91. AD DHAAR
- Barang siapa yang tergolong dalam golongan bawahan, jika mereka membaca Nama ini berulang kali pada malam Jumaat, insyaAllah darjatnya akan ditinggikan oleh Allah.
- Barang siapa berzikir dengan Nama ini seperti dikatanya ‘Ya Dhaar’ tiap-tiap malam Jumaat 100 kali, insyaAllah dihampirkan ia kepada rahmat Allah.
- Apabila seseorang menderita sakit, walhal telah berikhtiar dan berubat dengan pelbagai cara namun tak jua sembuh, disyorkan berzikir fengan Nama ini 1001 kali setiap hari sebagai amalan harian, insyaAllah penyakit yang dihidapi itu akan sembuh dengan izin Allah s.w.t juga.
92. AN NAAFI
- Barang siapa yang membaca Nama ini selama 4 hari seberapa banyak yang boleh, insyaAllah mereka tidak akan ditimpa bencana.
- Barang siapa membanyakkan berzikir dengan Nama ini seperti dikatanya ‘Ya Naafi’ ketika mendapat mudarat, insyaAllah diafiatkan / diselamatkanNya.
- Barang siapa berzikir dengan Nama ini dalam hati ketika berjimak / bersetubuh dengan isterinya, insyaAllah kasih isterinya terhadapnya bertambah mendalam dan diberikan Allah anak yang soleh.
- Sesiapa yang berdukacita dan dijangkiti penyakit, cubalah dan amalkanlah membaca ‘Ya Naafi’, insyaAllah perasaan dukacita akan segera hilang dan jika sakit akan segera sembuh.
93. AN NUUR
- Barang siapa membaca Nama ini berulang kali, insyaAllah akan mendapat cahaya Ilahi dalam dirinya.
- Barang siapa berzikir dengan dia seperti dikatanya ‘Ya Nuur’ tiap-tiap hari, siang atau malam, insyaAllah diterangkan hatinya dan anggotanya.
- Barang siapa berzikir membaca ‘Ya Nuur’ sebanyak 256 kali setiap hari, insyaAllah kita akan memperoleh kurniaNya terang hati dan jiwa untuk makrifat kepada Allah, dan Dia berkenan membukakan mata hati kita hingga memperoleh bashirah hati nurani (ertinya pandangan yang jauh atau akal fikiran yang tajam) berkat khasiat berzikir dengan Nama Allah tersebut.
94. AL HAADI
- Barang siapa yang membaca Nama ini berulang kali, insyaAllah akan beroleh ilmu kerohanian.
- Barang siapa berzikir dengan dia seperti dikatanya ‘Ya Haadi’ tiap-taip hari, siang dan malam atau tiap-tiap lepas sembahyang fardhu 400 kali, insyaAllah dapat petunjuk petolongan, dan terhindar daripada kesukaran.
- Imam Ahmad Ali Albuuni mengatakan, Nama Allah ini adalah lafaz zikir malaikat Israfil. Apabila kita berada dalam kegelapan fikiran, kita baca ‘Ya Haadi ihdinii’, insyaAllah seketika itu juga kita akan memperoleh petunjuk, dan kita dapat kembali ke jalan yang kita lalui tadi. Baik kita tersesat jalan itu di dalam kota besar yang belum pernah kita kenal, mahupun kita berada di hutan yang banyak terdapat beraneka macam binatang yang membahayakan. Inilah senjatanya, iaitu kita membaca ‘Ya Haadi, Ya Haadi, Ya Haadi ... ihdinii’, insyaAllah kita selamat berkat pertolongan zikir dengan Nama Allah ini.
95. AL BADII
- Barang siapa yang membaca Nama ini 70 kali dengan cara berikut, insyaAllah semua kesulitannya akan terhapus. Bacaannya ialah ‘Ya Badii’ us-samawati wal ard (bermaksud Oh, Dialah yang pencipta yang tiada bandingnya di dunia ini dan di alam semesta).
- Barang siapa berzikir dengan dia seperti dikatakan ‘Ya Badii’ 70 000 kali, insyaAllah ditunaikan hajatnya dan ditolakkan daripadanya segala mudarat.
- Barang siapa berzikir dengan dia, insyaAllah memancar-mancar hikmat daripada hatinya atas lidahnya.
96. AL BAAQI
- Barang siapa yang membaca Nama ini 100 kali sebelum matahari terbit, insyaAllah akan terhindar daripada sebarang bencana sepanjang hayatnya, dan akan beroleh keampunan di akhirat kelak.
- Barang siapa berzikir dengan dia seperti dikatanya ‘Ya Baaqi’ 1000 kali, insyaAllah dilepaskan ia daripada dukacita dan kemudaratan.
- Barang siapa tercengang-cengang pada sesuatu pekerjaan betapa ia berbuat, maka berzikir dengan dia 1000 kali antara Madhrib dan Isyak, insyaAllah diberi petunjuk ia kepada yang betul.
- Apabila kita berzikir dengan lafaz ‘Ya Baaqi’ sebanyak yang termampu pada setiap pagi dan petang, siang atau malam, insyaAllah jika kita mempunyai kedudukan tidak mudah jatuh, dan jika kita sebagai pengusaha tidak mudah bankrap. Dan banyak lagi khasiat-khasiatnya yang tidak terkira oleh manusia.
97. AL WAARIS
- Barang siapa membaca Nama ini berulang kali, insyaAllah akan lanjut usianya.
- Barang siapa mengekali berzikir dengan dia seperti dikatanya ‘Ya Waaris’ dahulu daripada timbul matahari tiap-tiap hari 100 kali, insyaAllah tiada memberi mudarat akan dia oleh sesuatu pada jasadnya (anggotanya).
- Barang siapa memperbanyakkan zikir dengan membaca ‘Ya Waaris’ 707 kali tiap-tiap malam walau dimana sahaja berada, insyaAllah akan berhasil dan berjaya segala bidang kehidupan yang diceburinya itu.
98. AR RASYIID
- Barang siapa membaca Nama ini 1000 kali di antara waktu sembahyang Maghrib dan Isyak, insyaAllah kesusahan-kesusahannya akan lenyap.
- Barang siapa mengekali berzikir dengan dia seperti dikatanya ‘Ya Rasyiid’ tiap-tiap lepas sembahyang Isyak 100 kali, insyaAllah diterima segala amalnya.
- Jika kita ingin menjadi orang yang bijak pandai, di samping kuat belajar dan menuntut ilmu pengetahuan dan mengembangkan bakat masing-masing, eloklah bermohon kepada Allah dengan berulang kali berzikir dengan ‘Ya Rasyiid’ sebanyak mungkin, semoga akan berjaya.
99. AS SABUUR
- Barang siapa yang mendapat kesusahan, kesukaran atau berdukacita apabila membaca Nama ini sebanyak 3000 kali, insyaAllah akan diselamatkan daripada kesusahannya.
- Barang siapa berzikir dengan dia seperti dikatanya ‘Ya Sabuur’ sebanyak 100 kali pada tiap-tiap hari dahulu daripada timbul matahari, insyaAllah tiada mengena akan dia oleh bala pada harinya itu.
- Barang siapa membanyakkan berzikir dengan dia, insyaAllah diberi akan dia tingkat kebesaranyang elok.
nota:
Syukran Jazilan kepada pengarang buku dan jurutaip bahan ilmu yang sangat berguna ini. Saya hanya menumpang ilmu dan menyebarkan kepada para sahabat serta anak didik yang lain. Semoga usaha sama ini mendapat keberkatan daripada Allah SWT.
No comments:
Post a Comment