Saturday, August 28, 2010

Senarai Penerima Hadiah Program Ihya Ramadhan 1431H / 2010M

SENARAI PENERIMA HADIAH GALAKAN : CABARAN QIRAATIL QURAN 30 JUZUK

1. MOHD HAFFIQ FIRDAUS B MOHD ABD RASID 960223035461
2. AHMAD MUSTAKIM B SAARI 960906035647
3. MOHD HANNAN AFIQ B SULAIMAN 960204035343
4. MUHAMAD REDZUAN B MUHAMAD HAZIZI 960921036031
5. MOHD KAMAL KHAIRI B MOHD ISA
6. ADAM B AB HALIM 930328035305
7. MOHD AZWAN HANAFI B MOHD NAWAWI 930205035225
8. NUR AIN BT RAHIM 940614035970
9. NURUL NISHA’ BT KHARUDIN 940624036192
10. SYARIPAH NASUHA BT SYED MAHSIN 941103035236
11. SITI AMINAH BT MAT 960109035564
12. NOOR AMANIE BT ADENAN 960526035696
13. NUR SYAKIRIN BT ROKMAN 960201035962
14. SITI NORIHAN BT MAT HUSIN 960715295008
15. NOOR HIDAYU BT AZHAR 960130035630
16. NOOR DIYANA BT MOHD ALI 960826036236
17. WAN SITI HAZIMAH BT WAN GISIH 961204295262
18. NUR SUZIANA BT ABDULLAH
19. NUR UMIE UMIRAH BT MOHD ZAWAWI 940206035154
20. MAISARAH BT MOHD RAZALI 941230125242
21. NUR HUDA BT ISMAIL 940504035152
22. WAN NUR FATIN HASIFAH BT WAN JAAFAR 961022035080
23. NOR FATIHAH BT MOHD AZNAN 940204035580
24. SAIDATUL NOR AFIQAH BT MOHD ANUAR 970825036030
25. NUR FATINA KAMILA BT HASHIM 960701035598
26. NURMA BT OTHMAN 940418035818
27. NUR ATHIRAH BT ROSDI 940209035168
28. SITI ZAHARAH BT AWANG 941017635416
29. AINUR ATIKAH BT AB AZIZ 940811035136
30. NORIZAWANIEY BT ROSMI ZAWAL 940915035966
31. NUR ADILAH BT AB WAHAB 940804035170
32. SITI NOR DIANA SYAKILA BT MUSTAFA 950636035582
33. NURUL ASMANIDA BT JAMALUDIN 951210035046
34. NUR KHALILAH BT RUZMAN 950307035726
35. FAZIRA BT KAMARUZAMAN 950125036218
36. NUR IZZATI BT MOHD ZIZI 951201035968
37. SITI ROHAYU BT AHMAD RIDZUAN 950529035094
38. ZAWIAH BT JUNOH 950929035878
39. NUR ATHIRAH BT MOHAMED 950228035550
40. RAIHAN BT OTHMAN @ AB RAHIM 950804036164
41. SITI SOFEA NAZIRAH BT ABDULLAH 940422035474
42. NOR ALIA SHAFIKAH BT HAMDAN 951106035214
43. SUNITA SUHAIZA BT MOHD RAZI 950208035966


1. PERTANDINGAN MENCIPTA PUISI ISLAM

SENARAI PEMENANG KATEGORI MENENGAH RENDAH:
TEMPAT PERTAMA : NURUL HUSNA BT SAIDI (1A)
TEMPAT KEDUA : NUR AUNI ATHIRAH BT SHAMSUDIN (1A)
TEMPAT KETIGA : SAIDATUL NOR AFIQAH BT (1A)

SENARAI PEMENANG KATEGORI MENENGAH ATAS:
TEMPAT PERTAMA : MAISARAH BT MOHD RAZALI (4S3)
TEMPAT KEDUA : NOR AINI BT ROSLAN (4S3)
TEMPAT KETIGA : NUR AZIRA BT ABU BAKAR (4A1)

2. PERTANDINGAN REKACIPTA CARTA PENDIDIKAN ISLAM (SEMPENA RAMADHAN 1431H / 2010M

SENARAI PEMENANG KATEGORI MENENGAH RENDAH:

TEMPAT PERTAMA: KUMPULAN (3A)
1. NUR KHALILAH BT RUZMAN
2. NUR FATEN IZZATIE
3. NUR ATHIRAH ABDULLAH
4. NUR IZZATIE BT MOHD ZIZI
5. RAIHAN BT RAHIM

TEMPAT KEDUA : KUMPULAN (1A)
1. SAIDATUL NOR AFIQAH BT
2. ZHARIN AINA BT
3. NOR AKALILI BT
4. NOR SYAFIKAH BT

TEMPAT KETIGA : KUMPULAN (3A)
1. ROSYADEERA BT
2. FATIMA IZURA BT
3. SITI ROHAYU BT AHMAD RIDZUAN
4. ILYA AQILAH BT ZAINUDDIN


SENARAI PEMENANG KATEGORI MENENGAH ATAS:

TEMPAT PERTAMA : KUMPULAN (4A1)
1. NOR AIN BT ARIFFIN
2. NATASYA BT
3. HANIF FATIN
4. SYAHIRA ARIFFIN
5. AZURA BT

TEMPAT KEDUA : KUMPULAN (4S1)
1. NORMA BT
2. NUR ATHIRAH BT ROSDI
3. RAIHANAH BT RAZALI
4. FARHANAH BT

Thursday, August 26, 2010

Mandi Junub..


Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat Islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.

Rukun mandi wajib ada 3 perkara iaitu;
1. niat. 
2. menghilangkan najis di badan.
3. meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. 

Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala.” Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”

Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan.

Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.


Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan , menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.


Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir , meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu-bulu yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu-bulu dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu-bulu di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.


Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.


Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?..
Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.

Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.


Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.


Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.


Mengenai sebab-sebab seseorang itu wajib mandi wajib pula, sebab-sebabnya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak(wiladah) .


Mandi wajib boleh dilakukan di mana-mana dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik.

Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.

Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.
Wallahu'alam. 

Tuesday, August 24, 2010

Keselesaan Tubuh, Jiwa, Hati dan Lisan...

KESELESAAN TUBUH KERANA SEDIKIT MAKANAN

* Makan yang banyak membuatkan pelajar malas belajar, kuat tidur, mudah mendapat penyakit dan sebagainya. Sepatutnya makanan yang diambil mestilah berkadar dengan tugasan yang dibuat. Makanan yang diambil juga perlu seimbang dan berzat. Pelajar juga dinasihatkan tidak mengabaikan untuk makan sayur-sayuran dan buah-buahan.

KESELESAAN JIWA KERANA SEDIKIT DOSA

* Jiwa yang hidup, jika membuat dosa akan terasa resah dan gelisah. Jika banyak  melakukan kebaikan dan mengingati Allah, maka jiwanya akan tenang. Walau bagaimanapun terdapat orang yang bergelumang dengan dosa tidak terasa apa-apa, malah bangga untuk memberitahu orang lain tentang keburukan yang dibuat.

KESELESAAN HATI KERANA SEDIKIT KEINGINAN

* Hati akan selesa jika tidak asyik memikirkan keinginan yang melampau. Keinginan yang melampau kerana nafsu yang besar, inginkan sesuatu yang hebat-hebat seperti pakaian yang berjenama, telefon bimbit yang mahal dan sebagainya walaupun tidak berkemampuan. Pelajar yang berkemampuan pun boleh menjadi sahabat syaitan jika sentiasa membazir dengan membeli sesuatu yang tidak digunakan atau tidak diperlukan.

KESELESAAN LISAN KERANA SEDIKIT BICARA

* Dengan banyak bercakap, maka berkemungkinan akan banyak silap seperti berbohong, mengumpat, mencerca, menyakiti hati kawan dan sebagainya. Kurang bercakap akan mengurangkan ruang untuk melakukan kesilapan. Meskipun demikian, bercakap perkara-perkara yang baik adalah dituntut seperti menasihati orang, menyampaikan ilmu, berdakwah dan sebagainya.

Sama-samalah kita berusaha untuk keselesaan rohani dan jasmani kita....

Contoh Kertas Cadangan : Kursus Pengenalan Ibadat Haji dan Umrah 2010


KERTAS CADANGAN:
KURSUS PENGENALAN IBADAT HAJI DAN UMRAH
ANJURAN:
PERSATUAN AGAMA ISLAM
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PAK BADOL

1.       TAJUK
: KURSUS PENGENALAN IBADAT HAJI DAN UMRAH

2.       OBJEKTIF
1.       Melaksanakan pengajaran dan pembelajaran salah satu daripada sukatan pelajaran Pendidikan Islam tingkatan 4
2.       Melaksanakan salah satu daripada program keagamaan seperti yang dirancangkan
3.       Memantapkan tahap kefahaman pelajar terhadap konsep ibadat haji dan umrah sebagai satu pengenalan
4.       Member pendedahan secara teori dan praktikal secara langsung kepada pelajar
5.       Menarik minat pelajar terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam

3.       RASIONAL
1.       Pelajar perlu diberi pendedahan secara praktikal tentang  ibadat haji dan umrah untuk menanamkan cita-cita menunaikan rukun islam yang kelima.
2.       Pelajar perlu diberi pengalaman belajar sebagai langkah awal untuk melaksanakn tuntutan hai dan umrah.

4.       SASARAN
Semua pelajar tingkatan 4 dan 5 2010

5.       TARIKH PELAKSANAAN
24 hb Mac 2010 (Rabu)

6.       JANGKAMASA
8:00 – 11:00 pagi

7.       TEMPAT
PADANG ASRAMA SMKPB

8.       TENTATIF PROGRAM
08:00 pagi   -  Pelajar berkumpul di padang asrama
08:15 pagi   - Ucapan alu-aluan
09:00 pagi   -  Ceramah ringkas tuntutan ibadat haji dan umrah
10:00 pagi  -  Latihan praktikal ibadat tawaf, saie dan melontar
11:00 pagi   -  Bersurai

9.       JAWATANKUASA
Penasihat    -  Tn Hj Mohd hamdi bin Awang (Pengetua Kanan SMKPB)
Pengerusi    -  Tn Hj Supi bin Hussain (PK Pentadbiran)
Timbalan Pengerusi – En Noor hadif bin Isa (PK HEM)
Naib Pengerusi  -  En Mohd Rusli @ Azam bin Mohd Zain (PK Ko)
Penyelaras  - Pn Mahani bt Ismail (GK Sains Sosial)
Setiausaha  -  Ustazah Razana bt Hj Othman
Bendahari  - Ustazah Rosmah bt Sidik

AJK:
Persiapan tempat  -  Ustaz Hj Mohd Yusoff bin Muda / Guru Bertugas
Persegaran  - Ustazah Maizan binti Ismail / Ustazah Hjh Saadiah bt Mohd Saleh
Kawalan Disiplin  - En Mohd Sani bin Awang Mat / Ustazah Zaleha bt Esa / Ustaz Muhammad bin Yahya

Buku program  - Ustazah Razana bt Hj Othman
                       
10.    ANGGARAN PERBELANJAAN
1.       Minuman pelajar 450 orang x RM1.00                =  RM 450.00
2.       Saguhati penceramah 1 x RM200.00                    = RM 200.00
3.       Hadiah Kuiz   (50 x RM2.00)                                    = RM100.00
4.       Banner                                                                        = RM 150.00
5.       Kain Ihram                                                                  = RM 100.00

JUMLAH                                                                         RM 1000.00
(Ringgit : Satu Ribu Sahaja)

11.    SUMBER KEWANGAN
1.       Peruntukan Wang Kegiatan Agama                    =   RM 1000.00


  JUMLAH                                                                     RM 1000.00
(Ringgit : Satu Ribu Sahaja)

12.    PENUTUP








Disediakan oleh;


(HJH RAZANA BT HJ OTHMAN)
Setiausaha Kursua Pengenalan Ibadat Haji dan Umrah.
Diharapkan program ini dapat menarik minat para pelajar untuk meminati matapelajaran Pendidikan Islam dan seterusnya dapat menanamkan cita-cita untyuk menunaikan rukun Islam yang ke-5 (menunaikan haji ke Baitullah)

Thursday, August 19, 2010

Majlis Berbuka Puasa 1431H / 2010

MAJLIS BERBUKA PUASA
PEMIMPIN BERSAMA GURU, PELAJAR DAN IBU BAPA

TARIKH:
19 Ogos 2010M /
9 Ramadhan 1431H

MASA :
5.00 petang - 10.00 malam

TEMPAT :
Sekolah Menengah Kebangsaan Pak Badol,
Bachok,16400, Melor,
Kota Bharu,Kelantan


PENDAHULUAN
Bismillahirahmanirrahim. Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana Sekolah Menengah Kebangsaan Pak Badol telah dipilih untuk mengadakan Majlis Berbuka Puasa Pemimpin Bersama Guru, Pelajar dan Ibu Bapa pada tahun ini buat julung kalinya. Program ini bertujuan menjalinkan ikatan silaturrahim antara pemimpin dan masyarakat setempat sempena bulan yang penuh dengan keberkatan ini.

RASIONAL
• Mengeratkan silaturahim antara pemimpin dan rakyat
• Memanfaatkan bulan Ramadhan dengan aktiviti yang mulia

OBJEKTIF
• Untuk mengukuhkan ukhuwah Islamiah sesama umat Islam
• Untuk melahirkan rasa syukur kerana dapat hidup aman dan harmoni di negara Malaysia yang tercinta.
• Menzahirkan rasa kehambaan kepada Pencipta dengan mengamalkan amalan mulia di bulan Ramadhan Al-Mubarak.
• Memberi suntikan motivasi kepada pelajar, guru serta ibu bapa untuk terus berusaha demi membangunkan modal insan


ATUR CARA MAJLIS
5.00ptg : Ketibaan Para Jemputan
5.15ptg : Ketibaan VVIP
5.30ptg : Tazkirah
Oleh Ustaz Amran bin Mamat
(Penolong Pengarah, Ketua Unit Pengurusan Institusi
Pendidikan Agama)

- Ucapan Khas Oleh YB Dato' Sri Mustapa bin Mohamed
( Menteri Perindustrian dan Perdagangan Antarabangsa)

- Penyampaian Sumbangan

- Bacaan Yasin dan Tahlil
Oleh Ustaz Rasidi bin Yasin
(Penolong Pengarah, Ketua Unit Operasi Dakwah JPN)

7.25: Berbuka puasa / Solat Maghrib
Imam : Ustaz Mohammad bin Yahya

Solat Isyak dan Solat Terawih
Imam : Ustaz Syamsudin bin Ibrahim (Penolong Pengarah : Pengembangan Syiar Islam JPN) Bilal : Ustaz Mohd Zain bin Yacob
(Penyelia Pelajaran Kanan (Pendidikan Islam)

9.45mlm : Moreh dan bersurai

JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi : YABrs. TN HJ HUSSAIN BIN AWANG
( Pengarah Pelajaran Kelantan)
Timbalan Pengerusi : YBrs. TN HJ ZAHARI BIN DAUD
(Timbalan Pengarah Pelajaran Kelantan)
Setiausaha: YBrs.TN HJ SAUPI BIN MAJID
(Pegawai Pelajaran Daerah, Bachok)

Penolong Setiausaha : YBrs. TN HJ SUPI BIN HUSSAIN
(Penolong Kanan Pentadbiran SMK Pak Badol)

Ahli Jawatankuasa: YBrs.TN HJ ABDUL AZIZ BIN ABDULLAH
(Ketua Sektor : Sektor Pengurusan Sekolah)

YBrs.EN ANUAR BIN HJ TALIB
(Ketua Sektor: Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan)

YBrs.TN HJ MOHD ADNAN BIN MOHD NOOR
(Ketua Sektor: Sektor Pengurusan Akademik)

YBrs.TN HJ ISMAIL BIN AB. WAHAB
(Ketua Sektor: Sektor Pengurursan Pembangunan Kemanusiaan)

YBrs.TN. HJ. AB. RAZAK BIN MAT SAAT
(Ketua Sektor: Sektor Pendidikan Islam)

YBrs.TN HJ JAAFAR BIN ISMAIL
( Ketua Sektor : Sektor Penilaian dan Peperiksaan)

YBrs.TN HJ NASRUDDIN BIN TALIB
(Ketua Sektor : Sektor Pendidikan Khas dan Pendidikan Swasta)

YBrs.TN HJ SEPIAN BIN NOR
(Ketua Sektor : Sektor Jaminan Kualiti)

YBrs.PN HJH NORIZAN BT HJ MOHAMED
(Ketua Sektor: Sektor ICT)

YBrs.TN HJ AHMAD TERMIZI BIN HJ MUSA
(Ketua Sektor: Sektor Psikologi & Kaunseling)


JAWATANKUASA KERJA
Pengerusi: Tn Hj Supi bin Hussain (PK Pentadbiran)

Timbalan Pengerus I : En Noor Hadif b Isa (PK-HEM)

Timbalan Pengerus II: Tn Hj Ruslee @ Ahmad Azam b Md Zin (PK KO)

Setiausaha : Ustaz Mohammad bin Yahya

Protokol :Tn Hj Abdul Aziz bin Abdullah (Ketua Sektor Pengurusan Sekolah) /Tn Hj Saupi bin Majid (Pegawai Pelajaran Daerah Bachok) /En.Ab. Aziz bin ohd Zain(Pegawai Perhubungan JPN)/ En. Mohd Razali bin Setapa (Pegawai Perhubungan JPN) / Pn Che Hanuni bt Che Ali (Pegawai perhubungan JPN) Tn Hj Supi bin Hussain / Pn Hjh Faezah binti Mohd Yusoff / Pn Mahani binti Ismail

Jemputan / Sumbangan Khas:Pn. Norma binti Mohd Yusof / Cik Nor Hanim binti Mustafa/ Cik Zuriddah bt Ishak / Cik Rasdiana bt Nazar / En Mohd Razi bin Ismail / En Che Ibrahim bin Che Mat

Persiapan Tempat / Hiasan Pentas : En. Zulkifly bin Awang (K) En Mohd Zain bin Yaacob / En Aziz bin Onn / Pn. Maria Shuirani binti Awang / Pn Nik Roslina binti Nik Kob / Pn Mek Suhailina binti Mohd Sharif / Pn Rose Elina binti Ibrahim / Pn Fazlina binti Yaacob / Pn Rosmaniza binti Ismail
Persediaan Khemah : En. Mohd Azam b. Mohd Isa / En Ahmad bin Md Hassan / En Mohd Izani bin Ismail

Peralatan : En Jafri bin Jaffar (K) En Marzuki bin Razali / En Hasyim bin Derahman
Siaraya / Lampu : En. Ismail bin Hussin (K) En Razali bin Mat /En Muhammad Yani bin Yusoff/ En Din bin Mahmod
Parkir : RELA / Pengawal Keselamatan / En Yusof bin Mohamad / Kadet Polis
Kawalan Disiplin : En Zainuddin bin Mohd Noh / Tn Hj Abu Kari bin Manaf / Pn Hjh Mashitah binti Che Ayub / Pn Hjh Noraini binti Ismail
Kain Rentang : En Abdullah b Ab Salam

Persegaran : Pn Siti Rokiah bt Hj Daud (K) / Pn Hjh Ruhana binti Ab Rahman / Pn Hjh Rusmawati binti Yasim / Pn Huslina binti Hussain @Isa / Pn Maizan binti Ismail / Pn Maryani binti Yusoff / Pn Nor Azita binti Kadir / Pn Nor Hayati binti Mohd Nor / Pn Nazipah binti Harun / Pn Noraini binti Md Isa / Pn Nur Hasmani binti Mohd Alwi / Pn Shamsuria binti Yusoff / / Pn Hjh Wan Bedah binti Wan Yusoff (K) / Pn Nur Zailani binti Ismail / Pn Hjh Raja Hapisah binti Raja Yusof / Pn Raihana binti Monil / Pn Rokiah binti Ismail / Pn Salmee binti Ishak / Pn Hjh Siti Sarwani binti Zakaria / Pn Robaha binti Abdullah / Pn Hjh Saadiah binti Mohd Saleh / Pn Hjh Tuan Som binti Tuan Muda / Pn Zubidah binti Majid / Pn Nor Hayati binti Mahmod / Pn Ruhani binti Muhammad / Pn Zahariah binti Mohd Razali / Pn Zaleha binti Esa / Pn Marsilah binti Mat Saman/ Pn Hjh Hasnah binti Che Wan/ Pn Noraini binti Abdullah / Pn Nor Azmamurni binti Aminuddin / Pn Che Arijan binti Che Ghani /Pn Nazariah binti Nawi /Pn Hasmoh binti Ismail / Pn Rosmawati bt Deraman /Pn Azmah binti Mustafa / Pn Khalijah binti Awang

Kebersihan :Tn Hj Mustafa bin Ibrahim / En Azmi bin Awang /En Amat bin Abdullah / En Mohd Rafi b Yunus / En zulkifli b Yusof / En Abdullah bin Jenal/ En Wan Mohd Tajeri bin Wan Ibrahim / En Zulta bin Ayub Daud

Buku Program : Pn Hjh Razana bt Hj Othman /Pn Rosmah bt Sidik /Pn Nor Fadhilah bt Abdullah / En Wan Omar bin Che Yaacob
Rakaman : En Mohd Akmal bin Sedek
Pengacara Majlis : En Mohd Sani bin Awang Mat / En Azmi bin Awang



SENARAI PENERIMA SUMBANGAN KHAS
1. NORSYAHIRA BINTI MOHD SUKRI)
2. NOOR SYAAHIRA NATASYA BINTI MOHD THANI
3. SITI NOR SAHIRA NOR AISAH BINTI MUSTAFFA
4. NOR AUNI ATIRAH BT SHAMSUDIN
5. NOR SYAFIQAH BT MOHD NOR
6. ERNA KARTIKA BT AHMAD
7. NOR AIN SYAHIRAH BT AHMAD BAKHRUDDIN
8. NOR EMILYLYA FARHANA BT ISMAIL
9. SITI NOR AIDA BINTI ABDUL RAHIM
10. NUR SHELLY AMIRA BINTI KAMARUZAMAN
11. NURUL HIDAYAH BINTI ZAKARIA
12. SITI AMINAH BINTI MAT
13. NURUL HUSNA BINTI NIK SHAHARULAZWAR
14. SHAHRUL NIZAM BIN ISMAIL
15. NUR FATINA KAMILA BT HASHIM
16. WAN SITI HAZIMAH BT WAN GISIH
17. NIK MUHAMMAD HUSNUN ZAIM BIN NIK ABDULLAH
18. MUHAMMAD KHAIRI BIN YUSRI
19. MOHAMAD HAFFIQ FIRDAUS BIN MOHAMAD ABD RASID
20. HURUN AIN BT NAT HASIM
21. MOHAMMAD FIRDAUS BIN RAKBI
22. NUR ATIKAH NADIA BT KAMARUDDIN
23. IYLIA AQILAH BT ZAINUDDIN
24. SITI NOR ASIAH BT ANUAR
25. NUR SYAKIELA SUZIEANA BT MAHMAD JAKI
26. NUR HIDAYAH BT GHANI
27. SITI HAJAR BT NIK SHAHARULAZWAR
28. NOR HANIS BT MOHAMAD FOUZI
29. ROSYADEERA BT ROSDI SYAM
30. SITI ROHAYU BT AHMAD RIDZUAN
31. SITI RAIHANAH BT RAZALI
32. NUR ATHIRAH BT MOHD ROSDI
33. NOR HIDAYU BT KAMRUZAMAN
34. CIK SITI NOOR ALINA BT CHE ALADIN
35. SITI NOR SUHAILA BT JOHARI
36. NUR UMIE UMIRAH BT MOHD ZAWAWI
37. NUR AYUNNI BT ABDULLAH
38. NOR SHAMIMI BT MOHD SHUKRI
39. NOR FAZLINA BT NAWAWI
40. ZAILY ASMA BT SHAMSUL AZHAR
41. NOR LAILI BT ISMAIL
42. MAITHASA SYUHADA BT ADNAN
43. RUSMIATI BT AHMAD SOBRI
44. NURUL ASMAT SABIHA BT DZOHARI
45. NUR SILAH BT MYIDIN
46. NUR HAZWANI BT ABU BAKAR
47. NOOR YUSMALIANA AUNI BT IDRIS
48. SITI NUR JANNAH BT MOHAMED SUDIN@FAUZI
49. AHMED AZIMIN B YUSOFF
50. NORZIAH BT MUHAMAD


RENUNGAN
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuni segala dosanya yang lalu”. (Riwayat al-Nasaie, Ibn majah dan al-Baihaqi)


Abu Said al-Khudri (r.a) meriwayatkan,Rasulullah SAW bersabda: “ Setiap hari siang dan malam pada bulan Ramadhan, Allah SWT membebaskan begitu banyak sekali ruh daripada api neraka. Dan pada setiap orang Islam, pada setiap hari siang dan malam doanya pasti akan diterima.”

Ubadah bin Somit meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika bulan Ramdhan hampir menjelang: “ Telah datang padamu bulan Ramadhan dimana Allah SWT melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan daripada kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan dari rahmat Allah pada bulan ini.”



SEKALUNG PENGHARGAAN
Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa
MAJLIS BERBUKA PUASA PEMIMPIN BERSAMA GURU, PELAJAR
DAN IBU BAPA
dengan sukacitanya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan
dan terima kasih
kepada

YB DATO’ SRI MUSTAPA BIN MOHAMED
(Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan)
JABATAN PELAJARAN NEGERI KELANTAN
PEJABAT PELAJARAN DAERAH, BACHOK
UMNO BAHAGIAN BACHOK
UMNO BAHAGIAN PASIR PUTEH
UMNO BAHAGIAN KETEREH
KADA
RELA
SEMUA GURU, KAKITANGAN DAN PELAJAR SMK PAK BADOL
serta
semua yang terlibat memberikan sumbangan secara langsung atau tidak langsung bagi menjayakan program ini


Selamat Berbuka Puasa.....semoga mendapat kesempurnaan dalam ibadat puasa.

Wednesday, August 18, 2010

Contoh Kertas Cadangan : Program Ihya' Ramadhan 1431H / 2010M

1. TAJUK :
PROGRAM IHYA’ RAMADHAN 1431H DAN MAJLIS KHATAM AL-QURAN

2. OBJEKTIF
1. Membudayakan penghayatan dalam ibadat berpuasa di bulan Ramadhan
2. Menyemarakkan rasa cinta dan menjunjungntinggi ajaran Islam yang disarankan oleh al-Quran
3. Menyuburkan budaya membaca al-Quran selaras dengan saranan Rasulullah SAW.

3. RASIONAL
1. Pelajar perlu diberi pendedahan dan pengalaman menghidupkan bulan Ramadhan secara amali / praktikal.
2. Pelajar perlu dberi peluang untuk menunjukkan penghayatan mereka terhadap ajaran Islam.

4. SASARAN Semua pelajar dan guru SMKPB

5. JANGKAMASA / TARIKH PELAKSANAAN
11 Ogos 2010 – 1 September 2010M bersamaan
1 Ramadhan 1431H – 22 Ramadhan 1431H

6. AKTIVITI PROGRAM IHYA’ RAMADHAN :
1. Ceramah (15 Ogos 2010 /5 Ramadhan 1431H)
2. Tadaarus al-Quran (seperti lampiran aktiviti)
3. Majlis Khatam al-Quran (22 Ramadhan 1431H / 1 September 2010M) – (tentatif dilampirkan)

7. TEMPAT
1. Musolla SMKPB (Program Tadaarus al-Quran)
2. Dataran Kejat (Program Ceramah dan Majlis Khatam al-Quran)

8. KAEDAH PELAKSANAAN
1. Program Tadaarus al-Quran bermula pada 1 Ramadhan 1431H seawal 7:30 hingga 9:00 pagi mengikut tingkatan yang dijadualkan.
2. Setiap tingkatan akan menghadiri program Tadaarus al-quran secara bergilir-gilir mengikut tingkatan sepeprti yang dijadualkan
3. Semua pelajar diwajibkan mengikuti program tadaarus al-Quran pada waktu yang ditetapkan mengikut tingkatan seperti yang dijadualkan.
4. Setiap hari, sekurang-kurangnya 2 Juzuk dihabiskan dalam program Tadaarus.
5. Adalah diharapkan program tadaarus ini berjaya dilaksanakan sehingga juzuk yang ke 30.
6. Pada 22 Ramadhan 1431H, Majlis Khatam al-Quran akan diadakan di Dataran Kejat.
7. Pada majlis Khatam al-Quran, guru pembimbing akan mengetuai bacaan ayat-ayat suci al-Quran dan diikuti oleh semua warga sekolah sehingga selesai.
8. Bacaan doa khatam al-Quran
9. Majlis diakhiri dengan bacaan selawat beramai-ramai.

9. JAWATANKUASA
Penasihat : Tn Hj Supi bin Hussain
Pengerusi : En Noor hadif bin Isa
Naib Pengerusi : Tn Hj Roslee @ Ahmad Azam bin Mohd Zin
Penyelaras : Pn Mahani binti Ismail
Setiausaha : Ustaz Mohammad bin Yahya
Penolong Setiausaha : Ustazah Razana bt Hj Othman
Bendahari : Ustazah Rosmah bt Sidik
AJK Program Tadaarus : Semua Guru Pendidikan Islam (GPI)
Kawalan Disiplin : Guru Matapelajaran Waktu Pertama dan Kedua (7:40 – 9:00pagi)
Guru pembimbing majlis Khatam al-Quran : Ustaz Mohammad bin Yahya
Pengacara Majlis : Ustazah Rosmah binti Sidik
Persiapan Tempat : Ustazah Hjh Saadiah binti Mohd Saleh
Pengurus Peserta / Hadiah : Ustazah Maryani binti Yusof / Ustazah Maizan binti Ismail / Ustazah Zaleha binti Esa / Ustazah Hjh Siti Sarwani binti Zakaria.
Buku Program : Ustazah Hjh Siti Sarwani bt Zakaria

10. ANGGARAN PERBELANJAAN
1. Cenderahati majlis Khatam (Kad Yasin) :
RM1.20 x 1200 = RM1440.00
2. Bunga Telur :
RM2.50 x 100 = RM250.00
3. Banner : RM200 x 1= RM200
4. Perbelanjaan Pelbagai = RM100.00

JUMLAH : RM 1990.00
(Ringgit Malaysia : Satu Ribu Sembilan Ratus Sembilan Puluh Sahaja.

11. SUMBER KEWANGAN
1. Akaun Kegiatan Agama RM1790.00
2. Sumbangan PIBG RM 200.00

JUMLAH : RM1990.00
(Ringgit Malaysia: Satu Ribu Sembilan Ratus Sembilan Puluh Sahaja.)

12. HARAPAN
Adalah diharapkan program seumpama ini dapat dilaksanakan dan diteruskan bagi memastikan para pelajar SMK Pak Badol khususnya mendapat pengalaman Ihya’ Ramadhan yang sepatutnya. Semoga program seperti ini mendapat sokongan moral dan material daripada semua pihak.



Disediakan oleh;

…………………………………
(USTAZAH HJH RAZANA BT HJ OTHMAN)
Penolong Setiausaha Program Ihya’ Ramadhan 1431H

Monday, August 16, 2010

Program Ihya' Ramadhan 1431H...

PROGRAM IHYA’ RAMADHAN 1431H / 2010M
1. Pertandingan Menulis Puisi Sempena Ramadhan al-Mubarak. (Kategori Men. Atas / Men. Rendah) : Kategori Individu
Syarat-syarat pertandingan:
a) Mesti menepati tema berkaitan dengan Ramadhan dan kecintaan kepada Allah
b) Hasil ciptaan sendiri.
c) Puisi yang hendak dihantar mestilah ditulis atau ditampal di atas kertas manila kad / kertas hitam
d) Pemenang dikira berdasarkan hasil nukilan dan persembahan yang kreatif.
e) Tarikh tutup pertandingan: 25 Ogos 2010

2. Pertandingan reka-cipta Carta Pendidikan Islam bertemakan Ramadhan al-Mubarak. (Kategori Berkumpulan antara 3 – 5 orang)
Syarat-syarat pertandingan:
a) Penyertaan adalah terbuka kepada semua pelajar SMKPB
b) Penyertaan dibenarkan sama ada secara individu atau secara berkumpulan.
c) Setiap penyertaan mestilah bertemakan Ramadhan / berkaitan dengan puasa.
d) Saiz penyertaan : Saiz manila kad (kertas hitam dibenarkan)
e) Tarikh akhir : 22 Ogos 2010

3. Cabaran Qiraatil Quran 30 Juzuk Terbuka.
Syarat-syarat menyertai cabaran:
a) Boleh membaca al-Quran dengan baik
b) Peserta yang berminat hendaklah mendaftarkan diri kepada guru pendidikan Islam masing-masing. Hanya pelajar yang mendaftar awal sahaja akan dipantau dan layak dipilih untuk Majlis Khatam al-Quran
c) Peserta akan dipantau bacaan oleh guru PAI masing-masing.
d) Para peserta diwajibkan mengkhatamkan sekurang-kurangnya 30 Juzuk al-Quran sebelum atau pada 26 Ogos 2010.

4. Program Tadaarus al-Quran
Modul Operandi program:
a) Semua pelajar diminta menghadiri program tadaarus di Musolla seperti yang telah dijadualkan.
b) Semua pelajar boleh merujuk jadual program Tadaarus al-Quran yang ditampal di papan kenyataan bilik guru dan di Musolla
c) Di Musolla, semua pelajar dikehendaki segera mengambil wuduk (atau dinasihatkan berwudhuk dari rumah).
d) Para pelajar duduk dalam kumpulan dan memulakan tadaarus al-Quran seperti yang dipandukan oleh guru pembimbing tadaarus.
e) Semua pelajar diwajibkan menghormati program tadaarus untuk menjamin keberkatan dan kemuliaan al-Quran.

5. Tazkirah Ramadhan
a) Tazkirah Ramadhan diadakan pada setiap pagi Ahad (dalam perhimpunan rasmi sekolah)
b)Risalah Ramadhan akan diedarkan dari semasa ke semasa sepanjang Ramadhan

Semoga kita semua mendapat keberkatan dari setiap kebaikan yang kita lakukan. Amin.

Nota: Hadiah istimewa berserta sijil penyertaan disediakan kepada para pemenang

Friday, August 13, 2010

Berbaktilah kepada orangtua kita...

Nabi Sulaiman adalah anak kepada Nabi Daud A.S. Sejak kecil lagi Nabi Sulaiman sudah pandai memberi pendapat yang adil dalam satu-satu hal. Setelah wafatnya Nabi Daud, Nabi Sulaiman membesarkan kerajaan di bawah pimpinannya. Pada suatu hari, Nabi Sulaiman mengadakan perjalanan bersama rombongannya yang terdiri daripada manusia dan jin. Tujuannya adalah untuk melihat kebesaran Allah S.W.T.

Perjalanan mereka pun tiba di tepi laut, tiba-tiba Nabi Sulaiman terpandang suatu benda yang menakjubkan di dalam laut. Dia memerintahkan pada jin Ifrit, “Wahai Ifrit, cuba kamu lihat ke dalam laut, ada suatu benda yang menakjubkan aku, oleh itu kamu bawakan ia kemari”. Jin Ifrit yang sememangnya gagah tak banyak bercakap kerana takut akan murka Nabi Sulaiman dan terus menyelam ke dasar laut, namun dia tidak berjumpa apa-apa.

Kemudian Nabi Sulaiman menyuruh jin yang lain menyelam untuk mendapatkan benda terbabit, namun malangnya jin tersebut pun gagal berbuat demikian. Akhirnya Nabi Sulaiman pun berkata kepada Ashif bin Barkhiya, yakni oraang yang mendapat ilmu terus dari Allah, “Sekarang aku perintahkan kepadamu agar pergi ke laut dan dapatkan benda ajaib yang aku maksudkan”. Ashif bin Barkhiya pun menyelam dan terlihat suatu benda yang menyerupai kubah yang diperbuat dari kapur putih.

Dengan kekuatan yang luar biasa, Ashif bin Barkhiya membawa naik kubah ajaib tersebut dari dasar laut dan mempersembahkan kepada Nabi Sulaiman. Apabila Nabi Sulaiman melihat kubah itu dan berkata, “Wah, alangkah indahnya benda ini, tapi mengapakah aku tidak dapat melihat isi kandungan dalam benda ini padahal Allah telah memberikan mukjizat yang mana penglihatanku dapat menembusi segala sesuatu”.

Nabi Sulaiman pun berdoa kepada Allah supaya dia dapat melihat isi di dalam kubah berkenaan dan Allah memperkenankan doanya. Sejurus selepas berdoa, maka terbukalah kubah tersebut dan Nabi Sulaiman melihat ada seorang pemuda yang sedang sujud dan bertasbih memuji Allah. Nabi Sulaiman lalu berkata, “Maha suci Allah lagi Maha Besar”. Mendengar seruan Nabi Sulaiman, maka pemuda itu pun bangun dari sujud lalu memberi salam.

Nabi Sulaiman menjawab salam dan memulakan pertanyaan, “Siapakah kamu wahai pemuda! Adakah kamu malaikat, jin atau pu manusia?” Jawab pemuda itu, “Aku hanyalah seorang manusia biasa”. Nabi Sulaiman bertanya lagi, “Apakah yang membuat kamu memperolehi kemuliaan sedemikian rupa? Apakah amal yang pernah engkau kamu lakukan sehingga Allah menurunkan rahmat dan berkah yang tidak ternilai ini kepada kamu?” Pemuda itu berkata, “Saya berbakti kepada kedua ayah dan ibuku”.

Nabi Sulaiman bertanya lagi, “Bagaimanakah kamu berbakti kepada orang tuamu?” Jawab pemuda itu, “Saya memelihara mereka berdua sehingga mereka lanjut usia. Kedua ayah dan ibuku adalah orang yang soleh, mereka sangat takut dan taat kepada Allah. Sejak saya kecil hingga dewasa, mereka memelihara saya dengan baik sekali, mereka juga selalu mendoakan saya agar saya menjadi seorang yang soleh. Bapa saya meninggal dunia dalam usia lanjut dalam pemeliharaan saya dan yang tinggal hanya ibu saya yang sudah tua, lemah dan sakit serta matanya buta dan kakinya lumpuh”.

Sambung pemuda itu lagi, “Saya satu-satunya orang yang merawat dan menguruskan keperluannya. Saya selalu mengangkatnya untuk mandi dan saya memandikannya. Segala urusan makan dan minum saya uruskan dan saylah yang menyuap makanan padanya. Ibu saya selalu mendoakan supaya saya dikurniakan ketenangan dan kepuasan dalam hidup serta memberikan saya setelah wafatnya sebuah tempat yang bukan di dunia atau pun di langit. Setelah ibu saya wafat, saya berjalan-jalan di tepi laut dan saya lihat ada suatu kubah dari mutiara. Saya mendekati kubat tersebut dan pintu kubah terbuka. Apabila saya masuk ke dalam, pintu kubah ini tertutup, maka tidaklah saya ketahui sama ada saya berada di bumi atau langit”.

Nabi Sulaiman bertanya, “Kamu hidup di zaman mana?” Pemuda itu menjawab, “Saya hidup di zaman Nabi Ibrahim A.S”. Nabi Sulaiman mengirakan umur pemuda tersebut dan dalam kiraannya umur pemuda itu telah mencapai 14,000 tahun, tetapi tiada satu uban pun pada rambutnya. Nabi Sulaiman lalu bertanya, “Apakah tuan merasakan nikmat Allah? Bagaimana Allah memberikan rezeki padamu dalam kubah ini?” Pemuda itu berkata, “Setelah saya berada di dalam kubah ini, maka tahulah saya bahawa Allah telah menciptakan syurga khusus buat saya”.

Nabi Sulaiman teringin sangat melihat syurga yang pemuda itu katakan. Kemudian pemuda itu pun berdoa kepada Allah lalu susana di dalam kubah yang gelap tiba-tiba bertukar menjadi terang-benderang. Terkejut Nabi Sulaiman sambil berkata, “Maha suci Allah seru sekian alam”. Satu pemandangan yang tak ada di dunia ini terpampang di hadapan Nabi Sulaiman dan rombongannya di mana terdapat pokok-pokok, kebun yang indah, kolam air susu dan madu serta suara-suara yang merdu di dalamnya.

Pemuda itu berkata, “Jika saya lapar, saya makan bermacam-macam buah-buahan yang pelbagai macam cita rasa, semua makanan yang saya ingin akan tersedia dan kalau saya haus, akan tersedia pula bermacam-macam jenis minuman yang paling lazat”. Nabi Sulaiman bertanya lagi, “bagaimana kamu dapat mengetahui siang atau malam?” Jawab pemuda itu, “Apabila terbit fajar maka kubah ini akan menjadi putih dan apabila matahi terbenam kubah ini akan menjadi gelap”. Kata pemuda itu lagi, “Cukuplah, sebab saat ini saya harus mengadap kembali pada Allah untuk solat dan zikir, bertasbih dan mengsucikan serta memuji kebesaranNya”.

Nabi Sulaiman dan rombongannya segera keluar dari kubah tersebut dan pemuda itu berdoa kepada Allah, lalu tertutuplah kembali kubah itu. Nabi Sulaiman termenung sejenak memikirkan peristiwa yang dilihatnya sebentar tadi dan mengarahkan Ashif bin Barkhiya untuk membawa kubah tersebut kembali ke dalam laut di tempat asalnya. Setelah itu Nabi Sulaiman berkata kepada rombongannya, “Untuk pertama kali aku menjumpai tanda-tanda kebesaran dan keagungan Allah, aku bersyukur kepada Allah dan semoga bertambah iman dalam sanubariku. Maha suci Allah dan segala puji bagi Allah dan aku bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah, Allah Maha Besar dan tiada daya dan kekuatan apa pun di dunia ini melainkan dengan kehendak Allah S.W.T”.


Kepada semua pembaca, kasihlah kepada ibu bapa kita sementara mereka masih ada di dunia dan kasihanilah mereka seperti mana mereka mengasihani kita sewaktu kecil. Fikirlah sejenak, apakah sumbangan kita terhadap keduanya? Apakah sudah cukup kasih sayang dan perhatian kita untuk mereka? Sudah cukupkah bakti yang kita lakukan semasa usia mereka lanjut dimamah usia? Adakah kita ini tergolong dari golongan yang berbakti kepada ibu bapa? Bersama kita renungkan dan kita amalkan, insyaAllah. Ingatlah, doa ibu bapa terhadap anaknya adalah mujarab dan tiada hijab antaranya dengan Allah.

sumber: Kisah Teladan

Monday, August 9, 2010

Andai Kau Tahu....

Andai kau tahu,

Ada segunung harapan didada guru,

Ada sejuta semangat dalam langkah guru,

Ada selangit impian dalam mimpi guru,

Untuk kau berjaya.


Andai kau tahu,

Dalam diam guru, berombak selaut resah,

Dalam tawa guru, berderai seluas-luas gelisah,

Dalam bicara guru, beruntai seribu doa dan pasrah,

Agar kau berjaya.


Andai kau tahu,

Guru juga punya perasaan,

Bukan cuma punya impian.

Andai kau tahu,

Guru hanya manusia biasa,

bukan Malaikat, apa lagi Tuhan

Andai kau tahu,

Sayang guru tiada sedikitpun rasa dendam,

Marah guru lantaran masihnya ada rasa sayang,

Rajuk guru kerana mohon pengertian

Tindakan guru kerana itulah cara didikan agar kau cemerlang,

agar kau punya cita dan wawasan,

bukan cuma punya hati yang seringkali menentang.


Andai kau tahu,

berkatnya Ilmumu kerana keikhlasan menerima ajaran seorang guru,

sayangnya Allah padamu kerana kerendahan hati menerima teguran seorang guru,

kerana siapalah kamu dan kita semua tanpa tunjuk ajar seorang guru.



Guru adalah pewaris Nabi.

Kenanglah jasa guru...


Islam menganjurkan umatnya agar sentiasa berusaha mencari ilmu pengetahuan di samping berusaha untuk mempertingkatkan kemahiran dan penguasaan diri dalam pelbagai bidang. Selain itu, ilmu pengetahuan juga merupakan kunci kepada kebahagiaan hidup manusia di dunia, kerana sekiranya kita hidup tanpa ilmu, kemungkinan kita pada hari ini masih lagi berada dalam kemunduran dan kemiskinan. Oleh itu, jelaslah kepada kita bahawa ketinggian ilmu pengetahuan merupakan ukuran yang sangat penting dalam membezakan antara kemajuan dan kemunduran bagi sesuatu bangsa dan negara.

kerana itu, Allah s.w.t. telah mewajibkan kita menuntut ilmu sebagaimana Sabda Rasulullah s.a.w. dalam sebuah Hadis :


 " عَنْ أَنَسِ ابْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ ، قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : طَلَبُ الْعِلْمِ فَرِيْضَةٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ وَمُسْلِمَةٍ " .

( Riwayat Ibni Majah )

Maksudnya : " Dari Anas bin Malik r.a. dia berkata : Telah bersabda Rasulullah s.a.w.  menuntut ilmu adalah satu kefardhuan ke atas setiap Muslim dan muslimat " .


Apabila kita berbicara tentang ilmu dan pendidikan bererti sekaligus kita meletakkan para guru dan pendidik sebagai golongan yang amat penting sebagai agen pembangunan dan perubahan minda ummah.

Tugas seorang pendidik bukanlah satu tugas yang mudah dan bukan boleh dilakukan oleh semua orang. Justeru itu, kerjaya sebagai seorang pendidik dianggap sebagai satu tugas yang sangat mulia dan istemewa. Lebih-lebih lagi dalam era yang penuh mencabar ini, menuntut pengorbanan dan komitmen  yang padu dalam mendidik anak bangsa menjadi insan yang cemerlang, berwibawa dan sentiasa mendapat petunjuk serta keredhaan dari Allah s.w.t.

Kerana itu, kita seharusnya bersyukur di atas pengorbanan dan jasa guru yang telah mendidik serta membimbing kita menjadi manusia yang baik pada hari ini. Baik guru yang terlibat secara langsung mendidik kita di sekolah mahupun diperingkat Universiti dan tidak kurang penting juga kepada guru yang mengajar kita mengenal membaca ayat-ayat Al-Quran, fardhu ain dan sebagainya. Tanpa bimbingan dan tunjuk ajar dari mereka, kita tidak mempunyai asas yang kuat untuk mengamalkan kefardhuan asas dalam Islam .


Memandangkan kedudukan guru itu sangat mulia, maka sawajarnya mereka dihormati dan dikenang jasanya sepanjang hayat. Oleh itu, marilah sama-sama kita berdoa kehadrat s.w.t. agar mereka yang telah mendidik kita baik dari kalangan ibu bapa mahupun guru-guru mendapat rahmat dan pertolongan s.w.t. sepanjang masa. Manakala bagi guru-guru yang telah kembali rahmatullah sama-samalah kita mendoakan semoga roh mereka dicucuri rahmat s.w.t. Manakala bagi pelajar-pelajar hendaklah sentiasa menghormati para guru dan tahu membalas budi guru dengan menjaga adab-adab yang diajar oleh Islam diantaranya : 1.Pelajar hendaklah mendahului memberi salam apabila bertemu dengan guru.  
2.Pelajar hendaklah menjaga maruah guru dan jangan sekali-kali cuba mencari kesilapan dan keaiban guru. 
3.Hendaklah bersikap sopan apabila bercakap dengan guru. 
4.Hindari membantah atau melawan arahan guru serta jangan menyakiti hati guru bagi mendapatkan keberkatan ilmu yang dipelajari


(isi khutbah Jumaat sempena sambutan Hari Guru 2006)

pesanan buat murid-murid tercinta:


Andai kau tahu,
Ada segunung harapan didada guru,
Ada sejuta semangat dalam langkah guru,
Ada selangit impian dalam mimpi guru,
Untuk kau berjaya.


Andai kau tahu,
Dalam diam guru, berombak selaut resah,
Dalam tawa guru, berderai seluas-luas gelisah,
Dalam bicara guru, beruntai seribu doa,
Agar kau berjaya.


Andai kau tahu,
Guru juga punya perasaan,
Bukan cuma  punya impian,
Andai kau tahu,
Guru hanya manusia biasa,
bukan Malaikat, apa lagi Tuhan,
Andai kau tahu,
Sayang guru tiada sedikitpun rasa dendam,
Marah guru kerana masihnya ada rasa sayang,
Rajuk guru kerana mohon pengertian
Tindakan guru kerana itulah cara didikan agar kau cemerlang,
punya cita dan wawasan,
bukan cuma punya hati yang seringkali menentang.


Andai kau tahu,
berkatnya Ilmumu kerana keikhlasan menerima ajaran seorang guru,
sayangnya Allah padamu kerana kerendahan hati menerima teguran seorang guru,
kerana siapalah kita tanpa tunjuk ajar seorang guru.

(puisi ini terlakar lantaran hati terguris kerana sebuah ceritera antara guru dan murid: Rujuk Sinar Harian - Edisi isnin 9/8/2010)