Tuesday, August 3, 2010

Soalan Ramalan (Sirah) : Pendidikan Islam PMR 2010

Pembukaan Kota Mekah merupakan kesan Perjanjian Hudaibiyah.
(i) Jelaskan dua strategi yang dilakukan oleh Rasulullah SAW dalam operasi pembebasan Kota Mekah?
(ii) Apakah tindakan yang dilakukan oleh Rasulullah SAW sebaik sahaja berjaya menawan Kota Mekah?
(iii) Terangkan kesan pembukaan Kota Mekah?

Jawapan:
(i) dua strategi yang dilakukan oleh Rasulullah SAW dalam operasi pembebasan Kota Mekah :
-mengemukakan tiga tuntutan terhadap musyrikin Mekah
-mendirikan khemah
-menyalakan unggun api
-tawaran keselamatan

(ii)tindakan yang dilakukan oleh Rasulullah SAW sebaik sahaja berjaya menawan Kota Mekah:
-memusnahkan berhala di sekeliling Kaabah
-solat sunat di maqam Ibrahim
-menyuruh Bilal melaungkan azan
-memberi ucapan pertama kepada penduduk Mekah
-memberi pengampunan kepada musuh

(iii) kesan pembukaan Kota Mekah:
-Tanah Haram mekah menjadi kawasan larangan kepada orang bukan Islam
-Dakwah islam berkembang pesat
-masyarakat Mekah hidup aman damai
-penduduk Mekah memeluk islam beramai-ramai.

No comments:

Post a Comment