Tuesday, January 18, 2011

Indahnya Asma al-Husna..(41-50)



41. AL HASIIB

- Jika barang siapa yang berasa takut harta bendanya kecurian, takutkan hasad dengki orang terhadapnya atau dipersalahkan atau disakiti, bacalah nama ini 70 kali mulai hari Khamis malam dan siang selama tujuh malam. Pada kali ke 71, sebutlah : Allah adalah penjaminku (Habiyallah-ul-Hasib) dan ia kelak insyaAllah akan terlepas dari ketakutan-ketakutan tersebut.
- Apabila berzikir dengan dia seperti dikatakannya ‘Ya Hasiib’ oleh orang yang takut dikalahkan oleh kawan-kawan atau kerabatnya. Pagi-pagi dahulu daripada terbit matahari dan petang kemudian daripada maghrib 77 kali, sampai 7 hari, insyaAllah diamankan ia daripada barang yang ditakutinya itu dan permulaan berzikir itu pada hari Khamis.

42. AL JALIIL
- Barang siapa berzikir dengan ‘Ya Jaliil’ dan dikekalkan pada setiap hari dan malam dengan membaca 73 kaliditanggung akan dia, insyaAllah atau ditulisnya Nama ini dengan kasturi dan kunyit, danmenjadi hebat dan besar perubahan dalam hidupnya.
- kemudian Barang siapa yang menulis ‘Ya Jaliil’ di atas sekeping kertas dengan kasturi dan kunyit, daripada tanah, insyaAllah menyucikannya dan meminum air itu dengan suatu bekas yang diperbuatakan dihormati oleh semua orang.

43. AL KARIIM
- Barang siapa mengekali berzikir dengan dia seperti dikatakannya ‘Ya Kariim tiap-tiap hendak tidur 270 kali atau lebih, insyaAllah berhasil baginya kemurahan dan kemuliaan di dunia dan akhirat.
- Barang siapa yang berulang kali membaca nama ini akan mendapat kemuliaan di dunia dan di akhirat.

44. AR RAQIIB
- Barang siapa yang membaca berulang kali Nama inisebanyak 7 kali, keluarga dan harta bendanya, insyaAllah semua akan dijagai oleh Allah.
- Barang siapa berzikir dengan dia seperti dikatakannya ‘Ya Raqiib’ 50 kali dengan niat minta pelihara akan barang yang ghaib daripadanya, insyaAllah terpelihara ia.
- Apabila berzikir dengan dia oleh orang yang kehilangan sesuatu, tiap-tiap lepas sembahyang 312 kali, insyaAllah dikembalikan barang yang hilang itu atau segera digantikan.
- Barang siapa hendak bermusafir / perjalanan jauh, dan takut ia atas anak isterinya daripada melakukan kejahatan, maka meletak ia akan tangannya atas leher isteri dengan membaca ‘Ya Raqiib’ 7 kali sekalipun berzikir / membaca itu dengan hati, insyaAllah terpelihara ia daripadanya.
- Barang siapa takut akan anak yang didalam perut ibunya daripada gugur kandungannya, maka membaca ia akan ‘Ya Raqiib’ 7 kali, insyaAllah anak itu tiada gugur.

45. AL MUJIIB
- Barang siapa yang membaca nama ini berulang kali dan memohon sesuatu daripadaNya, insyaAllah nescaya akan diterima Allah.
- Barang siapa berzikir dengan dia seperti dikatakannya ‘Ya Mujiib’ 55 kali lalu berdoa terutama ketika terbit matahari, insyaAllah dikabulkan doanya.

46. AL WAASIK
- Barang siapa yang mengalami kesulitan mencari rezeki yang halal, bacalah Nama ini selalu, nescaya rezekinya akan murah.
- Barang siapa mengamalkan berzikir dengan dia seperti dikatakannya ‘Ya Waasik’ tiap-tiap hari dan malam 127 kali, insyaAllah hasil baginya keluasan dan kelepasan daripada kehinaan dan selamat daripada iri hati, dengki dan loba dan mendapat ia akan qana’ah.

47. AL HAKIIM
- Barang siapa yang berulang kali membaca Nama ini, tak henti-henti dari masa ke masa, insyaAllah tidak akan menemui kesulitan dalam setiap pekerjaannya.
- Barang siapa berzikir dengan menyebut ‘Ya Hakiim’ padasetiap hari dan malam sekurang-kurangnya 300 kali, insyaAllah dibukakan baginya pintu hikmat dan dipalingkan daripadanya segala yang memberi mudarat akan dirinya.
- Bagi seseorang penuntut / pelajar yang menuntut ilmu, sekiranya diamalkan berzikir dengan membaca ‘Ya Hakiim300 kali pada setiap hari di waktu pagi dan petang, insyaAllah beroleh kejayaan dalam perjuangannya itu dan terhindar dari mara bahaya.

48. AL WADUUD
- Jika terjadi perbalahan di antara du aorang, dan seorang daripadanya menyebut nama ini sebanyak 1000 kalikepada makanan dan membiarkan musuhnya itu memakannya, insyaAllah maka tidak akan berlaku lagi salah faham di antara mereka berdua.
- Barang siapa berzikir dengan dia seperti dikatanya ‘Ya Waduud’ tiap-tiap hari 1000 kali, insyaAllah diperbaiki oleh Allah baginya segala halnya daripada pekerjaan dunia dan akhirat.
- Barang siapa berzikir dengan dia 1000 kali atas makanan dan dimakannya akan dia serta isterinya, insyaAllah kasih isterinya itu akan taat kepadanya.

49. AL MAJIID
- Barang siapa berzikir dengan Nama ini seperti dikatanya ‘Ya Majiid’ setiap hari kemudian daripada sembahyang subuh 99 kali, lalu ditiupkannya kepada dua tangannya dan disapukannya kedua-dua tangannya itu kepada mukanya, insyaAllah hasil baginya kemuliaan dan kasih sayang antara keluarganya.
- Apabila orang yang berpenyakit kidal puasa pada hari biidh, iaitu pada tanggal 13, 14 dan 15 tanggal bulan Islam (3 hari dalam satu bulan) dan berzikir dengan menyebut ‘Ya Majiid’ ketika hendak berbuka puasa sebanyak 100 kali atau lebih, insyaAllah sembuh ia daripadanya dengan sebab atau tiada sebab, dengan kehendak Allah jua.
- Barang siapa yang menyebut ‘Ya Majiid’ berulang kali, insyaAllah, Allah akan menerangi hati dan jiwanya.

50. AL BAA’ITS
- Barang siapa yang membaca Nama ini berulang kali, insyaAllah akan berasa takut kepada kekuasaan Allah.
- Barang siapa berzikir dengan dia seperti dikatakannya ‘Ya Baa’its’ ketika hendak tidur dan menghantarkan ia akan tangannya atas dadanya dan berzikir akan Nama itu 100 kali, insyaAllah diterangkan hatinya dan diberi akan dia ilmu dan hikmat.

No comments:

Post a Comment