Andai kau tahu,
Ada segunung harapan didada guru,
Ada sejuta semangat dalam langkah guru,
Ada selangit impian dalam mimpi guru,
Untuk kau berjaya.
Andai kau tahu,
Dalam diam guru, berombak selaut resah,
Dalam tawa guru, berderai seluas-luas gelisah,
Dalam bicara guru, beruntai seribu doa dan pasrah,
Agar kau berjaya.
Andai kau tahu,
Guru juga punya perasaan,
Bukan cuma punya impian.
Andai kau tahu,
Guru hanya manusia biasa,
bukan Malaikat, apa lagi Tuhan
Andai kau tahu,
Sayang guru tiada sedikitpun rasa dendam,
Marah guru lantaran masihnya ada rasa sayang,
Rajuk guru kerana mohon pengertian
Tindakan guru kerana itulah cara didikan agar kau cemerlang,
agar kau punya cita dan wawasan,
bukan cuma punya hati yang seringkali menentang.
Andai kau tahu,
berkatnya Ilmumu kerana keikhlasan menerima ajaran seorang guru,
sayangnya Allah padamu kerana kerendahan hati menerima teguran seorang guru,
kerana siapalah kamu dan kita semua tanpa tunjuk ajar seorang guru.
Guru adalah pewaris Nabi.
Guru adalah pewaris Nabi.
No comments:
Post a Comment