Tuesday, August 3, 2010

Majlis Khatam al-Quran 2009


MAJLIS KHATAM AL-QURAN 2009 :anjuran Panitia Pendidikan Islam SMK Pak Badol bertemakan "Penghayatan al-Quran Teras Kecemerlangan Sahsiah" mengharapkan sesuatu yang positif kepada semua yang terlibat dan seluruh warga sekolah. Majlis yang diadakan pada tahun ini dirasakan lebih meriah dan lebih teratur perjalanannya berbanding dengan tahun-tahun lepas...semoga majlis kali ini memberi makna yang lebih istimewa khususnya kepada semua para peserta....Jom kita saksikan kemeriahannya...mudah-mudahan lahir kecintaan terhadap kitab yang mulia...al-Quranul Karim...Ya Allah, berkatilah majlis ini....berilah kami rahmat dan hidayahMu....


Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum wrh. wbt....Pengacara Majlis khatam al-Quran yang sangat berwibawa, al-Fadhil Ustaz Rahimi bin Daud memulakan majlis dengan menjemput para peserta mengambil tempat....


Acara bermula dengan perarakan Peserta Khatam masuk ke majlis..


Paluan kompang oleh Pasukan Kompang Sekolah bergema ke udara....semua tumpuan beralih kepadanya....


Perarakan masuk para peserta khatam...


Perarakan masuk peserta khatam diiringi oleh paluan kompang...menambah semangat para peserta....


Peserta lelaki mengetuai perarakan masuk ke pentas.....


Bersedia di pentas....barisan peserta lelaki yang kacak dengan suit baju Melayu Putih...tampak bersih dan sopan sekali....


Ucapan Perasmian Penutup Program Ihya' Ramadhan dan Majlis Khatam al-Quran sesi 2009 oleh Yang Berusaha, Tn. Hj. Mohd Hamdi bin Awang, Pengetua Kanan SMKPB.


Anak-anak didik Pak Badol yang baik dan soleh, turut bersedia mengikuti perjalanan majlis yang mulia ini...


Guru-guru tidak melepaskan peluang hadir ke majlis ini...




Kain Rentang Majlis Khatam al-Quran 2009


Peserta lelaki khusyuk mengalunkan ayat-ayat suci...


Peserta perempuan juga khusyuk mengalunkan bacaan ayat-ayat suci...


Bacaan ayat-ayat suci berkemundang memecah kesunyian di pagi 26 Ramadhan 1430H...


Majlis Khatam al-Quran di bawah bimbingan Ustaz Mohammad bin Yahya...


Pengetua dan GPK 1 sedang tekun menghayati bacaan ayat-ayat suci daripada anak-anak didik SMPKPB...


Pandangan dari sudut belakang peserta....


Guru-guru perempuan SMKPB tidak ketinggalan menyertai majlis yang baik ini....


Para peserta khatam al-Quran membaca al-Quran secara beramai-ramai di ketua wakil pelajar bagi setiap satu surah yang di baca... Bacaan dimulakan dengan bacaan Surah Al-Dhuha...


Majlis Khatam al-Quran sedang berlangsung....


Peserta perempuan sedang tekun menghayati bacaan ayat-ayat al-Quran....


Tn. Pengetua menerima cenderahati Majlis Khatam al-Quran daripada GPK-Hem En. Nor Hadif bin Isa...semoga tahun depan majlis ini dapat dilaksanakan dengan lebih meriah lagi ya...


Tn. Pengetua menyampaikan Cenderahati kepada Guru Pembimbing majlis iaitu al-Fadhil Ustaz Mohamad bin Yahya (Ketua Panitia Pendidikan Islam SMKPB)...


En Mohd Roslee @ Azam(GPK Ko-Ku) dan Tn Hj Supi (GP Pentadbiran)...sedang tekun menghayati bacaan ayat-ayat suci al-Quran....


Barisan guru lelaki yang hadir di majlis ini...dari kiri: Cikgu Mi, Cikgu Zul, Cikgu Pa, Cikgu Azam, Ustaz Mohd Yusof dan di hujung sekali ialah salah seorang daripada bapa peserta yang hadir...


AJK Cenderahati bersedia di meja Cenderahati untuk acara penyampaian cenderahati kepada para peserta ...hadiah berupa Sejadah istimewa, sekuntum bunga telor dan sijil penyertaan....


Para peserta perempuan tidak sabar-sabar untuk menunggu giliran menerima hadiah....."eeii, lambatnya giliran kami..."


Tahniah..Afiq Ghazali, peserta dari tingkatan 5Sains1...begitu tekun bertadaarus al-Quran walaupun sibuk menghadapi peperiksaan SPM tahun ni...


Peserta 'paling kecil' yang berjaya khatam al-Quran 30 Juzuk dalam bulan Ramadhan...semoga jadi anak yang soleh dan berbakti kepada agama, bangsa dan negara...


mengakhiri peserta lelaki menerima cenderahati khatam al-Quran daripada Tn Pengetua Kanan SMKPB, Tn Hj. Mohd Hamdi bin Awang.


Tuan Pengetua Kanan SMKPB, Tn Hj.Mohd Hamdi bin Awang menyampaikan cenderahati kepada peserta khatam al-Quran 2009...Tahniah!


"Sabar ya dik...masih banyak hadiah kat depan tu...janganlah risau...tahun depan kita khatam lagi..."


"Seronoknya dapat hadiah sejadah dan bunga telor...tahun depan nak khatam lagilah..."


Eeii...seronoknya dia dapat hadiah...tahniah, teruskan membaca al-Quran...


Pelajar-pelajar lelaki SMKPB yang bertuah menghadiri majlis ilmu seperti ini...syabas..balik nanti rajin-rajin baca Quran...


Barisan Guru Lelaki yang 'sporting' bersedia untuk merestui para peserta lelaki SMKPB yang telah berjaya dalam Cabaran Khatam 30 Juzuk al-Quran sempena Ramadhan kali ini...


Cikgu, syukur....tahun ni saya berjaya khatam al-Quran.....

Doakan kejayaan kami cikgu....


Peserta Khatam al-Quran (perempuan) berbaris untuk memulakan acara bersalaman dengan guru dan ibu bapa yang hadir sebelum bersurai....semoga majlis dirahmati..


Terima kasih cikgu....maafkan salah dan silap kami...jasamu tetap kami kenang


Barisan guru-guru SMKPB yang 'sporting' turut menjayakan majlis ini...

Terima kasih guruku...kerana mendidikku ke jalan yang benar......


'Barisan' tempat duduk peserta khatam...setelah mereka bangkit untuk acara bersalaman dengan guru dan ibubapa sambil berselawat....cantik juga ya...


Para Peserta Khatam al-Quran bersalaman dengan barisan guru dan ibubapa yang hadir...

Semua pelajar SMKPB menghadiri majlis ini yang diadakan di Dataran Kejat pada 16 September 2009 bersamaan dengan 26 Ramadhan yang lalu...mudah-mudahan objektif majlis tercapai iaitu menanam perasaan cintakan al-Quran di kalangan pelajar SMKPB...


Peserta Khatam al-Quran dan guru-guru mengabadikan kenangan selepas Majlis bersurai...semoga Majlis diberkati Allah S.W.T....Amin.

No comments:

Post a Comment