Tuesday, January 18, 2011

Indahnya Asma al-Husna..(11-20)

11. AL MUTAKABBIIR
- Barang siapa yang mengulangi menyebut ‘Ya Mutakabbiir’sebelum menyetubuhi isterinya, insyaAllah akan mengurniakan anak yang sihat dan soleh.
- Barang siapa berzikir dengan dia seperti dikatanya ‘Ya Mutakabbiir’ tiap-tiap hari 662 kali, insyaAllah tunduk baginya segala orang-orang yang takbur dan lulus kelemahan pada mereka itu.

12. AL KHAALIQ`
- Barang siapa yang berulang kali menyebut “Ya Khaaliq`’ ini pada waktu tengah malam, insyaAllah Allah akan mengirimkan malaikat yang menbantunya hidup di jalan yang benar sehingga hari penghakiman. Dengan bantuaan malaikat, mereka sentiasa di atas kebaikan.
- Barang siapa berzikir dengan dia seperti dikatanya ‘Ya Khaaliq`’ waktu tengah malam 731 kali, insyaAllah diterangkan hatinya dan dirinya.
- Barang siapa kehilangan harta atau lama ditinggalkan oleh kekasih, maka berzikir dia dengan ‘Ya Khaaliq`’ 5000 kali, insyaAllah datang dia dengan perintah Allah.

13. AL BAARI`
- Barang siapa berzikir dengan dia seperti dikatanya ‘Ya Baari`’ siang malam, 7 hari berturut-turuttiap-tiap hari 100 kali, insyaAllah selamat ia daripada kebinasaan dan tidak mendapat takut ia di dalam kuburnya.
- Barang siapa berzikir dengan dia pada malam hari 7 malam berturut-turut, tiap-tiap malam 100 kali, insyaAllah dijadikan sembuh segala penyakit dalam tangannya atau yang dihadapinya.

14. AL MUSAWWIR
- Barang siapa mengekali berzikir dengan dia seperti disebutnya ‘Ya Musawwir’ tiap-tiap hari 336 kali atau lebih, insyaAllah menjadi baik segala apa yang dikerjakannya atau diperbuatkan.
- Apabila berzikir dengannya oleh perempuan yang tidak mahu beranak 7 hari berturut-turut puasa dan tiap-tiap hari waktu maghrib sebelum berbuka, berzikir dengan dia 21 kali dan selalu buka puasa dengan minum air, 7 hari itu jangan banyak makan, insyaAllah dirupakan anak dalam rahimnya, dan demikian pula suaminya puasa 3 hari dan berzikir dengan dia waktu hendak berbuka dengan air 21 kali ditiupkan pada air itu dan selalu diminum.
- Barang siapa bertempat pada tempat tidurnya lalu berzikir dengannya 10 kali sebelum membuka aurat dan sebelum bersetubuh dengan isterinya, insyaAllah diberi rezeki akan dia anak yang soleh dengan izin Allah.
- Jika seseorang perempuan yang bakal melahirkan anak, ingin mengelak dari mengalami kesusahan bersalin, berpuasalah 7 hari, dan setiap hari ketika berbuka puasa ia membaca ketiga-tiga Nama ‘Ya Khaaliq’, ‘Ya Baari’ dan ‘Ya Musawwir’ ini sebanyak 21 kali. Hembuskanlah nafas ke dalam segelas air, dan kemudian bukalah puasa dengan air tersebut. Allah akan menolong melahirkan anak tersebut.

15. AL GHAFFAAR
- Barang siapa yang berulang kali membaca ‘Ya Ghaffaar’, insyaAllah akan diampunkan segala kesalahan dan dosanya oleh Allah.
- Barang siapa berzikir dengan dia seperti katanya ‘Ya Ghaffaar’ mengiringi sembahyang Jumaat sebanyak100 kali, insyaAllah zahir baginya bekas keampunan.
- Berkata sesetengah ulama salaf (satu daripada dua golongan Ahlus-Sunnah Wal-Jamaah iaitu golongan ulama-ulama yang hidup jangka masa 300 tahun sesudah Hijrah) seperti katanya. Barang siapa ingin banyak mempunyai harta dan anak, dan diberi berkat pada rezekinya, maka hendaklah membaca ia pada tiap-tiap hari; ‘Astagfirullah Innahu Kana Ghaffaaran’ sebanyak 70 kali, insyaAllah dikabulkan barang yang diingininya itu.

16. AL QAHHAAR
- Barang siapa berzikir dengan dia seperti dikatanya ‘Ya Qahhaar’ tiap-tiap hari dan malam 306 kali atau lebih, insyaAllah keluar dari hatinya cintakan dunia dan kebesaran barang yang lain daripada Allah dan zahir baginya pertolongan atas musuhnya.
- Barang siapa ada baginya hajat lalu berzikir dengan dia 100 kali di dalam rumahnya atau di dalam masjid dan mengangkat akan dua tangannya dan membuka ia akan kepalanya, insyaAllah ditunaikan hajatnya.
- Barang siapa yang berulang kali menyebut nama ini, insyaAllah akan berjiwa besar dan akan menikmati perasaan yang aman damai.
- Nama ini juga jika dibaca berulang kali, insyaAllah akan terhindar dia daripada membuat kejahatan.

17. AL WAHHAAB
- Barang siapa berzikir dengan dia seperti dikatanya ‘Ya Wahhaab’ tiap-tiap hari atau tiap-tiap lepas sembahyang 300 kali atau lebih, insyaAllah hasil baginya kekayaan, kebesaran, kabul dan hebat.
- Barang siapa mengekali berzikir dengan dia pada akhir sujud dhuha 40 kali, insyaAllah dimudahkan baginya kekayaan, hebat dan kabul kepada Allah.
- Barang siapa yang menyebut berulangan nama ini sebanyak 7 kali semasa memohon sesuatu daripada Allah,insyaAllah permohonannya akan dimakbulkan.
- Sesiapa yang berkeinginan atau seseorang yang ditawan oleh musuh atau sesiapa yang tiada memperoleh rezeki yang cukup untuk hidup, sekiranya ia menyebut Nama ini sebanyak 100 kali setiap selepas sembahyang sunat dua rakaat pada tengah malam selama 3 atau 7 malamberturut, dengan hati yang suci,insyaAllah berkenan menunaikan permintaannya.

18. AR RAZZAAQ
- Barang siapa berzikir dengan dia seperti dikatanya 10 kali ‘Ya Razzaaq’ dahulu daripada sembahyang subuh berdiri di sebelah kanan rumah dengan mengadap kiblat dan kemudian berpindah ke sebelah kiri rumah dengan mengadap kiblat dan bacalah ‘Ya Razzaaq’ 10 kali, kemudian berdirilah maju ke depan dan baca lagi lafaz itu sebanyak 10 kali sambil mengadap kiblat, dan yang terakhir mundur semula ke belakang berdiri mengadap kiblat dan baca lagi lafaz “Ya Razzaaq’ 10 kali, insyaAllah luas rezekinya dan rezeki datang tidak disangka-sangka.
- Barang siapa mengekali berzikir dengan dia tiap-tiap hari 308 kali, insyaAllah ditunaikan hajatnya kepada raja-raja dan pemerintah. Dan jika menghendaki akan yang demikian itu, maka berhentilah berbetulkan orang yang dituntut dan berzikir dengan dia 17 kali, insyaAllah ditunaikan hayatnya.
- Barang siapa berzikir dengan dia kefahaman yang mendalam dan sempurna dalam sesuatu perkara.
- Barang siapa yang berulang kali menyebut nama ini, insyaAllah akan dibekalkan kelancaran usahanya oleh Allah.

19. AL FATTAAH
- Barang siapa yang berulang kali menyebut nama ini, InsyaAllah hatinya akan sentiasa terbuka dan diberi kemenangan oleh Allah.
- Barang siapa berzikir dengan dia seperti dikatanya ‘Ya Fattah’ tiap-tiap lepas sembahyang subuh 71 kali, dan di tangannya dihantar di atas dada, insyaAllah bersih dan bercahaya hatinya dan mudah pekerjaannya dan keluar cinta dunia daripada hatinya.

20. AL `ALIIM
- Barang siapa yang berulang kali menyebut Nama ini, insyaAllah hatinya akan disinari cahaya Nur yang suci.
- Barang siapa berzikir dengan dia seperti dikatanya ‘Ya Aliim’ ia akan mendapat ilmu makrifat, kasyaf (ertinya terbuka. Ia dimaksudkan terbuka atau nampak sesuatu yang ghaib melalui pandangan hati, seolah-olah benda yang nampak itu terlihat nyata oleh dua mata. Misalnya, diceritakan bahawa Nabi Muhammad s.a.w nampak mayat Najasyi yang bernama Raja Asyahamah diperlihatkan Allah kepada baginda. Nabi pun sembahyang ghaib ke atas raja itu) dan iman yang sempurna

No comments:

Post a Comment