berzikir dengan dia seperti dikatakannya ‘Ya Hasiib’ oleh orang yang takut dikalahkan oleh kawan-kawan atau kerabatnya. Pagi-pagi dahulu daripada terbit matahari dan petang kemudian daripada maghrib 77 kali, sampai 7 hari, insyaAllah diamankan ia daripada barang yang ditakutinya itu dan permulaan berzikir itu pada hari Khamis.

42. AL JALIIL
- Barang siapa berzikir dengan ‘Ya Jaliil’ dan dikekalkan pada setiap hari dan malam dengan membaca 73 kaliditanggung akan dia, insyaAllah atau ditulisnya Nama ini dengan kasturi dan kunyit, danmenjadi hebat dan besar perubahan dalam hidupnya.
- kemudian Barang siapa yang menulis ‘Ya Jaliil’ di atas sekeping kertas dengan kasturi dan kunyit, daripada tanah, insyaAllah menyucikannya dan meminum air itu dengan suatu bekas yang diperbuatakan dihormati oleh semua orang.

43. AL KARIIM
- Barang siapa mengekali berzikir dengan dia seperti dikatakannya ‘Ya Kariim tiap-tiap hendak tidur 270 kali atau lebih, insyaAllah berhasil baginya kemurahan dan kemuliaan di dunia dan akhirat.
- Barang siapa yang berulang kali membaca nama ini akan mendapat kemuliaan di dunia dan di akhirat.

44. AR RAQIIB
- Barang siapa yang membaca berulang kali Nama inisebanyak 7 kali, keluarga dan harta bendanya, insyaAllah semua akan dijagai oleh Allah.
- Barang siapa berzikir dengan dia seperti dikatakannya ‘Ya Raqiib’ 50 kali dengan niat minta pelihara akan barang yang ghaib daripadanya, insyaAllah terpelihara ia.
- Apabila berzikir dengan dia oleh orang yang kehilangan sesuatu, tiap-tiap lepas sembahyang 312 kali, insyaAllah dikembalikan barang yang hilang itu atau segera digantikan.
- Barang siapa hendak bermusafir / perjalanan jauh, dan takut ia atas anak isterinya daripada melakukan kejahatan, maka meletak ia akan tangannya atas leher isteri dengan membaca ‘Ya Raqiib’ 7 kali sekalipun berzikir / membaca itu dengan hati, insyaAllah terpelihara ia daripadanya.
- Barang siapa takut akan anak yang didalam perut ibunya daripada gugur kandungannya, maka membaca ia akan ‘Ya Raqiib’ 7 kali, insyaAllah anak itu tiada gugur.

45. AL MUJIIB
- Barang siapa yang membaca nama ini berulang kali dan memohon sesuatu daripadaNya, insyaAllah nescaya akan diterima Allah.
- Barang siapa berzikir dengan dia seperti dikatakannya ‘Ya Mujiib’ 55 kali lalu berdoa terutama ketika terbit matahari, insyaAllah dikabulkan doanya.

46. AL WAASIK
- Barang siapa yang mengalami kesulitan mencari rezeki yang halal, bacalah Nama ini selalu, nescaya rezekinya akan murah.
- Barang siapa mengamalkan berzikir dengan dia seperti dikatakannya ‘Ya Waasik’ tiap-tiap hari dan malam 127 kali, insyaAllah hasil baginya keluasan dan kelepasan daripada kehinaan dan selamat daripada iri hati, dengki dan loba dan mendapat ia akan qana’ah.

47. AL HAKIIM
- Barang siapa yang berulang kali membaca Nama ini, tak henti-henti dari masa ke masa, insyaAllah tidak akan menemui kesulitan dalam setiap pekerjaannya.
- Barang siapa berzikir dengan menyebut ‘Ya Hakiim’ padasetiap hari dan malam sekurang-kurangnya 300 kali, insyaAllah dibukakan baginya pintu hikmat dan dipalingkan daripadanya segala yang memberi mudarat akan dirinya.
- Bagi seseorang penuntut / pelajar yang menuntut ilmu, sekiranya diamalkan berzikir dengan membaca ‘Ya Hakiim300 kali pada setiap hari di waktu pagi dan petang, insyaAllah beroleh kejayaan dalam perjuangannya itu dan terhindar dari mara bahaya.

48. AL WADUUD
- Jika terjadi perbalahan di antara du aorang, dan seorang daripadanya menyebut nama ini sebanyak 1000 kalikepada makanan dan membiarkan musuhnya itu memakannya, insyaAllah maka tidak akan berlaku lagi salah faham di antara mereka berdua.
- Barang siapa berzikir dengan dia seperti dikatanya ‘Ya Waduud’ tiap-tiap hari 1000 kali, insyaAllah diperbaiki oleh Allah baginya segala halnya daripada pekerjaan dunia dan akhirat.
- Barang siapa berzikir dengan dia 1000 kali atas makanan dan dimakannya akan dia serta isterinya, insyaAllah kasih isterinya itu akan taat kepadanya.

49. AL MAJIID
- Barang siapa berzikir dengan Nama ini seperti dikatanya ‘Ya Majiid’ setiap hari kemudian daripada sembahyang subuh 99 kali, lalu ditiupkannya kepada dua tangannya dan disapukannya kedua-dua tangannya itu kepada mukanya, insyaAllah hasil baginya kemuliaan dan kasih sayang antara keluarganya.
- Apabila orang yang berpenyakit kidal puasa pada hari biidh, iaitu pada tanggal 13, 14 dan 15 tanggal bulan Islam (3 hari dalam satu bulan) dan berzikir dengan menyebut ‘Ya Majiid’ ketika hendak berbuka puasa sebanyak 100 kali atau lebih, insyaAllah sembuh ia daripadanya dengan sebab atau tiada sebab, dengan kehendak Allah jua.
- Barang siapa yang menyebut ‘Ya Majiid’ berulang kali, insyaAllah, Allah akan menerangi hati dan jiwanya.

50. AL BAA’ITS
- Barang siapa yang membaca Nama ini berulang kali, insyaAllah akan berasa takut kepada kekuasaan Allah.
- Barang siapa berzikir dengan dia seperti dikatakannya ‘Ya Baa’its’ ketika hendak tidur dan menghantarkan ia akan tangannya atas dadanya dan berzikir akan Nama itu 100 kali, insyaAllah diterangkan hatinya dan diberi akan dia ilmu dan hikmat.