Tuesday, August 24, 2010

Contoh Kertas Cadangan : Kursus Pengenalan Ibadat Haji dan Umrah 2010


KERTAS CADANGAN:
KURSUS PENGENALAN IBADAT HAJI DAN UMRAH
ANJURAN:
PERSATUAN AGAMA ISLAM
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PAK BADOL

1.       TAJUK
: KURSUS PENGENALAN IBADAT HAJI DAN UMRAH

2.       OBJEKTIF
1.       Melaksanakan pengajaran dan pembelajaran salah satu daripada sukatan pelajaran Pendidikan Islam tingkatan 4
2.       Melaksanakan salah satu daripada program keagamaan seperti yang dirancangkan
3.       Memantapkan tahap kefahaman pelajar terhadap konsep ibadat haji dan umrah sebagai satu pengenalan
4.       Member pendedahan secara teori dan praktikal secara langsung kepada pelajar
5.       Menarik minat pelajar terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam

3.       RASIONAL
1.       Pelajar perlu diberi pendedahan secara praktikal tentang  ibadat haji dan umrah untuk menanamkan cita-cita menunaikan rukun islam yang kelima.
2.       Pelajar perlu diberi pengalaman belajar sebagai langkah awal untuk melaksanakn tuntutan hai dan umrah.

4.       SASARAN
Semua pelajar tingkatan 4 dan 5 2010

5.       TARIKH PELAKSANAAN
24 hb Mac 2010 (Rabu)

6.       JANGKAMASA
8:00 – 11:00 pagi

7.       TEMPAT
PADANG ASRAMA SMKPB

8.       TENTATIF PROGRAM
08:00 pagi   -  Pelajar berkumpul di padang asrama
08:15 pagi   - Ucapan alu-aluan
09:00 pagi   -  Ceramah ringkas tuntutan ibadat haji dan umrah
10:00 pagi  -  Latihan praktikal ibadat tawaf, saie dan melontar
11:00 pagi   -  Bersurai

9.       JAWATANKUASA
Penasihat    -  Tn Hj Mohd hamdi bin Awang (Pengetua Kanan SMKPB)
Pengerusi    -  Tn Hj Supi bin Hussain (PK Pentadbiran)
Timbalan Pengerusi – En Noor hadif bin Isa (PK HEM)
Naib Pengerusi  -  En Mohd Rusli @ Azam bin Mohd Zain (PK Ko)
Penyelaras  - Pn Mahani bt Ismail (GK Sains Sosial)
Setiausaha  -  Ustazah Razana bt Hj Othman
Bendahari  - Ustazah Rosmah bt Sidik

AJK:
Persiapan tempat  -  Ustaz Hj Mohd Yusoff bin Muda / Guru Bertugas
Persegaran  - Ustazah Maizan binti Ismail / Ustazah Hjh Saadiah bt Mohd Saleh
Kawalan Disiplin  - En Mohd Sani bin Awang Mat / Ustazah Zaleha bt Esa / Ustaz Muhammad bin Yahya

Buku program  - Ustazah Razana bt Hj Othman
                       
10.    ANGGARAN PERBELANJAAN
1.       Minuman pelajar 450 orang x RM1.00                =  RM 450.00
2.       Saguhati penceramah 1 x RM200.00                    = RM 200.00
3.       Hadiah Kuiz   (50 x RM2.00)                                    = RM100.00
4.       Banner                                                                        = RM 150.00
5.       Kain Ihram                                                                  = RM 100.00

JUMLAH                                                                         RM 1000.00
(Ringgit : Satu Ribu Sahaja)

11.    SUMBER KEWANGAN
1.       Peruntukan Wang Kegiatan Agama                    =   RM 1000.00


  JUMLAH                                                                     RM 1000.00
(Ringgit : Satu Ribu Sahaja)

12.    PENUTUP








Disediakan oleh;


(HJH RAZANA BT HJ OTHMAN)
Setiausaha Kursua Pengenalan Ibadat Haji dan Umrah.
Diharapkan program ini dapat menarik minat para pelajar untuk meminati matapelajaran Pendidikan Islam dan seterusnya dapat menanamkan cita-cita untyuk menunaikan rukun Islam yang ke-5 (menunaikan haji ke Baitullah)

No comments:

Post a Comment