Tuesday, January 18, 2011

Indahnya Asma al-Husna..(21-30)


21. AL QAABIDH
- Barang siapa yang menulis Nama ini di atas 50 jenis makanan (buah-buahan, roti dan lain-lain) selama 40 hari, insyaAllah akan terlepas dari kelaparan atau sakit.
- Barang siapa berzikir dengan dia seperti dikatakannya ‘Ya Qaabidh’ 1000 kali dengan niat menegahkan orang zalim daripada menzalimi akan dia atau daripada menzalimi akan orang lain, insyaAllah tidak kuasa mereka itu atasnya pada malam dan hari itu sekalipun mereka itu berbuat begitu.
- Barang siapa berzikir dengan dia tiap-tiap malam Jumaat 100 kali, insyaAllah bertambah-tambah hampir ia kepada Allah.

22. AL BAASIT
- Barang siapa berulang kali menyebut nama ini 10 kali waktu fajar dengan menadah tangan kemudian meraup mukanya, insyaAllah akan dapat berdiri sendiri – berdikari – tanpa menggantungkan diri pada orang lain.
- Barang siapa mengekali berzikir dengan dia seperti dikatakannya ‘Ya Baasit’ kemudian daripada sembahyang dhuha (sejenis sembahyang sunat) 10 kali, insyaAllah diluaskan rezekinya dan ilmunya.
- Barang siapa berzikir dengan dia 300 kali atau lebihdengan mengangkat dua tangan ke langit kemudian disapukan ke dua-dua tangan itu ke muka, insyaAllah dibukakan baginya satu pintu daripada segala pintu kekayaan.

23. AL KHAAFIDH
- Barang siapa berzikir dengan dia seperti dikatakannya ‘Ya Khaafidh 500 kali dengan niat minta tunaikan hajat, insyaAllah ditunaikan hajatnya.
- Barang siapa berzikir dengan Dia 1000 kali, insyaAllah aman ia daripada segala musuh.
- Barang siapa yang berpuasa selama 3 hari dan pada harikeempat membaca nama ini sebanyak 70 000 kali, nescaya Allah akan menghindarkan mereka dari bencana atau musuh.

24. AR RAAFIQ
- Barang siapa berzikir dengan dia seperti dikatanya ‘Ya Raafik’ tiap-tiap hari atau malam 70 kali, insyaAllah tiada disampai kepadanya orang-orang zalim dan pencuri.
- Barang siapa berzikir dengan Dia 70 kali ketika datang orang-orang zalim, insyaAllah hasil baginya aman daripadanya.
- Barang siapa berzikir dengan Dia 100 kali atau 40 kalipada tiap-tiap malam Isnin atau malam Jumaatkemudian daripada Maghrib dan Isyak, insyaAllah menjadi hebat ia diatara makhluk.
- Barang siapa yang membaca nama ini 100 kali sehari semalam, Allah akan meninggikan darjat dan kemuliaannya, kekayaan dan jasanya.

25. AL MU`IZZ
- Barang siapa yang menyebut ‘Ya Mu`izz 140 kali selepas sembahyang isyak pada tiap-tiap malam Isnin dan Jumaat, insyaAllah akan memberinya kemuliaan pada pandangan orang lain. Orang itu tidak akan takut kepada sesiapa melainkan Allah.
- Barang siapa berzikir dengan dia seperti dikatakannya ‘Ya Mu`izz’ tiap tiap malam Jumaat atau malam Isninkemudian daripada maghrib 140 kali, InsyaAllah berhasil baginya hebat (kehebatan) dalam hati makhluk semacam hebat harimau di hati binatang-binatang hutan dan jadilah ia tiada takut melainkan kepada Allah Taala.

26. AL MUDZILL
- Barang siapa yang menyebut Nama ini sebanyak 75 kali, insyaAllah akan dijauhkan Allah ia dari bencana dan orang-orang yang ingin membinasakannya.
- Barang siapa baginya harta yang dihutangi oleh orang yang liat membayarnya, maka hendaklah ia berzikir dengan dia siang dan malam, insyaAllah diinsafkan akan dia baginya membayar.
- Barang siapa berzikir dengan dia seperti dikatanya ‘Ya Mudzill’ ketika dalam ketakutan 75 kali, kemudian ia sembahyang dan dalam sujud disebutnya nama yang ditakuti itu seperti dikatanya, ‘Allahuma Aaminnii Min’ (sebutkan namanya), ‘Allahuma Akfinii Syarrahu’ (ertinya Ya Allah, peliharalah aku dari kejahatannya) sekali sama ada yang ditakuti itu orang zalim, jahat, harimau dan sebagainya, insyaAllah aman ia daripadanya.

27. AS SAMIIK
- Barang siapa yang membaca Nama ini sebanyak 100 kalidan membisu kepada sesiapa pada hari Khamisselepas menunaikan sembahyang zuhur, insyaAllah Allah akan kurniakan segala hajatnya.
- Barang siapa berzikir dengan dia tiap-tiap hari siang dan malam, insyaAllah disembuhkan pendengarannya daripada penyakit tuli.
- Barang siapa berzikir dengan dia seperti dikatanya ‘Ya Samiik’ 500 kali kemudian daripada sembahyang dhuha pagi-pagi hari Khamis dan lalu berdoa ia akan Allah dan menyebut ia akan hajatnya, insyaAllah diperkenankan doanya dan ditunaikan hajatnya dan jadilah ia mustajab doa.

28. AL BASIIR
- Barang siapa yang membaca Nama ini sebanyak 100 kali di antara sembahyang sunat pertama dan sembahyang fardhu Jumaat, insyaAllah Allah akan memberikannya kemuliaan pada pandangan orang lain terhadapnya.
- Barang siapa mengekali berzikir dengan dia seperti dikatanya, ‘Ya Basiir’ dahulu daripada sembahyang Jumaat atau kemudian daripadanya 100 kali, insyaAllah diterangkan hatinya dan diberi taufik dan dia bagi perkataan dan amal yang soleh.
- Barang siapa berzikir dengan dia 100 kali antara sembahyang sunat subuh dan fardhunya hari Jumaat, insyaAllah mendapat ia akan afiat Allah.
- Barang siapa membanyakkan berzikir dengan dia tiap-tiap hari dan malam, insyaAllah disembuhkan ia daripada daif penglihatan matanya.

29. AL HAKAM
- Barang siapa berzikir dengan dia seperti dikatanya ‘Ya Hakam lepas tengah malam dengan bersuci daripada hadas dan najis dan hadir hati 68 kali, insyaAllah dijadikan hatinya tempat rahsia dan hikmat.
- Barang siapa yang membaca Nama ini berulang kali pada malam hari, insyaAllah banyak rahsia akan diberikan Allah kepadanya.

30. AL ADL
- Pada malam Jumaat, jika anda menulis Nama ini di atas sekeping roti, insyaAllah orang ramai akan mengikut fikiran atau pandangan anda.
- Barang siapa berzikir dengan dia seperti dikatanya ‘Ya Adltiap-tiap lepas sembahyang, 104 kali, insyaAllah hasil baginya mashyur dan banyak keadilan dan tertarik kepadanya segala hati manusia.

- Barang siapa menulis akan dia atas 20 suap dari roti pada hari atau malam Jumaat dan dimakannya akan dia, insyaAllah ditundukkan baginya segala makhluk

No comments:

Post a Comment