Wednesday, August 18, 2010

Contoh Kertas Cadangan : Program Ihya' Ramadhan 1431H / 2010M

1. TAJUK :
PROGRAM IHYA’ RAMADHAN 1431H DAN MAJLIS KHATAM AL-QURAN

2. OBJEKTIF
1. Membudayakan penghayatan dalam ibadat berpuasa di bulan Ramadhan
2. Menyemarakkan rasa cinta dan menjunjungntinggi ajaran Islam yang disarankan oleh al-Quran
3. Menyuburkan budaya membaca al-Quran selaras dengan saranan Rasulullah SAW.

3. RASIONAL
1. Pelajar perlu diberi pendedahan dan pengalaman menghidupkan bulan Ramadhan secara amali / praktikal.
2. Pelajar perlu dberi peluang untuk menunjukkan penghayatan mereka terhadap ajaran Islam.

4. SASARAN Semua pelajar dan guru SMKPB

5. JANGKAMASA / TARIKH PELAKSANAAN
11 Ogos 2010 – 1 September 2010M bersamaan
1 Ramadhan 1431H – 22 Ramadhan 1431H

6. AKTIVITI PROGRAM IHYA’ RAMADHAN :
1. Ceramah (15 Ogos 2010 /5 Ramadhan 1431H)
2. Tadaarus al-Quran (seperti lampiran aktiviti)
3. Majlis Khatam al-Quran (22 Ramadhan 1431H / 1 September 2010M) – (tentatif dilampirkan)

7. TEMPAT
1. Musolla SMKPB (Program Tadaarus al-Quran)
2. Dataran Kejat (Program Ceramah dan Majlis Khatam al-Quran)

8. KAEDAH PELAKSANAAN
1. Program Tadaarus al-Quran bermula pada 1 Ramadhan 1431H seawal 7:30 hingga 9:00 pagi mengikut tingkatan yang dijadualkan.
2. Setiap tingkatan akan menghadiri program Tadaarus al-quran secara bergilir-gilir mengikut tingkatan sepeprti yang dijadualkan
3. Semua pelajar diwajibkan mengikuti program tadaarus al-Quran pada waktu yang ditetapkan mengikut tingkatan seperti yang dijadualkan.
4. Setiap hari, sekurang-kurangnya 2 Juzuk dihabiskan dalam program Tadaarus.
5. Adalah diharapkan program tadaarus ini berjaya dilaksanakan sehingga juzuk yang ke 30.
6. Pada 22 Ramadhan 1431H, Majlis Khatam al-Quran akan diadakan di Dataran Kejat.
7. Pada majlis Khatam al-Quran, guru pembimbing akan mengetuai bacaan ayat-ayat suci al-Quran dan diikuti oleh semua warga sekolah sehingga selesai.
8. Bacaan doa khatam al-Quran
9. Majlis diakhiri dengan bacaan selawat beramai-ramai.

9. JAWATANKUASA
Penasihat : Tn Hj Supi bin Hussain
Pengerusi : En Noor hadif bin Isa
Naib Pengerusi : Tn Hj Roslee @ Ahmad Azam bin Mohd Zin
Penyelaras : Pn Mahani binti Ismail
Setiausaha : Ustaz Mohammad bin Yahya
Penolong Setiausaha : Ustazah Razana bt Hj Othman
Bendahari : Ustazah Rosmah bt Sidik
AJK Program Tadaarus : Semua Guru Pendidikan Islam (GPI)
Kawalan Disiplin : Guru Matapelajaran Waktu Pertama dan Kedua (7:40 – 9:00pagi)
Guru pembimbing majlis Khatam al-Quran : Ustaz Mohammad bin Yahya
Pengacara Majlis : Ustazah Rosmah binti Sidik
Persiapan Tempat : Ustazah Hjh Saadiah binti Mohd Saleh
Pengurus Peserta / Hadiah : Ustazah Maryani binti Yusof / Ustazah Maizan binti Ismail / Ustazah Zaleha binti Esa / Ustazah Hjh Siti Sarwani binti Zakaria.
Buku Program : Ustazah Hjh Siti Sarwani bt Zakaria

10. ANGGARAN PERBELANJAAN
1. Cenderahati majlis Khatam (Kad Yasin) :
RM1.20 x 1200 = RM1440.00
2. Bunga Telur :
RM2.50 x 100 = RM250.00
3. Banner : RM200 x 1= RM200
4. Perbelanjaan Pelbagai = RM100.00

JUMLAH : RM 1990.00
(Ringgit Malaysia : Satu Ribu Sembilan Ratus Sembilan Puluh Sahaja.

11. SUMBER KEWANGAN
1. Akaun Kegiatan Agama RM1790.00
2. Sumbangan PIBG RM 200.00

JUMLAH : RM1990.00
(Ringgit Malaysia: Satu Ribu Sembilan Ratus Sembilan Puluh Sahaja.)

12. HARAPAN
Adalah diharapkan program seumpama ini dapat dilaksanakan dan diteruskan bagi memastikan para pelajar SMK Pak Badol khususnya mendapat pengalaman Ihya’ Ramadhan yang sepatutnya. Semoga program seperti ini mendapat sokongan moral dan material daripada semua pihak.



Disediakan oleh;

…………………………………
(USTAZAH HJH RAZANA BT HJ OTHMAN)
Penolong Setiausaha Program Ihya’ Ramadhan 1431H

4 comments: