Tuesday, January 18, 2011

Indahnya Asma al-Husna..(31-40)

31. AL LATIIF
- Barang siapa yang jatuh miskin dan tinggal keseorangan, jika ia membaca atau menyebut Nama ini 100 kali selepas sembahyang sunat dua rakaat, insyaAllah maka kehendaknya akan dipenuhi Allah.
Barang siapa berzikir dengan nama ini setiap siang ataupun malam sebanyak 129 kali, kemudian melanjutkan membaca ayat Al-Quran sebagai berikut : Allahu Lathiifun Bi’ – ibaadihi Yarzuqu May Yasyaa-u Wahuwal Qawiyyul `Aziz ‘ sebanyak 9 kali, lalu melanjutkan doa seperti berikut : Alaahumma Inni Asp-Aluka Yaa Lathiifu-Yaa Lathiifu, Yaa Inni As-Aluka Antakthufa Bii, Min Khafiyyin, Khafiyyin, Khafiyyin Luthfikal Khafiyyil Khafiyyii, Alladzii Idzaa Lathofa Bihii Li-Ahadin Min Khalqikabaqiya, Innakan Qulta Wa Qaulukai Haqqu’.
Allahu Lathiifun Bi’ibadihi, Yazuqu Man Yasyaa-U-Wahuwal Qawiyyul`Aziiz.
Washalla-llahu `Alaa Sayyidinna Muhammadin Wa’alaa Aalihi Washahbihi Wasallam, Wal Hamdu Lillaahi Rabbi’ `Aalamiin.
Dengan cara demikian, diamalkan setiap hari, insyaAllah kita akan memperoleh taufik dan hidayat daripada Allah, dan Allah berkenan memenuhi hajat kita dan kita akan memperoleh rezeki yang baik dan bagus atas rahmat Allah dan berkat Nama itu.

32. AL KHABIIR
Barang siapa berzikir dengan Nama ini seperti dikatakannya ‘Ya Khabiir’ 7 hari, tiap-tiap hari 812 kali, insyaAllah akan datang kepadanya rohaniah dengan segala khabar yang dikehendaki. Apabila ia mengkehendaki akan melihat sesuatu, maka hendaklah ia membaca firman Allah, ‘Alaa Yallamu Man Khalaqa, Wahuwal Lathiful Khabiir’ 9 kali ketika hendak tidur, insyaAllah ia akan bermimpi ia melihat dalam tidurnya akan sesuatu yang dikehendakinya itu.
Barang siapa disakiti oleh seseorang, maka hendaklah ia membanyakkan berzikir dengan nama ini, insyaAllah bebas ia daripadanya.
Barang siapa mempunyai kebiasaan atau tabiat yang tidak disenangi, apabila terus menyebut nama ini, insyaAllah akan hilang kebiasaan tersebut.

33. AL HALIIM
Jika seseorang menulis Nama ini diatas sekeping kertas, dan meletakkan di tempat benih ditanam, insyaAllah tidak ada kerosakkan dan bencana yang akan menimpa tanamannya.
Apabila mengekali oleh seseorang / pemimpin berzikir dengan dia seperti dikatakannya ‘Ya Haliim’ tiap-tiap lepas sembahyang 88 kali, insyaAllah tetap ia dalam pangkat / kedudukannya.
Barang siapa menulis akan dia 41 kali pada kertas dan dihapusnya akan dia dengan air mawar, dan jika tiada, maka dengan air biasa, dan disapukan dengan air itu akan barang-barang pencariannya atau alatnya, insyaAllah zahir padanya berkat, atau disiramkan air itu akan perhumaan (kawasan pertanian), insyaAllah aman daripada segala kejahatan.

34. AL `AZIIM
Barang siapa yang membaca Nama ini dengan sebutan ‘Ya ‘Aziim’ berulang kali, insyaAllah akan dimuliakan.
Apabila berzikir dengannya oleh orang yang takut daripada syaitan atau takut daripada sultan seperti dibacakannya, ‘Ya ‘Aziim’, 12 kali dan ditiupkannya akan dia atas dirinya, insyaAllah aman ia daripadanya.
Barang siapa berzikir 7000 kali tiap-tiap hari dan tiap-tiap malam sampai satu bulan, insyaAllah menjadi besar kadarnya dan datang kepadanya kelebihan yang banyak, dari segi kemuliaan, kedudukan dan kesenangan dunia.

35. AL GHAFUUR
Barang siapa yang pening kepala, demam dan berputus asa, dan berulang kali membaca nama ini, insyaAllah akan sembuh penyakitnya.
Barang siapa menulis akan dia atas orang sakit demam dan seumpamanya 3 kali, insyaAllah sembuh ia.
Sesiapa yang berusaha mengamalkan membaca ‘Ya Ghafuur’ sebanyak mungkin setiap hari, insyaAllah doa dan permohonan kita dikabulkan.
Apabila kita dalam keadaan mengalami kesulitan dan kesukaran, maka baca saja ‘Ya Ghafuur’ sebanyak 7000 kali setiap malam, insyaAllah kesulitan dan kesukaran itu akan pergi daripada kita.

36. AS SYAKUUR
Apabila menulis akan dia 40 kali oleh orang yang sesak nafas atau lelah (penat) badan atau daif mata dan dihapusnya akan dia dengan air dan disapukannya air itu kepada badannya atau matanya dan juga diminum akan dia, insyaAllah mendapat ia berkat dari yang demikian itu.
Jika mata seseorang kurang terang, hendaklah tulis ‘Ya Syakuur’ 40 kali (dengan huruf jawi) di atas kertas putih. Sesudah itu kertas putih yang ditulis itu direndamkan di dalam air dan air itu dibuat sapu mata. Lakukan setiap hari sehingga berhasil, insyaAllah akan terang kembali mata orang itu semula.

37. AL `ALIY
Barang siapa menulis akan dia 110 kali dan digantungkanakan dia atas anak-anak kecil, insyaAllah ditunjukkan akalnya kepada kebaikan, atau digantungkan atas orang fakir miskin, insyaAllah akan mendapat kesenangan.
Barang siapa yang nasibnya kurang baik, apabila membaca Nama ini berulang kali, insyaAllah nasibnya akan terbela, matlamat hidupnya akan cerah, pengembara pula akan selamat tiba ke kampung halamannya.
Jika seseorang menulis dengan huruf jawi/arab ‘Ya Aliy’sebanyak 110 kali di kertas putih dan direndamkan ke dalam air yang dingin, kemudian air itu diminumkan pada anak kecil yang tumpul otaknya setiap pagi, insyaAllah akan terkabul hasrat untuk mencerdaskan otak anak itu.

38. AL KABIIR
Barang siapa berzikir dengan Nama ini seperti dikatakannya ‘Ya Kabiir’ setiap lepas sembahyang fardhu 232 kali, insyaAllah terbuka pintu ilmu dan makrifat baginya dan jika ia ada terhutang, insyaAllah terbayar hutangnya.
Jika berzikir dengan Nama ini oleh orang yang dicabut atau dilucut daripada pangkatnya 7 hari berturut-turut dan setiap dikembalikan ia kepada pangkatnya itu.
Barang siapa yang membaca Nama ini dengan bacaan ‘Ya Kabiir’ sebanyak 100 kali setiap hari, insyaAllah akan beroleh penghormatan.
Bagi seseorang penuntut yang sedang belajar atau menuntut ilmu yang mengharapkan agar berhasil dan lulus dalam ujiannya, amalkanlah membaca ‘Ya Kabiir’ 232 kali setiap selepas sembahyang fardhu, insyaAllah akan berhasil hasratnya itu.

39. AL HAFIIZ
- Barang siapa yang membaca nama ini sebanyak 16 kali setiap hari, insyaAllah akan dijauhi Allah daripada sebarang kecelakaan.
Barang siapa berzikir dengan sebutan ‘Ya Hafiiz’ atau dituliskannya 998 kali dan ditanggung oleh dia, insyaAllah terpelihara ia daripada bahaya sekalipun ia tidur di tempat adanya harimau atau haiwan liar.
Apabila seseorang ditimpa bahaya atau berada di dalam hutan belantara yang banyak terdapat binatang buas, bacalah ‘Ya Hafiiz’ 99 kali, insyaAllah diselamatkan Allah daripada bahaya binatang buas berkat penjagaan Allah.

40. AL MUQIIT
- Jika seseorang mempunyai anak yang berperangai tidak baik, baca nama ini berulang kali dalam segelas air, dan memberi si anak minum air itu, insyaAllah anak itu akan berubah dan berperangai baik.
Apabila seseorang berpuasa yang merasa sangat kelaparan, menulis akan dia atau membaca sebanyak 41 kali atau 550 kali atas tanah dan dibasahi akan dia dengan airkemudian diciuminya akan dia, insyaAllah dikuatkan ia atas menahan lapar itu.

No comments:

Post a Comment