Perjanjian Hudaibiyah (bahasa Arab: صلح الحديبية) berlaku pada bulan Zulkaedah tahun keenam hijrah (Mac 628 M) dan ditandatangani antara pihak Musyrikin Mekah dengan Rasulullah. Dinamakan perjanjian Hudaibiyah sempena nama tempat perjanjian ini ditandatangan.
Ketika Rasulullah SAW masih lagi berada di Madinah sejak peristiwa Hijrahnya, pada suatu malam Rasulullah SAW bermimpi bahawa baginda bersama para sahabat memasuki Masjidil-Haram dan berjaya mengambil kunci Ka’bah, melaksanakan tawaf dan umrah, sebahagian sahabatbaginda ada yang bercukur dan sebahagain yang lain ada yang memendekkan rambutnya. Baginda kemudiannya menyampaikan mimpi baginda kepada para sahabat dan mereka tampak senang, karena menurut perkiraan mereka pada tahun itu pula mereka akan memasuki Kota Makkah, kota yang sangat mereka rindukan.
Tidak lama kemudian baginda menyatakan hasratnya untuk melakukan ibadat umrah. Maka mereka melakukan persiapan untuk mengadakan perjalanan jauh.
Informasi tersebut ternyata begitu cepat terdengar oleh Quraisy dan mereka mengirim pasukan di bawah pimpinan Khalid Bin Al-Walid untuk melakukan berbagai cara menghalang kaum muslimin dari memasuki Masjidil Haram.
Rasulullah SAW pula dengan strateginya yang bijaksana cuba mengalihkan jalur perjalanan untuk menghindari halangan daripada pihak kafir Quraiy. Meskipun baginda harus menempoh perjalanan yang sulit dan sukar di antara celah-celah gunung melewati Al-Hamsy menuju Tsaniyyatul-Murar sebelum turun ke hudaibiyah.
Namun pihak Quraisy juga tidak berputus asa, lalu mereka terus menghantar beberapa utusan untuk melancarkan misinya, seperti Urwah bin Mas’ud Ats dan kemudiannya diikuti pula dengan utusan Al-Mughirah bin Syu’bah bertujuan mengetahui tujuan rombongan rasulullah SAW datang ke Kota Makkah. Sebenarnya tindakan yang dilakukan pihak Quraisy ini ternyata tidak sehaluan dengan para pemudanya yang masih menyimpan semangat membara untuk terus memancing bara peperangan dengan menyusup masuk ke barisan kaum muslimin. Muhammad bin Maslamah yang bertugas sebagai panglima tentera Muslimin telah berjaya menangkap utusan pihak Quraisy dan setelah diserahkan ke Rasulullah, baginda pun memaafkan mereka . Ini adalah kerana tujuan Rasulullah SAW datang ke kota Makkah bukanlah tujuan peperangan tetapi ingin menunaikan ibadat Umrah dalam suasana yang damai tanpa pertumpahan darah sekalipun. (Q.S. Al-Fath:24).
Awalnya Umar bin Khathab telah dipilih untuk dikirimkan menemui kepimpinan Quraisy bertujuan meminta kebenaran masuk mengerjakan ibadat Umrah, namun menyedari kedudukan Saiyididna Umar di Makkah yang tidak lagi mendapat sokongan dari sanak keluarganya Bani Ka’b, maka Saiyidina Uthman bin Affan telah disepakati oleh Rasulullah SAW dan para sahabat yang lain untuk menyampaikan maksud tersebut kepada pihak Quraisy.
Namun perutusan saiyidina Uthman bin Affan sempat pula menimbulkan isu pembunuhan ke atasnya. Ini adalah kerana Saiyidina Uthman telah ditahan oleh pihak Quraist dalam masa yang agak lama. Isu tersebut akhirnya sampai kepada pengetahuan Rasulullah SAW lalu baginda bersabda, “kita tidak akan beranjak sebelum membereskan urusan dengan mereka” dan terjadilan Baiat Ridhwan (karena dilaksanakan di bawah sebuah pohon),dimana easulullah SAW dan para Sahabat mengikat janji taat setia untuk bersama-sama menghadapi apa saja kemungkinan yang akan berlaku.
Posisi Quraisy telah menyedari hal tersebut, kemudiannya membebaskan saiyidina Uthman dan kemudiannya mengutuskan pula Suhail bin Amr untuk mengadakan rundingan diplomasi
dengan pihak Muslimin di bawah pimpinan Rasulullah SAW.
Setelah bertemu Rasulullah SAW,maka kedua-dua belah pihak bersepakat untuk mematuhi beberapa syaratseperti berikut :
1. Rasulullah SAW dan para Sahabat harus pulang ke Madinah pada tahun ini dan tidak boleh memasuki Makkah kecuali tahun depan bersama orang-orang muslim, dan mereka diberi jangka waktu 3 hari berada di Makkah dan hanya boleh membawa senjata iaitu pedang yang bersarung dan pihak Quraisy tidak boleh menghalangnya dengan cara apa pun.
2. Gencatan senjata kedua belah pihak selama 10 tahun dan sebahagian mereka tidak boleh memerangi sebahagian yang lain.
3. Barangsiapa yang ingin membuat perjanjian atau hubungandengan pihak Muhammad AW dan maka dia boleh melakukannya begitu juga dengan pihak Quraisy,
4. Siapa pun orang Quraisy yang mendatangi Muhammad tanpa izin walinya, maka dia harus dikembalikan kepada pihak Quraisy, dan siapa pun dari pihak Muhammad yang mendatangi Quraisy tanpa izin walinya, maka dia tidak boleh dikembalikan kepadanya.
Setelah perjanjian selesai ditulis, Rasulullah SAW memerintahkan untuk menyembelih haiwan Qurban dan mencukur rambut sebagai tanda umrah, namun hal ini tidak dilaksanakan oleh para sahabat. Akhirnya atas saranan Ummu Salamah, beliau melakukannya sendiri dan akhirnya diikuti oleh sahabat yang lain.
No comments:
Post a Comment