Islam menganjurkan umatnya agar sentiasa berusaha mencari ilmu pengetahuan di samping berusaha untuk mempertingkatkan kemahiran dan penguasaan diri dalam pelbagai bidang. Selain itu, ilmu pengetahuan juga merupakan kunci kepada kebahagiaan hidup manusia di dunia, kerana sekiranya kita hidup tanpa ilmu, kemungkinan kita pada hari ini masih lagi berada dalam kemunduran dan kemiskinan. Oleh itu, jelaslah kepada kita bahawa ketinggian ilmu pengetahuan merupakan ukuran yang sangat penting dalam membezakan antara kemajuan dan kemunduran bagi sesuatu bangsa dan negara.
kerana itu, Allah s.w.t. telah mewajibkan kita menuntut ilmu sebagaimana Sabda Rasulullah s.a.w. dalam sebuah Hadis :
" عَنْ أَنَسِ ابْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ ، قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : طَلَبُ الْعِلْمِ فَرِيْضَةٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ وَمُسْلِمَةٍ " .
( Riwayat Ibni Majah )
Maksudnya : " Dari Anas bin Malik r.a. dia berkata : Telah bersabda Rasulullah s.a.w. menuntut ilmu adalah satu kefardhuan ke atas setiap Muslim dan muslimat " .
Apabila kita berbicara tentang ilmu dan pendidikan bererti sekaligus kita meletakkan para guru dan pendidik sebagai golongan yang amat penting sebagai agen pembangunan dan perubahan minda ummah.
Tugas seorang pendidik bukanlah satu tugas yang mudah dan bukan boleh dilakukan oleh semua orang. Justeru itu, kerjaya sebagai seorang pendidik dianggap sebagai satu tugas yang sangat mulia dan istemewa. Lebih-lebih lagi dalam era yang penuh mencabar ini, menuntut pengorbanan dan komitmen yang padu dalam mendidik anak bangsa menjadi insan yang cemerlang, berwibawa dan sentiasa mendapat petunjuk serta keredhaan dari Allah s.w.t.
Kerana itu, kita seharusnya bersyukur di atas pengorbanan dan jasa guru yang telah mendidik serta membimbing kita menjadi manusia yang baik pada hari ini. Baik guru yang terlibat secara langsung mendidik kita di sekolah mahupun diperingkat Universiti dan tidak kurang penting juga kepada guru yang mengajar kita mengenal membaca ayat-ayat Al-Quran, fardhu ain dan sebagainya. Tanpa bimbingan dan tunjuk ajar dari mereka, kita tidak mempunyai asas yang kuat untuk mengamalkan kefardhuan asas dalam Islam .
Memandangkan kedudukan guru itu sangat mulia, maka sawajarnya mereka dihormati dan dikenang jasanya sepanjang hayat. Oleh itu, marilah sama-sama kita berdoa kehadrat s.w.t. agar mereka yang telah mendidik kita baik dari kalangan ibu bapa mahupun guru-guru mendapat rahmat dan pertolongan s.w.t. sepanjang masa. Manakala bagi guru-guru yang telah kembali rahmatullah sama-samalah kita mendoakan semoga roh mereka dicucuri rahmat s.w.t. Manakala bagi pelajar-pelajar hendaklah sentiasa menghormati para guru dan tahu membalas budi guru dengan menjaga adab-adab yang diajar oleh Islam diantaranya : 1.Pelajar hendaklah mendahului memberi salam apabila bertemu dengan guru.
2.Pelajar hendaklah menjaga maruah guru dan jangan sekali-kali cuba mencari kesilapan dan keaiban guru.
3.Hendaklah bersikap sopan apabila bercakap dengan guru.
4.Hindari membantah atau melawan arahan guru serta jangan menyakiti hati guru bagi mendapatkan keberkatan ilmu yang dipelajari
(isi khutbah Jumaat sempena sambutan Hari Guru 2006)
pesanan buat murid-murid tercinta:
Andai kau tahu,
Ada segunung harapan didada guru,
Ada sejuta semangat dalam langkah guru,
Ada selangit impian dalam mimpi guru,
Untuk kau berjaya.
Andai kau tahu,
Dalam diam guru, berombak selaut resah,
Dalam tawa guru, berderai seluas-luas gelisah,
Dalam bicara guru, beruntai seribu doa,
Agar kau berjaya.
Andai kau tahu,
Guru juga punya perasaan,
Bukan cuma punya impian,
Andai kau tahu,
Guru hanya manusia biasa,
bukan Malaikat, apa lagi Tuhan,
Andai kau tahu,
Sayang guru tiada sedikitpun rasa dendam,
Marah guru kerana masihnya ada rasa sayang,
Rajuk guru kerana mohon pengertian
Tindakan guru kerana itulah cara didikan agar kau cemerlang,
punya cita dan wawasan,
bukan cuma punya hati yang seringkali menentang.
Andai kau tahu,
berkatnya Ilmumu kerana keikhlasan menerima ajaran seorang guru,
sayangnya Allah padamu kerana kerendahan hati menerima teguran seorang guru,
kerana siapalah kita tanpa tunjuk ajar seorang guru.
(puisi ini terlakar lantaran hati terguris kerana sebuah ceritera antara guru dan murid: Rujuk Sinar Harian - Edisi isnin 9/8/2010)
3.Hendaklah bersikap sopan apabila bercakap dengan guru.
4.Hindari membantah atau melawan arahan guru serta jangan menyakiti hati guru bagi mendapatkan keberkatan ilmu yang dipelajari
(isi khutbah Jumaat sempena sambutan Hari Guru 2006)
pesanan buat murid-murid tercinta:
Andai kau tahu,
Ada segunung harapan didada guru,
Ada sejuta semangat dalam langkah guru,
Ada selangit impian dalam mimpi guru,
Untuk kau berjaya.
Andai kau tahu,
Dalam diam guru, berombak selaut resah,
Dalam tawa guru, berderai seluas-luas gelisah,
Dalam bicara guru, beruntai seribu doa,
Agar kau berjaya.
Andai kau tahu,
Guru juga punya perasaan,
Bukan cuma punya impian,
Andai kau tahu,
Guru hanya manusia biasa,
bukan Malaikat, apa lagi Tuhan,
Andai kau tahu,
Sayang guru tiada sedikitpun rasa dendam,
Marah guru kerana masihnya ada rasa sayang,
Rajuk guru kerana mohon pengertian
Tindakan guru kerana itulah cara didikan agar kau cemerlang,
punya cita dan wawasan,
bukan cuma punya hati yang seringkali menentang.
Andai kau tahu,
berkatnya Ilmumu kerana keikhlasan menerima ajaran seorang guru,
sayangnya Allah padamu kerana kerendahan hati menerima teguran seorang guru,
kerana siapalah kita tanpa tunjuk ajar seorang guru.
(puisi ini terlakar lantaran hati terguris kerana sebuah ceritera antara guru dan murid: Rujuk Sinar Harian - Edisi isnin 9/8/2010)
No comments:
Post a Comment