Saidina Umar b al-Khattab terkenal dengan keberaniannya.
(i) Kemukakan contoh keberanian beliau
(ii) Apakah nama gelaran yang diberikan kepadanya?
(iii) Nyatakan sumbangan Saidina Umar bin al-Khattab?
(iv) Jelaskan dua sifat beliau yang boleh dicontohi selain dari sifat berani?
Jawapan:
(i) contoh keberanian beliau:
-mencabar pihak Quraisy supaya menghalangnya dari berhijrah ke Madinah
-mengisytiharkan keislamannya di khalayak ramai
-menunaikan solat secra terbuka di masjidil Haram
-memberi cadangan supaya islam disebarkan secara terus terang
(ii) nama gelaran yang diberikan kepadanya:
-al-Faruq (pemisah antara yang hak dan yang batil)
(iii)sumbangan Saidina Umar bin al-Khattab:
-mengemaskini majlis syura
-mengasaskan jabatan pentadbiran seperti jabatan cukai, jabatan persuratan dan jabatan ketenteraan
-mengasaskan undang-undang Hisbah
-mengasaskan takwim Islam
-melantik gabenor-gabenor di wilayah baru
-menghantar para ulamak ke serata tempat untuk menyebarkan dakwah
-mengemaskini baitulmal
-mendirikan rumah persinggahan bagi musafir
(iv) dua sifat beliau yang boleh dicontohi selain dari sifat berani:
-Bijak dalam pentadbiran
-tegas demi kepentingan islam
-adil dalam pemerintahan
-bertanggungjawab mempertahankan negara
-berfikiran terbuka
-mempunyai jatidiri
-istiqamah dengan pekerjaan yang diredhai Allah
-sentiasa berwaspada terhadap musuh
-prihatin terhadap masalah rakyat.
(nota: semua sifat positif diterima)
Selamat berjaya...
No comments:
Post a Comment