Tuesday, January 18, 2011

Indahnya Asma al-Husna..(61-70)

61. AL MUHYI
- Barang siapa yang menanggung beban yang berat dan membaca nama ini sebanyak 7 kali setiap hari, insyaAllah bebannya itu akan diringankan atau terhapus sama sekali.
- Barang siapa seperti dikatanya ‘Ya Muhyi’ 68 kali, insyaAllah diamankan ia daripadanya.
- Barang siapa berzikir dengan dia sebanyak itu tiap-tiap lepas sembahyang lima waktu, insyaAllah dikeluarkan daripada badannya segala penyakit.

62. AL MUMIIT
- Nama ini dibaca berulang kali untuk menghancurkan musuh seseorang.
- Barang siapa membanyakkan berzikir dengan dia ketika hendak tidur seperti dikatanya ‘Ya Mumiit’ 490 kali atau lebih, insyaAllah nafsunya mahu tunduk bagi memperbuat taat.

63. AL HAYY
- Barang siapa yang berulang kali membaca nama ini akan dipanjangkan umurnya.
- Barang siapa berzikir dengan dia seperti dikatanya ‘Ya Hayy’ 300 000 kali, insyaAllah tiada sakit ia selama-lamanya atau sedikit sakitnya.
- Barang siapa memperbanyakkan zikir dengan nama ini sebanyak mungkin, Allah berkenan memberikan penerang hati dengan cahaya tauhid dan iman, sehingga akan selamat dari sifat munafik dan syirik, dengki dan bongkak, iri dan dendam dan sifat-sifat sebangsanya.

64. AL QAYYUUM
- Barang siapa yang membaca nama ini dengan sebutan ‘Ya Qayyuum’ berulang kali, insyaAllah tidak akan menjadi lalai.
- Barang siapa membanyakkan berzikir dengan ‘Ya Qayyuum’ banyak-banyak, insyaAllah dihilangkan daripadanya tidur atau lalai.
- Barang siapa berzikir dengan nama ini yang dahulunya disebut ‘Ya Hayyu-Ya-Qayyuum’ setiap hari siang atau malam 1000 kali, insyaAllah adalah ia menjadi kaya banyak hartanya, diturut orang perkataannya, menjadi berbahagia, hebat, dimuliakan orang, dipeliharakan daripada segala bala dan mudarat, dan daripada orang zalim, dan sampai ia akan martabat yang tinggi. Dengan menggunakan amalan yang demikian itu seperti kata Imam Al Ghazali.
- Barang siapa membanyakkan berzikir dengan nama ini di tengah laut, insyaAllah diamankan ia daripada karam atau tenggelam dalam air. Ini bertepatan dengan maksud sebuah cerita sejarah iaitu “ Dicerikatan bahawa Bani Israel telah menanyakan kepada Nabi Musa a.s tentang Nama Allah ‘Al Aziim’ sewaktu mereka hendak mengharungi Laut Merah. Musa menjawab : Ucapkanlah : Ahiya sarahhiya yakni ‘Hayyu-Ya-Qayyuum’, “Wahai (Tuhan) yang hidup, wahai yang berdiri sendiri”, maka terlepaslah mereka dari bahaya ketenggelaman dan kelemasan.

65. AL WAAJID
- Barang siapa yang membaca ‘Ya Waajid’ berulang kaliakan beroleh kekayaan jiwa.
- Barang siapa berzikir dengan nama ini seperti disebutnya ‘Ya Wajiid’ atas tiap-tiap sesuap dari makanannya, insyaAllah dikuatkan hatinya.

66. AL MAAJID
- Barang siapa yang menyebut nama ini dengan sebutan ‘Ya Maajid’ berulang kali, insyaAllah akan mendapat kemuliaan.
- Barang siapa yang membaca ‘Ya Maajid’ 400 kali pada setiap hari terutama para pelajar, insyaAllah berkat pertolongannya dia akan memperoleh kurnia terang hati, tajam ingatan, cerdas dan otaknya tidak mudah lupa. Disamping itu, si pelajar tersebut perlu belajar dengan tekun dan bersungguh-sungguh sambil berdoa untuk mendapatkan kejayaan.
- Barang siapa mengekali berzikir dengan Nama ini seperti disebutnya ‘Ya Maajid’ 400 kali pada setiap pagi dan petang sampai isyak dan seterusnya, insyaAllah terang hatinya.

67. AL WAAHID
- Barang siapa yang membaca Nama ini berulang kali ketika keseorangan dan pada tempat yang sunyi, insyaAllah akan terselamat dari rasa ketakutan dan khayalan.
- Barang siapa berzikir dennga ndia seperti dikatanya ‘Ya Waahid’ 1000 kali, insyaAllah keluar dari hatinya oleh pergantungan atau takut akan makhluk.
- Barang siapa berumah tangga tetapi belum dikurniakan anak, maka berwiridlah membaca ‘Ya Waahid’ 190 kali setiap selesai sembahyang lima waktu selama sebulan, lebih-lebih lagi kalau disetai dengan puasa sunat Isnin dan Khamis, insyaAllah dikurniakan anak.
Khasiat dan faedah yang boleh ditemui bagi sesiapa yang mengamalkan membaca ‘Ya Ahad’ dalam amal ibadatnya sehari-hari ialah “Barang siapa yang menyebut Nama ini sebanyak 1000 kali, insyaAllah akan dibukakan rahsia kepadanya oleh Allah”.

68. AS SAMAD
- Barang siapa berzikir dengan menyebut ‘Ya Samad’ ketika sahur 125 kali, insyaAllah zahir kebenaran pada hatinya.
- Barang siapa berzikir dengannya tiap-tiap hari 150 kali,insyaAllah kuat kehendaknya dan ditolong atas kebaikan dan tidak merasakan sakit kelaparan.
- Barang siapa berzikir dengan ‘Ya Samad’ berkekalan atau berterusan tiap-tiap hari atau malam pada tempat sunyi daripada manusia 350 kali atau lebih, insyaAllah diluaskan rezekinya dan dipanjangkan umurnya.
- Barang siapa yang berulang kali menyebut ‘Ya Samad’, Allah akan menyediakan keperluannya dan ia tidak perlukan bantuan orang lain, tetapi sebaliknya orang lain akan memerlukannya.
- Barang siapa yang kerapkali membiasakan berzikir dengan‘Ya Samad’ kebetulan orang yang kehilangan sesuatu barang, insyaAllah berkat pertolongan Allah barang yang hilang itu akan diperoleh / ditemui kembali.
- Barang siapa yang membanyakkan berzikir dengan ‘Ya Samad’ sebanyak mungkin, insyaAllah akan luputlah atau hilanglah perasaan marahnya terutama bagi orang yang banyak masalah atau kerumitan hidup.

69. AL QAADIR
- Barang siapa membaca Nama ini dengan sebutan ‘Ya Qaadir’ berulang kali, insyaAllah semua permintaannya akan diterima Allah.
- Barang siapa berzikir dengan Nama ini dengan bacaan ‘Ya Qaadir’ 100 kali atau 200 kali kemudian daripada sembahyang 2 rakaat ketika daif zahir atau batin, insyaAllah ia mendapat kekuatan.
- Bagi sesiapa yang mempunyai cita-cita tinggi dan ingin melihat cita-cita itu tercapai jaya, bacalah ‘Ya Qaadir’ 305 kali setiap hari, insyaAllah maksud dan cita-citanya berhasil. 

70. AL MUQTADIR
- Barang siapa yang membaca Nama ini berulang kali,insyaAllah akan sedar akan kebenaran.
- Barang siapa mengekali berzikir dengan sebutan ‘Ya Muqtadir’ tiap-tiap bangun daripada tidur 100 kali, insyaAllah adalah ia dalam inayah dan petunjuk daripada Allah Taala.
- Barang siapa membanyakkan berzikir membaca ‘Ya Muqtadir’ 554 kali setiap hari, insyaAllah segala hajat dan maksudnya dikabulkan Allah.

No comments:

Post a Comment