Monday, August 16, 2010

Program Ihya' Ramadhan 1431H...

PROGRAM IHYA’ RAMADHAN 1431H / 2010M
1. Pertandingan Menulis Puisi Sempena Ramadhan al-Mubarak. (Kategori Men. Atas / Men. Rendah) : Kategori Individu
Syarat-syarat pertandingan:
a) Mesti menepati tema berkaitan dengan Ramadhan dan kecintaan kepada Allah
b) Hasil ciptaan sendiri.
c) Puisi yang hendak dihantar mestilah ditulis atau ditampal di atas kertas manila kad / kertas hitam
d) Pemenang dikira berdasarkan hasil nukilan dan persembahan yang kreatif.
e) Tarikh tutup pertandingan: 25 Ogos 2010

2. Pertandingan reka-cipta Carta Pendidikan Islam bertemakan Ramadhan al-Mubarak. (Kategori Berkumpulan antara 3 – 5 orang)
Syarat-syarat pertandingan:
a) Penyertaan adalah terbuka kepada semua pelajar SMKPB
b) Penyertaan dibenarkan sama ada secara individu atau secara berkumpulan.
c) Setiap penyertaan mestilah bertemakan Ramadhan / berkaitan dengan puasa.
d) Saiz penyertaan : Saiz manila kad (kertas hitam dibenarkan)
e) Tarikh akhir : 22 Ogos 2010

3. Cabaran Qiraatil Quran 30 Juzuk Terbuka.
Syarat-syarat menyertai cabaran:
a) Boleh membaca al-Quran dengan baik
b) Peserta yang berminat hendaklah mendaftarkan diri kepada guru pendidikan Islam masing-masing. Hanya pelajar yang mendaftar awal sahaja akan dipantau dan layak dipilih untuk Majlis Khatam al-Quran
c) Peserta akan dipantau bacaan oleh guru PAI masing-masing.
d) Para peserta diwajibkan mengkhatamkan sekurang-kurangnya 30 Juzuk al-Quran sebelum atau pada 26 Ogos 2010.

4. Program Tadaarus al-Quran
Modul Operandi program:
a) Semua pelajar diminta menghadiri program tadaarus di Musolla seperti yang telah dijadualkan.
b) Semua pelajar boleh merujuk jadual program Tadaarus al-Quran yang ditampal di papan kenyataan bilik guru dan di Musolla
c) Di Musolla, semua pelajar dikehendaki segera mengambil wuduk (atau dinasihatkan berwudhuk dari rumah).
d) Para pelajar duduk dalam kumpulan dan memulakan tadaarus al-Quran seperti yang dipandukan oleh guru pembimbing tadaarus.
e) Semua pelajar diwajibkan menghormati program tadaarus untuk menjamin keberkatan dan kemuliaan al-Quran.

5. Tazkirah Ramadhan
a) Tazkirah Ramadhan diadakan pada setiap pagi Ahad (dalam perhimpunan rasmi sekolah)
b)Risalah Ramadhan akan diedarkan dari semasa ke semasa sepanjang Ramadhan

Semoga kita semua mendapat keberkatan dari setiap kebaikan yang kita lakukan. Amin.

Nota: Hadiah istimewa berserta sijil penyertaan disediakan kepada para pemenang

No comments:

Post a Comment