71. AL MUQADDIM
- Barang siapa membanyakkan berzikir dengan menyebut ‘Ya Muqaddim’ ketika masuk ke medan perang, insyaAllah tiada mengenai akan dia oleh mudarat atau kecelakaan.
- Barang siapa membaca Nama ini dengan sebutan ‘Ya Muqaddim’ ketika berada di medan peperangan, atau sesiapa yang berasa ketakutan ketika keseorangan di tempat gerun dan mengkagumkan, ia tidak akan menghadapi bahaya bencana.
- Barang siapa membaca ‘Ya Muqaddim’ sebanyak 184 kali, setiap hari sebagai amalan zikir, insyaAllah segala macam usahanya mendapat kemajuan dan kejayaan.
72. AL MUAKKHHIR
- Barang siapa membiasakan membaca ‘Ya Muakkhhir’ 1000 kali setiap hari, nescaya Allah berkenan membukakan baginya pintu-pintu keampunan untuk diterima permohonannya. Allah berkenan menurunkan rahmat dan keredhaanNya, menerima taubatnya dan menjadikan ia orang kuat beribadat serta berbakti kepada Allah Taala.
- Barang siapa membaca ‘Ya Muakkhhir’ sebanyak 100 kali di dalam hatinya setiap hari, insyaAllah ia hanya akan cinta kepada Allah. Ia tidak akan diganggu oleh perasaan-perasaan lain.
- Barang siapa membanyakkan berzikir dengan Nama ini seperti dikatanya ‘Ya Muakkhhir’ pada setiap hari, sebanyak 300 kali atau lebih,
insyaAllah dibukakan atasnya pintu taubat dan taufik (petunjuk) daripada Allah.
73. AL AWWAL
- Barang siapa yang menginginkan anak, atau ingin bersama seseorang yang sedang mengembara, sebutlah Nama ini 1000 kali selama 40 kali Jumaat.
- Barang siapa berzikir dengan dia selama di dalam musafir seperti dikatanya ‘Ya Awwal’ tiap-tiap hari Jumaat 1000 kali, insyaAllah dihimpunkan ia atas yang ditontonnya.
- Barang siapa membanyakkan berzikir dengan dia ketika permulaan tiap-tiap pekerjaan, insyaAllah sempurna pekerjaan itu atas sebaik-baik hal.
- Barang siapa berzikir membaca ‘Ya Awwal’ 370 kali selama hidupnya tiap-tiap hari
, insyaAllah berkenan memudahkan baginya akan segala hajatnya.
74. AL AAKHIR
- Barang siapa membaca Nama ini berulang kali, insyaAllah akan memperoleh kehidupan yang baik pada akhir penghidupannya ia akan menemui maut dengan keadaan yang baik pula.
- Barang siapa berzikir dengan dia seperti dikatanya ‘Ya Aakhir’ tiap-tiap lepas sembahyang Isyak 100 kali, insyaAllah hatinya menjadi bersih dan bertambah-tambah kebaikan di ahkir umurnya.
- Barang siapa dapat membiasakan membaca ‘Ya Aakhir’ setiap selesai sembahyang lima waktu sebanyak 200 kali selama sebulan, insyaAllah berkenan membukakan baginya pintu rezeki yang halal.
75. AZ DZAAHIIR
- Barang siapa mengekali berzikir dengan Nama ini seperti dikatanya ‘Ya Dzaahiir’ ketika timbul matahari 500 kali, insyaAllah diterangkan mata dan hatinya.
- Barang siapa yang membaca Nama ini 15 kali selepas sembahyang Jumaat, insyaAllah cahaya (nur) Ilahi akan menyinari hatinya.
- Barang siapa membaca Nama ini dengan sebutan ‘Ya Dzaahiir’ 1106 kali setiap selesai sembahyang fardhu selama satu bulan dalam tempat beribadat, insyaAllah Allah berkenan membukakan hijab kepadanya dari segala rahsia yang pelik-pelik dan diberikan kefahaman ilmu yang sukar-sukar. Berguna sekali jika Nama ini dibaca dan dipraktikkan oleh penuntut-penuntut dan pelajar-pelajar yang sedang menuntut atau sesiapa yang berminat.
76. AL BAATIN
- Barang siapa yang membaca Nama ini 3 kali setiap hari, insyaAllah akan dapat melihat kebenaran di dalam sesuatu perkara.
- Barang siapa membanyakkan berzikir dengan dia seperti dikatanya ‘Ya Baatin’ pada pagi-pagi, tengahari dan petang, insyaAllah jinak hatinya dan tetap nafsunya serta aman ia daripada yang ditakutinya.
- Barang siapa berzikir dengan dia tiap-tiap hari 33 kali, insyaAllah dijadikan ia daripada golongan ahli yakin.
- Jika kita mahu mengamalkan membaca ‘Ya Baatin’ selama satu bulan sebanyak 300 kali setiap selesai sembahyang lima waktu, nescaya Allah berkenan membukakan kepada kita dari segala rahsia batin yang berada di alam ini, dan kita dapat melihatnya apa yang tak dapat dilihat oleh orang lain dengan hakikatNya meskipun berada di dasar laut yang dalam. Menurut sesetengah yang mengamalkan membaca Nama ini ada syarat yang perlu diperhatikan, iaitu kita tidak boleh makan daging dan telur selama satu bulan.
77. AL WAALI
- Barang siapa yang berulang kali membaca ‘Ya Waali’ dan menghembuskan nafas di dalam rumahnya, insyaAllah rumahnya akan terlepas daripada sebarang bahaya atau bencana.
- Barang siapa membanyakkan berzikir dengan Nama ini seperti disebutnya ‘Ya Waali’ tiap-tiap hari siang atau malam, insyaAllah ia menjadi hebat. Zikir ini patut sangat dibaca oleh pembesar-pembesar dan pemimpin-pemimpin negeri.
- Barang siapa membanyakkan berzikir dengan ‘Ya Waali’ ketika diancam bahaya atau petir, insyaAllah diamankan ia daripadanya.
- Barang siapa membaca ‘Ya Waali’ di waktu siang sebanyak 10 000 kali dan malamnya 10 000 kali, maka Allah berkenan membukakan baginya pintu gerbang makrifat dalam hatinya.
78. AL MUTA’AALI
- Barang siapa yang menyebut ‘Ya Muta’aali’ berulang kali, insyaAllah akan mencapai dan mendapat kelebihan kebajikan daripada Allah.
- Barang siapa berzikir dengan ‘Ya Muta’aali’ 541 kali, insyaAllah hasil baginya ketinggian dan baik halnya, sehingga perempuan haid atau nifas jika melazimi berzikir dengan Nama ini dalam masa haid atau nifasnya, insyaAllah menjadi baik halnya (urusan hidupnya).
- Barang siapa yang membanyakkan membaca ‘Ya Muta’aali’ sebanyak mungkin, jika ia menghadap raja atau pemerintah sesebuah negeri dengan sesuatu keperluan, insyaAllah akan berhasil.
79. AL BARR
- Barang siapa yang membaca ‘Ya Barr’ berulang kali kepada anaknya itu, insyaAllah akan terlepas dari sebarang kecelakaan.
- Barang siapa membanyakkan berzikir dengan menyebut ‘Ya Barr’insyaAllah hasil baginya kebaikan yang besar.
- Barang siapa membanyakkan membaca ‘Ya Barr’ sebanyak mungkin dalam amalannya, insyaAllah akan menjamin kehidupannya. Begitu juga segala maksud dan cita-cita akan terkabul. Apabila belayar menerusi laut ataupun darat, insyaAllah selamat dalam perjalanan pergi dan balik berkat mengamalkan Nama ini.
80. AT TAWWAAB
- Barang siapa berzikir dengan dia seperti dikatanya ‘Ya Tawwaab’ tiap-tiap lepas sembahyang dhuha (sejenis sembahyang sunat waktu mulai naiknya matahari setinggi segalah hingga tergelincir matahari. Sependek-pendeknya dua rakaat dan sebanyak-banyaknya 12 rakaat enam salam) 360 kali atau mengekali tiap-tiap hari 500 kali, insyaAllah nyata diterima taubatnya.
- Barang siapa membaca Nama ini berulang kali, insyaAllah taubatnya diterima Allah.
- Sesiapa yang membanyakkan membaca ‘Ya Tawwaab’ sebanyak mungkin, insyaAllah berkenan memudahkan baginya jalan kembali yang benar dan diredhai oleh Allah.
No comments:
Post a Comment